29 Oktober 2011

SOLO RIDE #28 - 1

Catatan Ayah

Sabtu
2 Zulhijjah 1432
29 Oktober 2011

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah.., aku selamat sampai rumah dari Kuala Lumpur petang tadi.., selepas selesai urusan perpindahan rumah adik aku dari Kota Damansara ke Subang....

Aku.., ke Kuala Lumpur kelmarin petang.., dan pulang hari ni..

Photobucket

Dimulai lafaz "Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang..", aku mulakan ride aku bersama dengan Kerbau Hitam kesayangan tepat jam 7.30 pagi.., agak delay dari perancangan asal yang sepatutnya pukul 7.00 pagi...

Alhamdulillah.., cuaca agak elok pagi ni.., mudah-mudahan akan elok hingga sampai Kuala Lumpur..

Kebelakangan ni.., cuaca agak berhujan kat Perlis.., dan menurut emak aku yang berada di Kuala Lumpur sekarang ni.., selalu hujan sebelah petang...

"Bawak motor elok-elok.. pelan-pelan.. sampai mana-mana telefon.. naaaa...", pesan isteri aku berulang-kali sebelum aku bertolak..., seperti kebiasaannya..

"Worite.. InsyaAllah....", balas aku...

Ikut rancangan asal.., aku akan berhenti kat Seberang Jaya untuk bersarapan dengan Udin.., seperti yang telah dijanjikan sebelum ni..

Photobucket

Keadaan jalan seperti biasa.. agak sesak dengan kenderaan sebelah Perlis.., memandangkan hari ni adalah hari kerja.., manakala kat Alor Star agak kurang kenderaan kerana hari cuti..

Kat Lebuhraya PLUS juga agak kurang kenderaan...

Kurang lebih pukul 8.25 pagi.., aku sampai Gurun.., lalu singgah sekejap kat stesen minyak kat situ.., habuan isi minyak dan qada hajat...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Setelah semuanya selesai.., aku terus gerak.., sebab dah berjanji dengan Udin.., nak bersarapan sekali..

"Piirraahh..kata pukul 7 disbrg jaya..:).. takpa..jgn kalut..", tersenyum sendirian aku bila teringatkan sms Udin pagi tadi.., ketika bertanya aku dah sampai mana.., walhal waktu tu aku belum keluar dari rumah lagi.. ;-)

Photobucket

Hampir 9.08 pagi.., aku sampai di hadapan Hospital Seberang jaya.., seperti yang telah dijanjikan..

Photobucket

Dalam 5 minit menunggu.., akhirnya Udin pun sampai dengan Peugot 308nya.., terus kami menuju ke Market Seberang Jaya.., yang agak terkenal dengan pelbagai juadah sarapan paginya.., serta menjadi tumpuan ramai penduduk sekitar Seberang Jaya...

Lama juga kami duduk bersembang sambil makan.., habis ler seorang sebungkus nasi lemak dan sekeping roti canai...

p/s: terima kasih Udin kerana belanja makan..., nanti ada rezeki.., kita jumpa lagi..

Selepas bersarapan.., perjalanan diteruskan..

Photobucket

Kat depan nampak macam agak mendung..

"Ya Allah.., janganlah hujan lagi...", doa aku di dalam hati...

Dalam dok bawak motor.., tiba-tiba terasa mengantuk..

"Tak boleh jadi ni.., kena berenti sat ni..", detik hati aku..

Lalu aku ambil keputusan untuk berhenti sekejap kat bawah flyover..

Photobucket

Photobucket

Semasa berehat sekejap ni lah.. tiba-tiba melintas sebuah GTR1400 dan Honda Pacific Coast...

"Hah!!.. ada pun.., boleh tumpang konvoi.. tak ler boring sangat..", hati aku berkata-kata lagi..

Jadi.., apa tunggu lagi.., terus aku start Kerbau Hitam aku.. dan ligan depa..

Tak lama.., aku berjaya mengekori mereka.., hinggalah sampai R&R Sungai Perak.., di mana kami berhenti untuk top-up minyak..

Tabik kepada mereka kerana sporting.., walaupun mereka cc besar.., tapi tak tinggalkan aku..

Yang lebih tapik.., mereka berdua adalah wanita.., lady bikers...

Mereka berdua berhenti sekejap kat situ.., manakala aku teruskan perjalanan..

Cuaca semakin panas.., dan mata lagi sekali buat hal..

"Dah tua aku ni.., badan dah tak setahan dulu..", hati aku berkata lagi..

Lagi sekali aku berhenti sekejap kat bawah flyover...

Photobucket

Seketika.. aku sambung balik tunggangan.., tekak mula terasa kering..

Kurang lebih 12.55 tengah hari.., aku sampai Ulu Bernam..

Selepas top-up minyak sikit.., beli air.., layan kat bawah pokok di tepi stesen minyak kat situ.., sambil layan kepanasan mentari dan tengok kenderaan yang semakin banyak kat atas lebuhraya...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Tapi.., Allah Maha Kuasa.., tak lama dalam dok cerah terang-benderang dan kepanasan.., tiba-tiba hujan membasahi bumi..

Photobucket

Photobucket

Hujan.., tak hujan.., perjalanan harus diteruskan..

Selepas lega tekak yang telah disuap dengan air isotonik.., perjalanan diteruskan..

Alhamdulillah.., sebaik keluar dari Ulu Bernam.., hujan berhenti dan cuaca kembali panas..

Akhirnya.., aku sampai menghampiri Kota Damansara...

Photobucket

Photobucket

Alhamdulillah.. kurang lebih pukul 1.48 tengah hari.. aku selamat sampai Kota Damansara...

Photobucket

Photobucket

Oklah.. nak berehat sekejap.. sat lagi nak tolong adik aku pindah rumah jap... dan esok dah nak balik Perlis semula...

..bersambung..

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...