08 Oktober 2011

PEMASANGAN WALL BUCKY GRID..

Catatan Ayah

Sabtu
10 Zulkaedah 1432
8 Oktober 2011

Assalamu'alaikum...

Hari ni adalah hari sabtu ke-2 untuk bulan Oktober 2011.. jadi merupakan hari kerja..

So.. aku ambil peluang ni untuk membuat pemasangan wall bucky grid untuk General X-Ray Toshiba KXO-80G kat HTF..

Untuk rekod.. wall bucky ni telah rosak semasa bulan Ramadhan yang lepas..

Sewaktu kejadian.. aku dapati tiada power supply yang masuk ke bucky.. dan selepas buat sedikit troubleshooting.. aku dapati fius telah putus..

Selepas penukaran fius dilakukan.. bucky masih belum dapat digunakan.. akhirnya didapati bucky telah rosak.. dan perlu ditukarkan..

Selepas membuat order dari pembekal.. Alhamdulillah bucky yang baru telah diterima 3 hari lepas.. jadi hari ni.. pemasangan dilakukan...


Selepas minum pagi.. aku terus ke JPD untuk memulakan kerja..

Disebabkan hari ni hari sabtu dan hari cuti.. maka suasana kat JPD agak lengang.. jadi mudah ler sikit untuk aku lakukan tugasan ni...

Bucky baru yang baru dibuka dari kotak

Detail bucky yang baru

Inilah bucky lama.. yang perlu dibuka dahulu.. sebelum membuat pemasangan yang baru...


Cover bawah perlu dibuka dahulu

Disconnect grounding wire

Antara skru yang perlu dibuka untuk menanggalkan cover depan bucky...




Cover depan bucky dah pun ditanggalkan.. sekarang proses untuk menanggalkan bucky yang lama...

Bucky lama yang perlu ditanggalkan

Connector perlu ditanggalkan

Connector ni pun perlu ditanggalkan

Kabel yang perlu ditanggalkan , kena ingat connectionnya

Skru yang perlu dibuka...





Connector kat bawah juga perlu ditanggalkan.. jika tidak bucky tak dapat dikeluarkan sebab tersangkut dengan casing belakang...

Skru yang perlu ditanggalkan dahulu

Skru yang perlu ditanggalkan dahulu

Connector pada PC Board yang perlu ditanggalkan

Grounding wire juga perlu ditanggalkan

Connector berjaya ditanggalkan

PC Board lama yang telah rosak

Bucky lama berjaya ditanggalkan

Sekarang bucky yang lama berjaya ditanggalkan..

Bermula pulak proses menanggalkan grid dan AEC detector untuk dipasang balik ke bucky yang baru...

Grid yang perlu ditanggalkan

Skru grid yang perlu ditanggalkan..





Selepas grid berjaya ditanggalkan.. proses menanggalkan AEC detector bermula...

AEC detector yang perlu ditanggalkan

Skru yang perlu ditanggalkan

Lagi skru yang perlu ditanggalkan untuk menanggalkan detector..











Dah selesai menanggalkan AEC detector.. sekarang bermula pula untuk memasang kembali AEC detector dan grid ke bucky yang baru....

Skru yang perlu dibuka kat bucky baru

Plate yang perlu dibuang bagi mengelakkan AEC detector tersangkut bila pemasangan dilakukan nanti

AEC detector selesai dipasang

Holder grid selesai dipasang

Grid selesai dipasang

Incoming supply selector perlu dipastikan betul

OK.. pemasangan selesai

Siap dipasangkan ke bucky chasis

Kabel dipasang kembali
Siap

Siap untuk digunakan

Selesailah pemasangan yang memakan masa hampir 2 1/2 jam..

Aku telah minta Juru X-ray Farhana untuk membuat ujian.. dan Alhamdulillah.. menurut beliau.. wall bucky kini berfungsi dengan sempurna...

Kerja dah siap.. jom pekena kopi kat Yob.. hehehehe.. =)

p/s: semoga perkongsian pengalaman aku ni dapat menjadi rujukan masa depan jika problem ni berlaku lagi kemudian hari...

"Pengalaman membentuk peribadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...