30 November 2011

HTF BAKAL BERUBAH WAJAH - 7

Catatan Ayah

Rabu
4 Muharram 1433
30 November 2011

Assalamu'alaikum,

Bermula 29 November 2011 sehingga 1 Disember 2011, pihak MSQH membuat penilaian akreditasi kat Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Untuk rekod, akreditasi untuk HTF telah dilakukan 3 tahun yang lepas dan penilaian kali ni adalah kali yang ke-2 untuk memperbaharui sijil.

Semenjak 2 bulan yang lepas, kami turut terlibat tak secara langsung dalam program ni. Maka pakat dok kalutlah masing-masing dengan pelbagai kerja.

Dan kelmarin pihak MSQH telah pun sampai untuk kerja-kerja penilaian semula tu.

Pagi-pagi lagi aku telah ke Jabatan Pengimejan Diagnostik (JPD) untuk menjalankan tugasan aku membuat QC test untuk mobile x-ray.

"Assalamu'alaikum Kak Salmah...", sapa aku kepada salah seorang juru-xray senior sebaik saja aku memasuki JPD.

Jelas nampak perubahan ketara di perkarangan JPD.

"Wa'alaikumsalam.., ya Mizal.., nak buat apa..? Ada yang Kak Salmah boleh bantu?", balas Kak Salmah. Ketika itu Kak Salmah sedang menaip sesuatu kat papan kekunci salah satu komputer yang terdapat di perkarangan JPD.

"Kalau boleh saya nak buat QC test mobile x-ray..", jawab aku sambil melihat sekeliling JPD yang nampak agak lapang hari ni.

"Maaf la Mizal..., hari ni rasanya tak boleh buat sebab staf MSQH guna kawasan dekat MRI sebagai kawasan rehat dan makan... Kalau boleh Mizal mai lepas akreditasilah...", Kak Salmah memberitahu aku.

Untuk rekod, hanya kawasan sekitar MRI saja yang selalu aku gunakan bila membuat PPM dan QC test x-ray kerana tempatnya agak lapang dan berjauhan dari orang. Jadi senang bila aku nak buat shoot.. orang lain tak dapat schatted radiation.

"Kalau macam tu.. saya reschedule ke minggu depan jer lah..", balas aku seraya menolak troli keluar dari JPD.

Nampaknya minggu ni aku dok relaks sikit kot sebab tak boleh buat kerja-kerja yang bersangkutan dengan mesin x-ray.

Selepas keluar dari JPD, aku ambil peluang untuk pusing-pusing sekitar HTF untuk melihat suasana sekitar.

Masing-masing staf nampak sibuk dengan persiapan akhir sebelum giliran penilaian oleh pegawai-pegawai MSQH sampai ke jabatan masing-masing.

Pada pandangan mata aku yang memakai kaca mata ni, suasana berubah dengan sekelip mata. Ruang-ruang tempat kerja masing-masing menjadi lapang, bersih dan wangi. Termasuk kat dalam lif.

Selepas meninjau persekitaran, aku terus ke bangunan wad untuk melihat progres pembinaan bangunan baru.

Kat sini aku letakkan beberapa gambiran...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Nampaknya pembinaan bangunan baru berterusan tanpa henti. Semoga ianya cepat disiapkan mengikut jadual...

Aku juga berharap mudah-mudahan suasana sebegini akan berterusan dan kecekapan staf akan juga sentiasa dalam tahap terbaik, bukan hanya sekadar elok semasa penilaian MSQH sahaja tetapi sepanjang masa demi kebaikan bersama.

Dan semoga slogan akreditasi HTF bukan hanya sekadar slogan..

"Demi memastikan,
kakitangan yang betul
membuat perkara yang betul dengan betul
berlandaskan proses kerja yang betul
menggunakan peralatan yang betul dan tepat
di dalam suasana yang betul dan selamat
ke atas pesakit betul
demi mencapai matlamat yang betul dan memuaskan"

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...