30 November 2011

HTF BAKAL BERUBAH WAJAH - 7

Catatan Ayah

Rabu
4 Muharram 1433
30 November 2011

Assalamu'alaikum,

Bermula 29 November 2011 sehingga 1 Disember 2011, pihak MSQH membuat penilaian akreditasi kat Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Untuk rekod, akreditasi untuk HTF telah dilakukan 3 tahun yang lepas dan penilaian kali ni adalah kali yang ke-2 untuk memperbaharui sijil.

Semenjak 2 bulan yang lepas, kami turut terlibat tak secara langsung dalam program ni. Maka pakat dok kalutlah masing-masing dengan pelbagai kerja.

Dan kelmarin pihak MSQH telah pun sampai untuk kerja-kerja penilaian semula tu.

Pagi-pagi lagi aku telah ke Jabatan Pengimejan Diagnostik (JPD) untuk menjalankan tugasan aku membuat QC test untuk mobile x-ray.

"Assalamu'alaikum Kak Salmah...", sapa aku kepada salah seorang juru-xray senior sebaik saja aku memasuki JPD.

Jelas nampak perubahan ketara di perkarangan JPD.

"Wa'alaikumsalam.., ya Mizal.., nak buat apa..? Ada yang Kak Salmah boleh bantu?", balas Kak Salmah. Ketika itu Kak Salmah sedang menaip sesuatu kat papan kekunci salah satu komputer yang terdapat di perkarangan JPD.

"Kalau boleh saya nak buat QC test mobile x-ray..", jawab aku sambil melihat sekeliling JPD yang nampak agak lapang hari ni.

"Maaf la Mizal..., hari ni rasanya tak boleh buat sebab staf MSQH guna kawasan dekat MRI sebagai kawasan rehat dan makan... Kalau boleh Mizal mai lepas akreditasilah...", Kak Salmah memberitahu aku.

Untuk rekod, hanya kawasan sekitar MRI saja yang selalu aku gunakan bila membuat PPM dan QC test x-ray kerana tempatnya agak lapang dan berjauhan dari orang. Jadi senang bila aku nak buat shoot.. orang lain tak dapat schatted radiation.

"Kalau macam tu.. saya reschedule ke minggu depan jer lah..", balas aku seraya menolak troli keluar dari JPD.

Nampaknya minggu ni aku dok relaks sikit kot sebab tak boleh buat kerja-kerja yang bersangkutan dengan mesin x-ray.

Selepas keluar dari JPD, aku ambil peluang untuk pusing-pusing sekitar HTF untuk melihat suasana sekitar.

Masing-masing staf nampak sibuk dengan persiapan akhir sebelum giliran penilaian oleh pegawai-pegawai MSQH sampai ke jabatan masing-masing.

Pada pandangan mata aku yang memakai kaca mata ni, suasana berubah dengan sekelip mata. Ruang-ruang tempat kerja masing-masing menjadi lapang, bersih dan wangi. Termasuk kat dalam lif.

Selepas meninjau persekitaran, aku terus ke bangunan wad untuk melihat progres pembinaan bangunan baru.

Kat sini aku letakkan beberapa gambiran...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Nampaknya pembinaan bangunan baru berterusan tanpa henti. Semoga ianya cepat disiapkan mengikut jadual...

Aku juga berharap mudah-mudahan suasana sebegini akan berterusan dan kecekapan staf akan juga sentiasa dalam tahap terbaik, bukan hanya sekadar elok semasa penilaian MSQH sahaja tetapi sepanjang masa demi kebaikan bersama.

Dan semoga slogan akreditasi HTF bukan hanya sekadar slogan..

"Demi memastikan,
kakitangan yang betul
membuat perkara yang betul dengan betul
berlandaskan proses kerja yang betul
menggunakan peralatan yang betul dan tepat
di dalam suasana yang betul dan selamat
ke atas pesakit betul
demi mencapai matlamat yang betul dan memuaskan"

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

28 November 2011

BULB COLLIMATOR MUX-100H

Catatan Ayah

Isnin
2 Muharram 1433
28 November 2011

Assalamu'alaikum..

