25 November 2011

LONGGAR

Catatan Ayah

Jumaat
29 Zulhijjah 1432
25 November 2011

Assalamu'alaikum..

Isnin lepas, seperti juga hari-hari yang lain.. suasana di sekitar Perlis agak mendung dan berhujan. Berhujan yang kadang-kadang lebat.. kadang-kadang renyai-renyai namun yang pasti.. angin bertiup agak kencang.

Ada terlihat kat berita TV semasa minum-minum kat Ayob minggu lepas yang Perlis termasuk antara beberapa negeri yang diberi amaran jingga iaitu berjaga-jaga akan bencana banjir.

Harap-harap tu mohon Allah jauhkan dari bencana banjir.

Seminggu dua ni agak kalut juga buat kerja dek kerana minggu depan akan ada akreditasi kat hospital. Jadi banyak juga permintaan dari pihak hospital untuk memeriksa semua equipment supaya berada dalam keadaan yang tip-top.

Selepas minum kat Kedai Fendy tadi, aku terus ke Jabatan X-ray. Hampir seminggu lebih dah kami sepejabat tak minum pagi kat Kedai Gedik sebab sekarang ni harga ada sedikit mahal berbanding tempat-tempat lain. Gayanya macam boikot kot sebab harga makanan sudah naik sikit. =)

Dalam dok belek-belek beberapa equipment terutama mesin x-ray dan CR, terdengar suara menyapa aku.

"Mizal, free dak?", sapa En Razin. Beliau merupakan salah seorang juru x-ray tingkatan kanan di JPD. Seorang yang baik hati dan peramah. Senang dibawa berbincang.

"Ada apa Cik Razin..", balas aku sambil menghampiri beliau. Hati customer mesti dijaga..

"Ada skru longgar kat hanger.. kat collimator..", beritahu En Razin sambil mengajak aku ke dalam bilik x-ray.

"Boleh tolong buat bagi elok dak?", sambung beliau sambil memegang bahagian yang longgar tu.

"Ok.. takpa.. sat lagi saya buat. La ni saya nak check equipment yang lain sat.. lepas tu saya buat..", balas aku sambil melihat-melihat collimator tu.

Photobucket

Collimator adalah bahagian yang mempunyai tetingkap untuk menghadkan pengeluaran x-ray. Ia direka supaya x-ray yang dipancarkan dari tube x-ray tertumpu pada sesuatu tempat sahaja.

En Razin meminta diri untuk menyambung kerjanya, meninggalkan aku yang sedang melihat-lihat collimator tu. Selepas melihat-lihat, aku kembali menyambung kerja-kerja yang tertinggal tadi dan aku bercadang akan membaiki collimator tu selepas siap kerja-kerja yang aku tinggalkan tadi.

Selesai tugasan aku yang aku sambung tadi, terus aku menuju ke bilik x-ray. Kebetulan bilik x-ray tu kosong.. tiada pesakit yang dipanggil.

Terus aku membuka collimator yang diberitahu En Razin tadi. Selepas membukanya, aku dapati nut yang memegang screw hanger collimator tu telah longgar.

Jadi.., ambil playar.., ketatkan jer.. =)

Photobucket

Sambil-sambil mengetatkan nut tu.. terdetik di fikiran aku.

Sesuatu benda tu.. semakin lama maka semakin dimakan usia. Bila semakin dimakan usia maka semestinya yang dulunya ketat pasti akan longgar.

Begitu juga dengan kita, semakin berusia fizikal kita akan menjadi semakin lemah. Segala sendi-sendi semakin lama semakin terasa sakit dan lenguh bila buat kerja lama-lama. Tak macam masa muda-muda dulu. Kuat dan gagah.

Cuma bagi sesebuah mesin, jika screw longgar kita boleh ketatkan. Kalau manusia???.. Apa yang kita kena ketatkan??.. =P

Apa yang pasti, bila dah berumur ni dan segala sendi-sendi semakin longgar, harus diingat dalam hati.. rumah kata pergi.. kubur kata mari..

Sebab tulah Nabi SAW pernah berkata.. Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara.. dan salah satunya ingat muda sebelum tua.

Mesti banyakkan amalan ketika muda belia dengan tenaga yang ada sebelum tua. Bila dah tua.. dah tak larat macam mana nak beribadat...

p/s: Alhamdulillah.. walaubagaimanapun.. kerja-kerja mengetatkan nut tu selesai... =)

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...