03 November 2011

UBAT CACING...

Catatan Ayah

Khamis
7 Zulhijjah 1432
3 November 2011

Assalamu'alaikum...

Hari ni.., aku nak kongsi sedikit maklumat yang aku dapat dari orang tua-tua.., dan ada aku amalkan kepada anak-anak aku.., moga-moga ia mendatangkan manafaat..

Ianya berkaitan dengan masalah cacing yang selalunya menyerang anak-anak kita...

Perubatan moden sudah lama ada ubat cacing.., pelbagai jenama di pasaran.., yang selalunya diberi minum kepada anak-anak kita enam bulan sekali..

Antara tanda-tanda anak-anak diserang masalah cacing.., antaranya bila berak, dapat dilihat cacing terutamanya cacing kerawit kat dalam najis.., selain tu selalunya anak-anak ni tak lalu makan.., leher nampak 'panjang'.., perut membuncit dan macam-macam lagi..

Yang terbaik adalah bawa anak-anak kita untuk membuat pemeriksaan kat klinik-klinik berdaftar baik kerajaan ataupun swasta..

Selain dari kaedah-kadah perubatan moden.., aku ada dapat petua dari orang-orang lama.. iaitu memandikan anak-anak dengan ramuan daun-daun..

Antara daun-daun yang selalu digunakan adalah..

Daun Ketela Rambai
Daun Ketela Rambai

Daun Ketela Rambai
Daun Ketela Rambai

Daun ni.. orang kat Perlis panggil daun ketela rambai.., tak tahu pula nama dalam bahasa kebangsaan..

Daun Jolok Cacing
Pokok Jolok Cacing

Daun Jolok Cacing
Pokok Jolok Cacing

Daun ni dipanggil daun jolok cacing...

Daun Ketum
Daun Ketum

Daun Ketum
Daun Ketum

Daun ni pula adalah daun ketum.. TAPI harus diingat.., daun ketum ni jangan disalah guna kerana jika diminum dengan banyak.., akan memudaratkan kesihatan..

Semua daun-daun di atas.., diramaskan di dalam air.., dan dimandikan anak-anak kita dengan air daun-daun ni.. paras bahu ke bawah...

InsyaAllah.., masalah cacing anak-anak kita akan selesai..

Aku tak tahu bagaimana masalah cacing ni boleh selesai dengan hanya mandi dengan air ramasan daun-daun ni.., dan rasanya tiada sebarang kajian saintifik mengenainya.., yang nyata masalah cacing ni selesai...

Semoga.., dengan perkongsian maklumat ni dapat memberikan sedikit manafaat buat kita semua..

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

4 ulasan:

  1. yg atas tu mcm daun betik je..

    BalasPadam
  2. Kak Zmah: sekadar berkongsi maklumat..

    BalasPadam
  3. Kang Latep:

    Ya, betul.. daun betik.. tapi kat Perlis orang panggil ketela..

    Mungkin dari spesis rambai kot.. sebab tu orang kat sini panggil ketela rambai..

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...