19 November 2011

USIA... (UPDATED)

Catatan Ayah

Sabtu
23 Zulhijjah 1432
19 November 2011

Assalamu'alaikum..

Masa tak menunggu kita. Masa berlalu tanpa henti. Hanya kita saja yang selalunya berhenti. Sampai masa, tamatlah sudah usia kita.

Sama juga seperti jantung kita yang berdegup tanpa henti hinggalah ke akhir usia kita. Ditakdirkan jantung kita berhenti berdegup, maka sampailah sudah masa kita untuk berada di dunia yang fana ini.

Usia yang diukur dengan angka akan meningkat saban detik. Sambil dok berkhayal bab usia dan detik, tiba-tiba aku ditegur...

"Petang ni ada kerja dak? Kalau tak dak kerja jom kita pi tengok Tok Ngah..", sapa makcik aku ketika bertandang ke rumah aku suatu petang.

Rumah mak cik iaitu emak saudara aku dan adik kepada Allahyarham ayah aku cuma bersebelahan saja dengan rumah aku. Boleh dikatakan setiap petang beliau akan datang bertandang ke rumah aku untuk bersembang-sembang sambil melihat anak-anak aku bermain.

"Petang ni ada kerja sikit. Kalau belah malam ok..", balas aku sambil menghirup kopi yang dibancuh isteri aku tadi.

"Malam pun takpa..", jawap makcik.

Tok Ngah... tok saudara aku sebelah tok aku... sebelah ayah aku..

Rumah Tok Ngah sebenarnya hanya berada di depan rumah aku saja. Tapi sekarang ni beliau tinggal bersama anaknya di Behor Pulai.

Rumah Tok Ngah sekarang ni didiami oleh cucunya.

Sepanjang musim haji ni, Tok Ngah tinggal bersama menantunya di Tok Pulau iaitu Wa Zah, isteri kepada Allahyarham Wa Baharom iaitu anak sulung Tok Ngah sehingga Pak Njang yang mengerjakan haji pulang ke tanahair.

Tok Ngah begitu rapat dengan menantunya itu, dan rasa-rasanya melebihi anak sendiri.

Selepas maghrib, kami terus ke Tok Pulau. Tok Pulau terletak hampir 6 km dari rumah aku.

Sebaik sampai sana, kelihatan Tok Ngah tengah rehat sambil berbaring.

Melihatkan kami sekeluarga sampai, beliau terus bangun sambil tersenyum.

Photobucket

Begitu cepat masa berlalu. Teringat masa aku kecil-kecil dulu yang selalu ke rumah Tok Ngah yang selalu membelai aku seperti cucunya sendiri.

Sekarang, usia aku pun dah menjangkau 40 tahun. Berapa usia Tok Ngah pun aku kurang pasti. Mungkin sudah menjangkau usia 80 ke 90 tahun.

Dan semestinya pada usia ini, nak berjalan pun dah tak larat. Tapi senyuman masih terukir bila melihat anak-cucu datang melawat. Mungkin terhibur dan hilang kerinduan kepada anak-cucu.

Agak lama juga kami bersembang sebelum pulang ke rumah.

Kami sekeluarga mendoakan semoga Tok Ngah akan selalu sihat dan semoga segala urusan Tok Ngah akan dipermudahkan Allah Taala.

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rabu
8 Rabiul Awal 1433
1 Februari 2012

Aku baru saja mendapat perkhabaran...

Tok Ngah baru saja meninggalkan kami...

Semoga roh Tok Ngah ditempatkan bersama-sama dengan roh orang-orang yang beriman..

Al-Fatihah..

Photobucket

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...