"truuuttt.. truuttt...", kedengaran telefon kat meja Fiza berbunyi.

Waktu tu tiada siapa pun kat office kecuali aku, Fiza dan Mat Noq.

"Hello... sekejap yer..", kedengaran Fiza bersuara selepas mengangkat gagang telefon.

"Mizal.., ada call dari x-ray..:, kata Fiza sambil memegang gagang telefon.

Terus aku menuju ke meja Fiza dan mengambil gagang telefon.

"Hello..", sapa aku.

"Hello.. ni Razin.., Mizal boleh tolong tengok Shimadzu dak.. LBD tak menyala..", kedengaran suara En Razin di hujung talian.

"Ok.. sat lagi saya pi x-ray.., bulb terbakar kot..", jawab aku.

Sebelah petang aku ke Jabatan Radiologi untuk melihat keadaan mobile x-ray Shimadzu MUX-100H yang dikatakan bulb LBD (light beam diaphram) telah terbakar.

Sebelum tu aku telah ke Kedai Juta kat Simpang Tiga, Kangar untuk membeli bulb yang berharga RM16.

Photobucket

Untuk rekod bulb LBD untuk Shimadzu MUX-100H adalah 12V 100W.

Photobucket

Selepas mengambil kunci Shimadzu MUX-100H kat kaunter X-ray, terus aku menghidupkan mesin dan menekan butang lampu.

Memang betul lampu LBD tak menyala.

Lalu aku membuka cover belakang, tempat bulb diletakkan.

Photobucket

Dan memang sah, aku dapati filament bulb telah putus.

Lampu LBD cukup penting untuk sesebuah mesin x-ray kerana cahaya lampu itulah yang menjadi panduan kawasan dedahan x-ray.

Tak susah untuk menukar bulb, cuma buka cover.. buang bulb lama dan gantikan dengan bulb baru.

Photobucket

Selepas ditukar, aku menekan kembali butang lampu untuk melihat kawasan dedahan.

Aku dapati kawasan dedahan tidak seperti yang sepatutnya.

Photobucket

Kawasan cahaya menjadi sebelah terang dan sebelah malap.

Berkemungkinan kedudukan bulb yang baru dipasang tidak berada pada kedudukan yang betul.

Aku menarik keluar sedikit bulb, kemudian periksa kembali cahaya lampu.

Photobucket

Problem solved... tapi kenapa jadi begitu??..

Photobucket

Aku cuba bandingkan antara kedua-dua bulb yang baru dengan yang lama. Kelihatan terdapat perbezaan antara kedua-dua bulb terutama pada kaki bulb yang mana kaki bulb lama lebih panjang berbanding dengan bulb yang baru.

Photobucket

Photobucket

Kesimpulannya.. untuk keputusan pengcahayaan yang elok mesti menggunakan bulb yang original yang perlu dibeli dari Shimadzu (M) Sdn Bhd.

Tetapi penggunaan bulb yang baru dipasang ni pun boleh tapi mungkin hanya untuk sementara waktu sahaja.

p/s: Apa-apa pun.., matlamatnya adalah supaya terdapat cahaya yang keluar dari LBD.. itu dah settle problem.. hehehe.. =)

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

27 November 2011

MUDA.. TUA..

Catatan Ayah

Ahad
1 Muharram 1433
27 November 2011

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah, sekarang ni kebanyakan rumah sudah mendapat bekalan elektrik.

Dulu semasa aku kecil-kecil, rumah aku sekeluarga masih belum mendapat bekalan elektrik.. yang seingat aku sekitar pertengahan tahun 70-an.

Masih ingat lagi ketika itu ayah aku menyalakan lampu minyak tanah yang kami panggil lampu ayam untuk menerangkan rumah.

Sekitar hujung 70-an baru kami dapat bekalan elektrik tapi masih belum dapat menonton televisyen.

Malam-malam ayah akan bawa aku ke rumah jiran iaitu rumah Tok Cik On untuk menonton televisyen.. yang ketika itu hanya ada TV1 sahaja. Selalunya kami pergi tengok siri Drama Minggu Ini.

Tak lama selepas tu baru ayah belikan televisyen berjenama Philips.. televisyen hitam putih berkotak kayu.

