27 November 2011

MUDA.. TUA..

Catatan Ayah

Ahad
1 Muharram 1433
27 November 2011

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah, sekarang ni kebanyakan rumah sudah mendapat bekalan elektrik.

Dulu semasa aku kecil-kecil, rumah aku sekeluarga masih belum mendapat bekalan elektrik.. yang seingat aku sekitar pertengahan tahun 70-an.

Masih ingat lagi ketika itu ayah aku menyalakan lampu minyak tanah yang kami panggil lampu ayam untuk menerangkan rumah.

Sekitar hujung 70-an baru kami dapat bekalan elektrik tapi masih belum dapat menonton televisyen.

Malam-malam ayah akan bawa aku ke rumah jiran iaitu rumah Tok Cik On untuk menonton televisyen.. yang ketika itu hanya ada TV1 sahaja. Selalunya kami pergi tengok siri Drama Minggu Ini.

Tak lama selepas tu baru ayah belikan televisyen berjenama Philips.. televisyen hitam putih berkotak kayu.

Masa tu bekalan elektrik dibekalkan oleh LLN (Lembaga Letrik Negara).

Ingat juga dulu LLN ni orang panggil Langut Langut Naik.. sebab orang yang selalu dok baiki tiang elektrik akan mendongak ke atas dan baru naik.. =)

Dulu tiang elektrik adalah tiang kayu. Bila nak pacakkan tiang tu, mungkin ambil masa selama setengah hari dan kadang-kadang sampai masa sehari.

Manakan tidak.. kerja-kerja mengorek lubang menggunakan tenaga empat kerat manusia dengan alatan yang asas seperti cangkul dan sebagainya.

Tapi sekarang.. zaman dah berubah.. LLN dah bertukar menjadi TNB (Tenaga Nasional Berhad) setelah dikorporatkan.

Banyak kerja-kerja TNB sekarang ni dah disub-kontrak yang dilakukan oleh kontraktor-kontraktor berdaftar.

Minggu lepas aku berpeluang untuk melihat kerja-kerja penukaran tiang elektrik dilakukan.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Tiang elektrik kayu yang lama ditukarkan dengan tiang elektrik yang dibuat dari konkrit.

Kerja-kerja mengorek pun dah mudah, tak perlu menggunakan tenaga empat kerat tapi menggunakan jentera gerudi.

Kerja-kerja yang dulunya mengambil masa untuk disiapkan.. sekarang ni hanya memerlukan masa kurang lebih sejam sahaja.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Bila dilihat kepada tiang kayu elektrik tu.. sejenak terfikir.. dulu tiang tu adalah tiang yang keras dan tegap.. mampu menahan panas dan hujan.

Tapi sekarang dah berusia, lemah, rapuh dan sudah condong hampir menyembah bumi.

Sekarang tiang kayu dah diganti dengan tiang baru konkrit yang tegap lagi keras.

Kemanakah tiang kayu tu akan dibuang?

Jika tiang kayu tu barang yang berharga, mungkin ia akan digunakan kembali atau diletakkan di muzium sebagai kenangan.

Jika tiang kayu tu tak berharga, mungkin ia akan dimusnahkan dan dibuang.

Bagaimana dengan kita?

Semasa kita muda, gagah dan kuat.. kita akan disanjung dan disukai ramai orang.

Bila dah tua, tak larat.. adakah kita juga akan dibuang?

Bak kata pepatah.. Harimau mati meninggalkan belang.. manusia mati meninggalkan nama.. tapi jika kita tiada sebarang keistimewaan.. adakah kita akan diingati oleh orang lain???...

Pada aku.. biarlah aku tak diingati oleh sesiapa. Cuma biarlah pengalaman-pengalaman dan ilmu-ilmu yang aku ada dapat ditinggalkan dan dikongsi di dunia ni dan dapat dimanafaatkan oleh orang lain selain berharap anak-anak akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah yang dapat mendoakan aku selalu...

InsyaAllah...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...