06 Oktober 2011

RIDE ANGIO...

Catatan Ayah

Khamis
8 Zulkaedah 1432
6 Oktober 2011

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah.. kelmarin siap lagi satu QC test Angiography kat Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani..

Seawal jam 8.00 pagi aku keluar rumah menuju ke Sungai Petani, diiringi dengan hujan renyai.. namun menjadi agak lebat setibanya aku di Alor Star..

Namun begitu.. alhamdulillah hujan mulai berhenti sebaik tibanya aku sekitar Perwaja Steel, Gurun.. namun jalan agak basah hinggalah aku sampai Sungai Petani..

Mulanya.. aku bercadang nak singgah sekejap kat Public Mutual Alor Star.. untuk uruskan simpanan unit trust EPF aku dan kawan-kawan.. tapi dengan cuaca yang berhujan... jadi malas pulak nak berhenti disebabkan pakaian yang basah...

Dalam pukul 9.30 pagi aku sampai Tol Sungai Petani (S).. rehat sekejap barang sebatang rokok.. check telefon.. ada miss call dari Sohaimi.. jadi aku call balik Sohaimi.. selepas bersembang sekejap.. kami berjumpa kat Taman Ria.. pekena roti canai dulu.. habuan lapik perut.. sebab sat lagi nak buat QC.. entah pukul berapa nak siap tak tau lagi.... lagi pun ada engineer dari Siemens sekali ajak minum dulu..

Selesai minum.. kira-kira jam 10.30 pagi.. aku mulakan kerja-kerja ujian QC..

Terima kasih kepada Sohaimi serta adik praktikal yang membantu..

Hampir jam 4.00 petang baru siap..

Dalam jam 4.30 petang aku bersiap untuk pulang semula ke Perlis..

Alhamdulillah.. cuaca agak baik petang ni..

Tapi.. sebaik saja sampai Alor Star.. jelas nampak awan mendung berarak lalu.. serta angin yang agak kuat...

Namun aku teruskan juga tunggangan.. sekali lagi aku mengharungi hujan yang agak lebat.. yang bermula dari Mergong hinggalah ke rumah...

Alhamdulillah.. selamat sampai rumah.. walaupun basah kuyup.. tapi puas hati.. sebab dah lama tak ride...

Perjalanan dari rumah diiringi hujan

Salah satu ujian QC..

Lagi satu ujian..

Cuaca agak baik sewaktu pulang...

Cuaca agak panas di Sungai Petani sewaktu balik..

Sebelum mengharungi hujan yang agak lebat di Alor Star..

p/s: minggu depan nak kena ke Langkawi pulak.. untuk siapkan QC test kat sana pulak...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...