01 November 2011

CEGAH KEBAKARAN

Catatan Ayah

Selasa
5 Zulhijjah 1432
1 November 2011

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah.., hari ni dapat lagi satu pengalaman yang amat berguna yang aku rasa nak kongsi kat sini..

Selari dengan program ke arah Pensijilan OHSAS18001:2007 yang dijadualkan pada Disember 2011 nanti.., kami warga kerja kat Kangar telah diberikan seminar yang bertajuk "Fire Prevention"..

Banyak ilmu yang aku dapat dari seminar ni.., selain dari digunakan ketika di tempat kerja.., boleh juga dipraktiskan di rumah...

Seperti mana yang telah diketahui.., terdapat beberapa kaedah untuk memadamkan api jika kita terbakar.., antaranya diselimut dengan kain selimut, berguling di atas tanah, disimbah dengan air dan berbagai-bagai lagi..

Namun begitu.., kaedah-kaedah ini mempunyai risiko yang tersendiri.., contohnya bila mangsa diselimutkan dengan kain selimut.., berkemungkinan kulit mangsa akan terkoyak bila selimut dibuang.., jika mangsa itu kanak-kanak agak mustahil dia mampu berguling di atas tanah.., jika disimbah badan mangsa dengan pasir, berkemungkinan akan terkena jangkitan kuman yang ada pada pasir tadi.., dan jika disimbah dengan air, kulit mangsa pasti akan melecur dengan teruk..

Dari itu.., MENCEGAH kebakaran adalah PENTING.. sebelum kebakaran berlaku..

Ingatlah talian kecemasan.., iaitu 999 dan 112 (melalui hand-phone.., tak kira mana-mana talian sama ada Celcom, Digi, Maxis dan lain-lain)..

Tapi PERLU diingat.. JANGAN sekali-kali mendail nombor kecemasan ni secara suka-suka dan main-main...

Antara beberapa tips yang aku dapat kongsi kat sini adalah:

1. Kalau seseorang tu pakai contact lens.., jika mata terkena asap ketika kebakaran.., contact lens tu perlu dibuang dari mata.., jika tidak.., boleh menyebabkan buta..

2. Untuk setiap soket 13A.., jangan kongsi hingga melebihi 3 peralatan elektrik.., yang boleh menyebabkan load yang tinggi dan short-circuit..

3. Setiap 3 bulan.., peti ais perlu dioffkan selama 1/2 jam bagi merehatkan sistem elektrikalnya..

4. Cabut plug tv bila off dan ketika kilat...

Perlu ditekankan iaitu.. PENCEGAHAN adalah lebih baik dari merawat..

Bak kata orang lama.., sesal dahulu berpendapatan.., sesal kemudian tak berguna..

Janganlah bila terhantuk.., baru terngadah..

Antara langkah-langkah pencegahan yang boleh kita lakukan.., adalah:

1. Memasang smoke detector..

Bayangkan short-circuit berlaku dan menyebabkan spark berlaku ketika kita tidur lena nyenyak dibuai mimpi indah.., tiba-tiba kebakaran berlaku.., kita akan tersedar bila api dah marak dan asap berkepul-kepul.., dan sudah pastinya ia dah terlambat..

Photobucket
Smoke Detector

2. Mempunyai alat pemadam api..

Seboleh-bolehnya.., sediakanlah alat pemadam api dari kelas ABC.., sekurang-kurangnya jika kebakaran berlaku.., tindakan awal boleh dilakukan sementara menunggu bomba sampai.., kerana ujian telah dilakukan di mana api boleh menjadi marak dalam masa kurang dari seminit.., berbanding bomba yang akan sampai ke lokasi kebakaran antara 10 minit ke 20 minit...

Photobucket
Alat pemadam api

Photobucket
Face mask

Photobucket
Face mask

Mungkin kebanyakan orang akan mengeluh mengatakan ketiadaan wang untuk membeli dua peralatan asas iaitu smoke detector dan alat pemadam api.., tapi ingatlah.., jika kita mampu membeli bermacam-macam barang kesukaan.., apa salahnya kita menyediakan peralatan asas ini sekali seumur hidup demi keluarga kita...

Ingatlah... biar kita sesal dahulu.., jangan kita sesal kemudian...

p/s: ini semua adalah pendapat aku selepas mendengar sedikit ceramah di seminar tadi...

Antara gambiran sekitar seminar tadi...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...