Masa tu bekalan elektrik dibekalkan oleh LLN (Lembaga Letrik Negara).

Ingat juga dulu LLN ni orang panggil Langut Langut Naik.. sebab orang yang selalu dok baiki tiang elektrik akan mendongak ke atas dan baru naik.. =)

Dulu tiang elektrik adalah tiang kayu. Bila nak pacakkan tiang tu, mungkin ambil masa selama setengah hari dan kadang-kadang sampai masa sehari.

Manakan tidak.. kerja-kerja mengorek lubang menggunakan tenaga empat kerat manusia dengan alatan yang asas seperti cangkul dan sebagainya.

Tapi sekarang.. zaman dah berubah.. LLN dah bertukar menjadi TNB (Tenaga Nasional Berhad) setelah dikorporatkan.

Banyak kerja-kerja TNB sekarang ni dah disub-kontrak yang dilakukan oleh kontraktor-kontraktor berdaftar.

Minggu lepas aku berpeluang untuk melihat kerja-kerja penukaran tiang elektrik dilakukan.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Tiang elektrik kayu yang lama ditukarkan dengan tiang elektrik yang dibuat dari konkrit.

Kerja-kerja mengorek pun dah mudah, tak perlu menggunakan tenaga empat kerat tapi menggunakan jentera gerudi.

Kerja-kerja yang dulunya mengambil masa untuk disiapkan.. sekarang ni hanya memerlukan masa kurang lebih sejam sahaja.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Bila dilihat kepada tiang kayu elektrik tu.. sejenak terfikir.. dulu tiang tu adalah tiang yang keras dan tegap.. mampu menahan panas dan hujan.

Tapi sekarang dah berusia, lemah, rapuh dan sudah condong hampir menyembah bumi.

Sekarang tiang kayu dah diganti dengan tiang baru konkrit yang tegap lagi keras.

Kemanakah tiang kayu tu akan dibuang?

Jika tiang kayu tu barang yang berharga, mungkin ia akan digunakan kembali atau diletakkan di muzium sebagai kenangan.

Jika tiang kayu tu tak berharga, mungkin ia akan dimusnahkan dan dibuang.

Bagaimana dengan kita?

Semasa kita muda, gagah dan kuat.. kita akan disanjung dan disukai ramai orang.

Bila dah tua, tak larat.. adakah kita juga akan dibuang?

Bak kata pepatah.. Harimau mati meninggalkan belang.. manusia mati meninggalkan nama.. tapi jika kita tiada sebarang keistimewaan.. adakah kita akan diingati oleh orang lain???...

Pada aku.. biarlah aku tak diingati oleh sesiapa. Cuma biarlah pengalaman-pengalaman dan ilmu-ilmu yang aku ada dapat ditinggalkan dan dikongsi di dunia ni dan dapat dimanafaatkan oleh orang lain selain berharap anak-anak akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah yang dapat mendoakan aku selalu...

InsyaAllah...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam  

25 November 2011

LONGGAR

Catatan Ayah

Jumaat
29 Zulhijjah 1432
25 November 2011

Assalamu'alaikum..

Isnin lepas, seperti juga hari-hari yang lain.. suasana di sekitar Perlis agak mendung dan berhujan. Berhujan yang kadang-kadang lebat.. kadang-kadang renyai-renyai namun yang pasti.. angin bertiup agak kencang.

Ada terlihat kat berita TV semasa minum-minum kat Ayob minggu lepas yang Perlis termasuk antara beberapa negeri yang diberi amaran jingga iaitu berjaga-jaga akan bencana banjir.

Harap-harap tu mohon Allah jauhkan dari bencana banjir.

Seminggu dua ni agak kalut juga buat kerja dek kerana minggu depan akan ada akreditasi kat hospital. Jadi banyak juga permintaan dari pihak hospital untuk memeriksa semua equipment supaya berada dalam keadaan yang tip-top.

