26 Oktober 2011

SMOGERS KE KRABI

Catatan Ayah

Rabu
28 Zulkaedah 1432
26 Oktober 2011

Assalamu'alaikum..

Hari ni.., SMOGers (SBM SYM Owners Group).. ride ke Krabi, Thailand dari 26 Oktober 2011 hinggalah 29 Oktober 2011..

Khabarnya.., mereka bertolak dari KL dalam pukul 7.30 pagi tadi..

Untuk meraikan mereka.., aku akan sambut mereka di Changlon.., sebelum mereka masuk ke Thailand melalui Bukit Kayu Hitam..

Mengikut jadual.., mereka akan sampai Changlon sekitar pukul 3.00 petang.., jadi seawal jam 2.00 petang aku keluar dari rumah menuju ke Changlon..

Photobucket

Alhamdulillah.., cuaca agak cerah hari ni.., dan agak panas..

Sepanjang jalan dari rumah aku ke Changlon pun agak lengang.., dek kerana hari ni adalah hari cuti umum Deepavali..

Photobucket

Namun begitu.., sebaik saja sampai Changlon.., hujan mulai turun..

"Alamak.., baju hujan tak bawak.., pelapik hujan dalam jaket pulak dah dibuka tadi.. sebab panas..", detik hati aku..

"Hantam sajalah labu.. dah hujan nak buat macam mana.., redah saja..", hati aku berkata-kata..

Hujan semakin lebat setibanya aku kat dalam Pekan Changlon.., terus aku menuju ke Petronas Changlon.., sebab ikut rancangan.., SMOGers akan berhenti di Petronas Changlon sebelum memasuki Thailand..

Alhamdulillah.., hujan mulai reda..

Hampir setengah jam aku menunggu kat situ..

"Mungkin depa kena hujan kot.. tu yang lambat tu..", detik hati aku lagi..

Jadi aku ambil keputusan untuk ke Jitra..

"Mana tau kot-kot boleh berjumpa kat pertengahan jalan sat lagi.., boleh konvoi sekali ke Changlon..", aku terfikir..

Lalu aku menuju ke Jitra..

 Photobucket

Sambil-sambil ride santai menuju ke Jitra.., melilau mata aku melihat kat jalan.., kot-kot berselisih dengan mereka..

Sampai saja sekitar Dewan Wawasan, Jitra.., aku berpatah balik dan berhenti kat hentian bas..

Jadi.., dok lah aku relaks-relaks.., sambil menikmati tiupan angin sepoi-sepoi bahasa.., selain tu dok tengok gelagat orang dan pemandu-pemandu kenderaan yang lalu-lalang..

Photobucket

Photobucket

Ramai juga bikers yang aku lihat.., menuju ke arah utara.., rasa-rasanya depa pakat nak ke Thailand jugak kot.., menghabiskan cuti hujung minggu..

Tiba-tiba.., melintas kat depan aku.., 3 buah SBK.., dan salah sebuahnya memang aku kenal.., iaitu Khairul Nizam dengan FJR1300nya..

Maknanya.. SMOGers akan sampai tak lama lagi..

Cuaca agak mendung.., dan mula kedengaran rintik-rintik hujan..

Seketika.., seperti yang dijangka.., SMOGers melintas.., jadi aku pun terus mengikut mereka.., menuju ke Changlon..

Photobucket

Akhirnya.., kami sampai ke Petronas Changlon..

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Tak lama di sini.. sekadar berhenti isi minyak..

Kemudian.. aku ikut mereka untuk makan.. dan menyiapkan segala dokumen sebelum ke Thailand..

Kami berhenti di sebuah kedai makan.., yang menghidangkan nasi gulai itik.. ;-)

Dan kat situ.. Khairul Nizam dah sedia menunggu.., sambil menjamu selera.., apalagi nasi gulai itik ler.. hahahaha.. ;-)

Photobucket

Maka.. masing-masing pun pakat makan ler.. sambil sembang-sembang...

Photobucket

Photobucket

Agak lama juga kami kat sini..

Setelah semua kekenyangan.., dan semua urusan dokumen yang bersangkutan selesai.., semua sepakat untuk singgah sekejap kat masjid untuk tunaikan kewajipan..

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Setelah semuanya bersedia.., kami menuju ke Masjid Abidin, Changlon..

Photobucket


Photobucket

Photobucket

Setelah semua urusan telah selesai.. maka apalagi.. bergambar kenangan ler...

Photobucket

Hampir pukul 6.00 petang.., SMOGers bertolak menuju ke Bukit Kayu Hitam.., manakala aku terus pulang ke rumah..

Semoga semua kawan-kawan SMOGers selamat sampai ke destinasi dan selamat kembali.., dan have fun..

Ada masa nanti.., kita boleh berjumpa lagi.., InsyaAllah...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

1 ulasan:

  1. siam nak bah besar, masih lagi nak ke sana ke..pergh..

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...