13 Oktober 2011

TERBANG BAK HELANG...?

Catatan Ayah

Khamis
15 Zulkaedah 1432
13 Oktober 2011

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah.. selamat sampai rumah jam 3.00 petang tadi.. selepas outstation ke Langkawi.. jalankan tugasan seperti biasa.. QC test 2 mobile x-ray dan 1 c-arm..

Terima kasih diucapkan kepada Syaiful yang turut serta dalam menjayakan tugasan ni.. dan tak lupa kepada Syed yang turut membantu.. dan menghantar aku dan Syaiful ke hotel..

Setelah seminggu merancang.. kelmarin terlaksana tugasan terbabit..

Seawal 8.00 pagi aku keluar ke Jeti Kuala Perlis.. dan hampir jam 9.00 pagi Syaiful tiba dari Alor Star..

Feri yang kami naiki.. bertolak ke Langkawi dalam pukul 9.30 pagi..

Tugasan kami bermula seawal jam 11.00 pagi dan berakhir hampir jam 6.30 petang.. siap 1 unit mobile x-ray Shimadzu MUX100, 1 unit mobile x-ray AMX-4 dan 1 unit c-arm BV-25..

Selesai tugasan.. kami dihantar oleh Syed ke hotel penginapan kami di One Helang Hotel..

One Helang Hotel.. yang letaknya di Padang Mat Sirat.. bersebelahan dengan Langkawi Airport...









Pendapat aku.. bilik kat hotel ni agak luas dan memuaskan.. bilik air pun bagus..

Cuma channel tv agak kurang memuaskan.. berbanding dengan hotel-hotel yang pernah aku singgah..

Nak makan pun agak payah.. kerana tiada kedai-kedai makan yang berhampiran dengan hotel ni.. jadi sebelum ke hotel.. kenalah singgah kat mana-mana dulu untuk makan...

Sarapan pagi yang disediakan oleh puhak hotel boleh dikatakan agak memuaskan...

Secara keseluruhannya.. aku bagi markah 7/10....

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...