13 November 2011

PERSIAPAN DOKUMEN

Catatan Ayah

Ahad
17 Zulhijjah 1432
13 November 2011

Assalamu'alaikum..

Tinggal 34 hari sebelum ride ke Pak Bara, Thailand yang dijadualkan pada 17 Disember 2011 nanti.

Aku pun masih lagi dalam bercuti Raya Aidil Adha. Jadi aku ambil kesempatan ni untuk menyiapkan dokumen perjalanan iaitu passport antarabangsa yang perlu diperbaharui.

Passport antarabangsa aku ni telah tamat tempohnya. Dulu buat pada tahun 1994 semasa aku bekerja kat Sharp-Roxy di Sungai Petani di mana aku dihantar berkursus di Hiroshima, Jepun selama 2 minggu.

Photobucket
Passport lama

Dan passport ni telah tamat tempohnya pada tahun 1999.

Seawal jam 9.00 pagi, khamis yang lepas aku terus ke Jabatan Imegresen, Kangar yang letaknya di tingkat 1 Bangunan Persekutuan Kangar, berhadapan dengan Hotel Putra Palace.

Setelah menulis nama dalam buku kehadiran ke Bangunan Persekutuan kat pengawal di bawah, terus aku menuju ke lift dan naik ke tingkat 1.

Sebaik sampai ke ruang pejabat Imegresen, aku disapa oleh salah seorang pegawai Imegresen.

"Nak buat apa Cik?", soal pegawai tersebut sambil tersenyum.

"Nak renew passport..", balas aku. Seronok melihat keramahan pegawai tersebut.

"Maaf Cik. Passport tak boleh buat hari ni sebab off-line. Dah 2 hari off-line. Kalau nak buat border pass.. boleh pi buat kat Kuala Perlis atau Padang Besar.", pegawai tersebut memberitahu aku.

"Agak-agak bila line ok?", soal aku.. inginkan kepastian.

Sambil tersenyum, pegawai tu membalas, "Tak tau lagi, Cik ambil nombor telefon ni.. cuba call dulu sebelum mai balik."

Sambil mengambil salinan nombor telefon, aku terus bertanya, "Kalau pi Kuala Perlis, boleh buat dak passport ni?"

"Boleh buat kat Kuala Perlis, tapi ambil masa 5 hari sebab depa akan hantar mai sini juga. Kalau buat kat sini.. sejam saja", balas pegawai tersebut.

"Cik ambil dulu borang ni.. balik isi.. bawa mai 2 keping gambar dan fotostat kad pengenalan..", sambung pegawai tersebut..

"Baiklah.. nanti saya mai lain", balas aku.. lalu aku berlalu pulang dengan penuh hampa..

Untuk rekod, untuk perbaharui passport, kita perlu bawa passport yang lama, 2 keping gambar berukuran passport yang berlatar-belakang warna biru dan salinan fotostat kad pengenalan depan dan belakang beserta duit RM100 untuk bayaran passport selama 2 tahun.

Hari jumaat, selepas mengisi  borang dengan lengkap kat rumah, aku terus menuju ke Jabatan Imegresen seawal jam 9.00 pagi.

Sebaiknya sampai di sana, kelihatan ramai orang yang datang untuk berurusan. Alhamdulillah.. hari ni line dah ok..

Selepas menyerahkan borang dan disemak oleh pegawai Imegresen.., terus aku diberikan nombor giliran. Tu dia.. lagi 12 orang sebelum sampai giliran aku..

Agak lama juga menunggu.. kira-kira hampir 2 jam menunggu untuk dipanggil giliran.

Sampai saja giliran, terus aku ke kaunter. Segala maklumat aku disemak dan cap jari diambil. Kemudian aku disuruh menunggu giliran lagi.

Hampir sejam kemudian, aku dipanggil untuk membuat pembayaran sebanyak RM100. Dan disuruh untuk menunggu lagi kira-kira sejam untuk passport baru disiapkan.

Rupa-rupanya, sejam passport siap seperti yang tertulis kat banner yang dipamerkan kat luar ruang pejabat Imegresen tu adalah sejam passport siap selepas pembayaran... =P

Selepas membuat pembayaran, aku memberitahu pegawai Imegresen tu untuk mengambil passport petang nanti.. selepas solat Jumaat sebab jam pun dah menghampiri 12.15 tengah hari.

Petangnya, kira-kira jam 3.00 petang.., aku terus ke kaunter pengambilan passport.., lalu menyerahkan salinan resit pembayaran yang aku dapat pagi tadi.

Aku diminta untuk menunggu sementara pegawai tersebut mencari passport aku.

Hampir 15 minit menunggu.., Alhamdulillah.. aku mendapat passport yang baru.

Setelah memeriksa semua catatan dan ejaan dengan betul..., passport diserahkan kepada aku..

Photobucket
Passport baru

Mulai sekarang.., aku sudah boleh ke luar negara bila-bila masa saja.., tapi bukannya selalu boleh pi.., aku bukannya banyak duit.. Sekadar nak ride ke Thailand saja.. sekali sekala..

Jom... kita ride ke Pak Bara.. =)

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...