02 Oktober 2011

TAK DAK CERITA...

Catatan Ayah

Ahad
4 Zulkaedah 1432
2 Oktober 2011

Assalamu'alaikum...

Dah pun masuk bulan oktober.. atau bak kata orang utara.. dah masuk musim angin barat...

Musim ni.. kalau tak salah aku selalunya musim hujan kat sebelah utara ni.. malah sekarang ni musim dah jadi tak menentu...

Sekejap hujan.. sekejap panas...

Bagi seorang bikers.. akan selalu kedengaran ungkapan sebegini..

"Apa barang bikers takut hujan..."

"Jangan jadi bikers kalau takut hujan..." dan berbagai-bagai lagi..

Ya.. aku pun selalu mengungkapkan kata-kata tu...

Walau bagaimanapun.. apabila menunggang dalam hujan.. berhati-hatilah...

Ancaman utama bikers ketika hujan ni adalah jalan yang licin serta tumpahan minyak atas jalan...

Apabila menunggang dalam hujan ni.. perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah tayar dan brek...

Satu lagi yang perlu diberi perhatian utama adalah riding gear yang lengkap..


Kemalangan  boleh berlaku bila-bila masa sahaja.. tak kira hujan atau pun panas... apa yang perlu diberi perhatian adalah tumpuan atau fokus dan yang paling penting jangan suka menunjuk yang kita ni pandai menunggang...


Jika kita pandai menunggang.. ingatlah ada lagi orang yang lebih pandai dari kita...

Sentiasalah hormat kepada pengguna jalan yang lain....

Banyak juga berita aku dengar akan riders yang kecundang...


Kepada yang tercedera.. semoga kalian akan sembuh dengan segera dan semoga segalanya dipermudahkan Allah Taala..

Kepada yang terkorban.. takziah diucapkan.. semoga roh yang terlibat ditempatkan bersama-sama orang yang beriman...


Cuma kita perlu beringat.. risiko ada di mana-mana.. cuma kita perlu tahu cara menangani risiko tersebut..

Bagi kaki leper.. tempat terbaik untuk leperan sudah tentu trackday yang diadakan di Sepang...


Bagi yang suka ride santai ke serata tempat... baik Cameron Highland, Genting, Karak, Kelawang, Grik dan sebagainya... ride ikut kemampuan sendiri untuk menikmati keindahan alam dan keseronokan riding.. jangan ikut kemampuan orang lain jika berkonvoi....

Apa-apa hal.. tungganglah dengan penuh gaya.. jangan secara berbahaya...


"Ride it right"

"Ride safely"

p/s: lama dah tak ride jejauh ni.. gatai kaki tangan nih.. hehehe...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...