07 November 2011

SERVICE WAVE.. 40130KM

Catatan Ayah

Isnin
11 Zulhijjah 1432
7 November 2011

Assalamu'alaikum..

Terlebih dahulu aku ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam di mana jua berada. Kepada semua yang mengerjakan ibadah korban, aku doakan semoga ibadah kita semua diberkati Allah Taala.

Kini, Wave 100(0)rr aku dah pun mencapai mileage 40,130km. Jauh juga perjalanan Wave aku ni.. walaupun hanya berulang-alik pergi kerja saja..

Dan sampailah masanya untuk aku selenggarakan Wave aku ni.. dan sebagai persiapan untuk program ride ke Pak Bara, La-Ngu, Thailand yang cadangannya hendak dilakukan masa cuti sekolah Disember 2011 nanti.. InsyaAllah..

Photobucket

Design t-shirt pun dah siap.. cuma belum dihantar untuk printing lagi..

Seperti biasa.., aku lebih suka untuk DIY dalam kerja-kerja penyelenggaraan Wave aku ni..

Aku rasa lebih puas hati bila buat sendiri.., kecuali jika kerja-kerja tu tak mampu aku lakukan serta tak ada tools yang sesuai..

Photobucket

Benda pertama yang aku perlu lihat adalah air filter Wave ni.., sebab dulu aku pernah periksa dan aku dapati penapisnya dah rosak teruk dan perlu ditukar..

Photobucket

Inilah dia rupa penapis udara Wave aku ni.. dah teruk dan perlu ditukar...

Photobucket

Penapis Wave aku ni sama jenis yang digunakan untuk EX5.., dan aku telah dapatkan dari kedai spare-part kat Kangar dengan harga RM3.00..

Photobucket

Photobucket

Selepas mencuci sedikit kekotoran di dalam ruang letak penapis ni.., pemasangan dilakukan balik.. Alhamdulillah..

Selesai dah tukar penapis udara.., jadi aku terus buat pemeriksaan spark plug..

Photobucket

Selepas dibuka.. tu dia.. punyalah hitam penuh dengan karbon.., padahal aku telah buka dan cuci lebih kurang 2,000km yang lepas..

Photobucket

Ikut jadual.., aku perlu tukarkan spark plug yang baru.. dan selalunya aku tukarkan spark plug Wave ni setiap 10,000km..

Photobucket

Walaupun aku nak tukar spark plug yang baru.., spark plug yang lama ni tetap aku cuci dan simpan.. mana tau kot-kot perlu digunakan semasa kecemasan...

Photobucket

Inilah.. spark plug yang baru.. dan siap dipasang semula ke enjin..

Baru-baru ni baru aku sedar yang lampu brek aku telah rosak.. dan tak berfungsi..

Photobucket

Jadi.., lampu baru perlu ditukar..

Photobucket

Lampu dah ditukar.. tapi sebelum pasang balik assemblynya.. seelok-eloknya bersihkan dulu cermin lampu tu.. buang segala habuk.. bagi dia merelit sikit.. =)

Photobucket

Haaaa... dah siap dipasang..

Photobucket

Kemudian.. periksa air bateri pulak... kena pastikan airnya mencukupi.. semoga bateri ni tahan lama bila dijaga airnya...

Photobucket

Selepas ditambah air bateri.., sebelum pasang balik.., elok juga bersihkan sikit kekotoran kat dalam ruang bateri ni..

Photobucket

Bila dah bersih.. baru pasang balik bateri.. =)

Minyak lama dah pun selesai dibuang.., jadi pengisian minyak baru pun dilakukan...

Photobucket

Kini.. kerja-kerja dah selesai.., jadi sebelum pasang balik semua.., selalunya aku akan semburkan sikit minyak diesel kat enjin dan kemudiannya dibilas dengan air.. kasi bersihkan sikit enjin...

Photobucket

Selepas semua pemasangan siap.. apa lagi.. kasi basuh ler sikit motor..

Lepas tu check ketegangan rantai dan semburkan sikit minyak rantai...

Photobucket

Next service Wave aku ni dijadualkan pada kurang lebih 42,000km nanti... InsyaAllah..

p/s: Alhamdulillah.. setakat ni aku berpuas hati dengan kerja-kerja ni.. lagi pun bukannya makan masa yang lama... =)

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

2 ulasan:

  1. bukan apa.. nak dapatkannya mahal.. jadi kena ler jaga dia sikit.. bagi berbaloi dan tahan lama.. hehehe... =)

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...