21 November 2011

POKOK SAWA..

Catatan Ayah

Isnin
25 Zulhijjah 1432
21 November 2011

Assalamu'alaikum,

"Jom kita makan kat Pokok Sawa..", ujar isteri aku sebaik konvokesyen Bang Cik berakhir.

"Jomlah.. Ibu belanja..", sambung isteriku lagi.

Warung Pokok Sawa, letaknya di Mata Air, Perlis.


Warung Pokok Sawa ni adalah salah satu kedai makan yang terkenal di Perlis yang menyajikan masakan berasaskan ikan keli sebagai menu istimewanya.

Photobucket

Warung Pokok Sawa ni dibuka dari pukul 11 pagi hingga 4 petang setiap hari kecuali hari Jumaat.

Terdapat pelbagai menu disediakan seperti ikan keli bakar, ikan keli goreng, asam pedas keli dan aneka lauk-pauk yang lain.

Selain tu, terdapat juga pelbagai ulam-ulaman disediakan.

Photobucket

Kebanyakan masakannya adalah masakan kampung.

Photobucket

Kami telah memilih ikan keli goreng, ikan keli bakar, asam pedas, kerabu taugeh dan ulam-ulaman sebagai hidangan.

Persekitaran kedai makan juga bersih dan terjaga.

Photobucket

Kebanyakan pengunjung terdiri dari pelbagai kaum baik melayu, cina, india, siam dan lain-lain. 

Bahkan pernah aku jumpa warga Jepun (yang bekerja di Kilang Shorubber, Jejawi) dan 'mat saleh' datang menjamu selera di sini.

Aku rekomenkan kepada sesiapa yang datang ke Perlis untuk mencuba menjamu selera di sini.

InsyaAllah.., memuaskan.

p/s: sekadar menyokong perniagaan bumiputera Islam...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...