22 Oktober 2011

MENCUBA SIRAP ROSELLE

Catatan Ayah

Sabtu
24 Zulkaedah 1432
22 Oktober 2011

Assalamu'alaikum..

Baru selesai fasa pertama bersihkan halaman rumah.. himpun semua botol-botol lama untuk dibuang..

Rehat sat.. sat lagi nak pi buang kat tong sampah besar kat depan..

Bukan apa.. kebelakangan ni.. Jabatan Kesihatan Perlis dok buat operasi pemeriksaan jentik-jentik kat kawasan-kawasan perumahan...

Denda pun sakan juga kalau jumpa jentik-jentik.. kalau jumpa seekor kena kompaun RM100.. jika jumpa 5 ekor.. dah RM500.. bayangkan kalau jumpa 10 ekor... :-(

Jadi sebelum kena.. baik cegah dulu.. hahaha..

Dalam penat-penat bersihkan kawasan rumah.. pekena sirap roselle sejuk.. pergh!!!.. best..

Jadi.. isteri aku mencuba membuat sendiri sirap roselle ni.. sebab ada sepokok kat kawasan rumah ni..

Hangpa semua mesti dah selalu beli jus roselle ni.. dan semestinya sedap..

Photobucket
Pokok roselle kat kawasan rumah..

Photobucket
Bunga roselle yang belum dipetik..

Photobucket
Buah roselle yang telah dipetik

Photobucket
Buah roselle yang telah dipetik

Selepas dikutip bunga-bunga roselle ni.. kelopaknya dikopek.. dan bijinya dibuang..

Photobucket
Setelah dikopek...

Selepas dikopek.. dibasuh.. isteri aku rebus semua kelopak-kelopak roselle tadi.. sehingga mendidih...

Photobucket

Photobucket
Setelah mendidih..

Disejukkan.. dan untuk disimpan...

Photobucket

Inilah dia.. sirap roselle yang telah siap..

Photobucket
Sirap roselle ais...

Rasanya.. pergh!!!... seakan-akan ribenna...

Lagi best.. jika dicampurkan sedikit dengan air soda.. atau jus sunquick.. ikut citarasa masing-masing...

OKlah.. lepas minum ni.. nak sambung buat kerja pembersihan sikit lagi....

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...