Selepas minum kat Kedai Fendy tadi, aku terus ke Jabatan X-ray. Hampir seminggu lebih dah kami sepejabat tak minum pagi kat Kedai Gedik sebab sekarang ni harga ada sedikit mahal berbanding tempat-tempat lain. Gayanya macam boikot kot sebab harga makanan sudah naik sikit. =)

Dalam dok belek-belek beberapa equipment terutama mesin x-ray dan CR, terdengar suara menyapa aku.

"Mizal, free dak?", sapa En Razin. Beliau merupakan salah seorang juru x-ray tingkatan kanan di JPD. Seorang yang baik hati dan peramah. Senang dibawa berbincang.

"Ada apa Cik Razin..", balas aku sambil menghampiri beliau. Hati customer mesti dijaga..

"Ada skru longgar kat hanger.. kat collimator..", beritahu En Razin sambil mengajak aku ke dalam bilik x-ray.

"Boleh tolong buat bagi elok dak?", sambung beliau sambil memegang bahagian yang longgar tu.

"Ok.. takpa.. sat lagi saya buat. La ni saya nak check equipment yang lain sat.. lepas tu saya buat..", balas aku sambil melihat-melihat collimator tu.

Photobucket

Collimator adalah bahagian yang mempunyai tetingkap untuk menghadkan pengeluaran x-ray. Ia direka supaya x-ray yang dipancarkan dari tube x-ray tertumpu pada sesuatu tempat sahaja.

En Razin meminta diri untuk menyambung kerjanya, meninggalkan aku yang sedang melihat-lihat collimator tu. Selepas melihat-lihat, aku kembali menyambung kerja-kerja yang tertinggal tadi dan aku bercadang akan membaiki collimator tu selepas siap kerja-kerja yang aku tinggalkan tadi.

Selesai tugasan aku yang aku sambung tadi, terus aku menuju ke bilik x-ray. Kebetulan bilik x-ray tu kosong.. tiada pesakit yang dipanggil.

Terus aku membuka collimator yang diberitahu En Razin tadi. Selepas membukanya, aku dapati nut yang memegang screw hanger collimator tu telah longgar.

Jadi.., ambil playar.., ketatkan jer.. =)

Photobucket

Sambil-sambil mengetatkan nut tu.. terdetik di fikiran aku.

Sesuatu benda tu.. semakin lama maka semakin dimakan usia. Bila semakin dimakan usia maka semestinya yang dulunya ketat pasti akan longgar.

Begitu juga dengan kita, semakin berusia fizikal kita akan menjadi semakin lemah. Segala sendi-sendi semakin lama semakin terasa sakit dan lenguh bila buat kerja lama-lama. Tak macam masa muda-muda dulu. Kuat dan gagah.

Cuma bagi sesebuah mesin, jika screw longgar kita boleh ketatkan. Kalau manusia???.. Apa yang kita kena ketatkan??.. =P

Apa yang pasti, bila dah berumur ni dan segala sendi-sendi semakin longgar, harus diingat dalam hati.. rumah kata pergi.. kubur kata mari..

Sebab tulah Nabi SAW pernah berkata.. Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara.. dan salah satunya ingat muda sebelum tua.

Mesti banyakkan amalan ketika muda belia dengan tenaga yang ada sebelum tua. Bila dah tua.. dah tak larat macam mana nak beribadat...

p/s: Alhamdulillah.. walaubagaimanapun.. kerja-kerja mengetatkan nut tu selesai... =)

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

22 November 2011

TAHNIAH MALAYSIA

Catatan Ayah

Selasa
26 Zulhijjah 1432
22 November 2011

Assalamu'alaikum..

Terlebih dahulu aku ingin ucapkan tahniah kepada team Harimau Muda yang berjaya mengalahkan Indonesia dan sekali gus memiliki pingat emas dalam Sukan SEA 2011 yang berlangsung di Indonesia.

Pelbagai drama dapat dilihat dalam perlawanan bola ni..

Selain dari melayan perlawanan bola sepak ni.., aku juga melayan komen-komen rakan-rakan facebook sepanjang perlawanan bola sepak ni..

Bermacam-macam ulasan dapat dibaca.., terhibur juga dengan pelbagai ulasan masing-masing..

Jom layan beberapa status yang sempat kumpulkan...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Sekali tahniah Malaysia...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...