30 Oktober 2011

SOLO RIDE #28 - 2

Catatan Ayah

Ahad
3 Zulhijjah 1432
30 Oktober 2011

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah.., selesai urusan pemindahan rumah adik aku.., dari Kota Damansara ke Subang..

Selepas bersarapan.., kurang lebih pukul 11.00 pagi.., aku bergerak keluar dari Kota Damansara..

Alhamdulillah.., cuaca baik.., cuma aku jer yang kurang baik.., badan terasa nak demam dan selesema..

Apa-apa hal.., semoga perjalanan aku balik ke Perlis berjalan lancar.., InsyaAllah..

Photobucket

Kenderaan amat banyak sekali kat atas lebuhraya sebaik masuk kat Tol Kota Damansara.., jadi tunggangan aku agak perlahan dan berhati-hati...

Photobucket

Kurang lebih pukul 12.20 tengah hari.., aku sampai Tapah.., untuk top-up sedikit minyak..

Photobucket

Photobucket

Tak lama aku di sini.., selepas top-up minyak.., rehat sekejap sambil membasahkan tekak dengan air isotonik.., sebagai menggantikan peluh yang keluar tak henti-henti.. hehehe.. :-)

"Aku nak berhenti kat Bikerz Kitchen la sat lagi.., kalau ada rezeki boleh pekena kopi kat situ..", aku merancang di dalam hati....

Terus.., aku hidupkan Kerbau Hitam.., meneruskan perjalanan..

Tak lama.. aku sampai ke Simpang Pulai.., terus keluar menuju ke Bikerz Kitchen..

Photobucket

Kurang lebih pukul 1.00 tengah hari aku sampai kat depan Bikerz Kitchen.., tapi nampaknya Bikerz Kitchen belum buka..

Tak dak rezeki nampaknya..,

"Bikerz Kitchen tak buka.., nak ke kedai Bro Nash pulak tak tahu.., balik jer lah.., nanti kalau lalu pulak kat sini.., mai lain..", hati aku berkata-kata..

Jadi.., aku berpatah balik.., dan meneruskan perjalanan...

Cuaca semakin panas..., dan kenderaan masih lagi banyak.., semenjak dari Kuala Lumpur tadi..

Dan sepanjang perjalanan pulak.., banyak juga kereta yang memberi lampu...

"Gaya macam ada speed trap ni..", hati aku berkata lagi..

Jadi aku memperlahankan Kerbau Hitam.., selari dengan kelajuan yang ditetapkan..

Tekak pula terasa kering.., sebaik sampai Bukit Gantang.., terus aku menuju ke stesen minyak kat situ untuk berhenti membeli air..

Selepas membasahkan tekak.., aku teruskan perjalanan.., sempat menyapa beberapa orang bikers yang berhenti kat stesen minyak tu...

Sebaik melepasi Bukit Gantang.., keadaan mula sesak dan jem...

"Pasai apa pulak ni..? Ada accident ke?..", aku tertanya-tanya..

Nasib baik naik Kerbau Hitam.., boleh juga meniti perlahan-lahan kat lorong kecemasan...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Sebaik sampai susur keluar ke Changkat Jering.. baru tahu penyebab kepada kesesakan ni...

"OOOooo.., rupa-rupanya ada road block...," detik hati aku..

Ramai yang kena terutamanya MPV dan kereta-kereta mewah..., dan Alhamdulillah aku terlepas...

"Mau hilang RM300 ni kalau kena...", hati aku berkata-kata lagi...

Tak lama.., aku sampai Juru... dan berhenti sekejap untuk top-up sedikit minyak...

Photobucket

Photobucket

Agak lama aku berhenti kat sini.., sambil bersembang dengan seorang brader yang bekerja dengan Imegresen Pulau Pinang.., yang kebetulan berhenti isi minyak dan minum air...

Syok juga dengar pengalaman dia dok buat operasi tangkap Indon dan Bangla...

Pada masa yang sama.., ramai juga bikers yang berhenti isi minyak.., dan sempat juga menyapa mereka..., itulah semangat bikers.., tetap menyapa walaupun tak kenal...

Perjalanan perlu diteruskan.. insyaAllah.. dalam 2 jam lagi.. aku akan sampai rumah...

Photobucket

Semasa melintasi Gurun.. aku berjumpa dengan sebuah Harley Davidson yang berplet Singapore..., terus aku potong sambil mengangkat tangan..

Photobucket

Photobucket

Kurang lebih pukul 3.40 petang.., aku sampai Alor Star.., dan ambil keputusan untuk berhenti sekejap...

Tak lama.., Harley tadi sampai.., dan berhenti kat tepi aku..

"Hi..", sapa penunggang Harley tu.. mat saleh rupanya..

"Hi..", balas aku..

"Are you going to Thailand?", tanya mat saleh tu.., rupa-rupanya nak ke Thailand..

"No.. but I can show you..", balas aku.. entah betui ke dak grammer aku.. tak tau lah..

Aku terus memberi petunjuk kepada dia.. harap-harap dia faham.., cara-cara menuju ke Bukit Kayu Hitam...

Kemudian.., dia berlalu pergi.., best jugak Harley dia.., agak berbeza dengan Harley yang aku pernah tengok sebelum ni...

Cuaca semakin kelam nampaknya.., dengan mendung berarak lalu kat atas...

Photobucket

Photobucket

Bimbang hujan akan turun tak lama lagi.., aku teruskan perjalanan...

Seperti biasa.., keadaan jalan kat Alor Star sesak...

Sebaik sampai Sanglang.. iaitu sempadan Kedah/Perlis.., aku menempuh hujan hinggalah sampai rumah..

Syukurlah.., hujan tak lah lebat..

Kurang lebih 4.33 petang.., aku selamat sampai kat rumah... Alhamdulillah...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

2 ulasan:

  1. Alahai...awat tak join cik Harley ke Thailand?

    BalasPadam
  2. Hehehehe.. belum ada rezeki lagi Kak Zmah..

    InsyaAllah.. ada rezeki, cuti sekolah ni nak pi sana.. join geng2 kapcai Perlis..

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...