19 Oktober 2011

MEAN MACHINES 2011 - BHG5

Catatan Ayah

Rabu
21 Zulkaedah 1432
19 Oktober 2011

Assalamu'alaikum..

Tak payahlah nak dok berangan lama-lama nak pakai GTR-14 tu...

Yang penting.. tetapkan matlamat dan berusaha bersungguh-sungguh mencari rezeki yang halal.. insyaAllah ada rezeki dan diizinkan Allah Taala.. mudah-mudahan dapat upgrade ke GTR-14...

OKlah.. setelah beberapa ketika dok belek GTR-14 kat gerai Mega Fortune.. aku melangkah pula ke gerai sebelah...

Cuaca masih lagi panas membahang.. anak-anak, isteri dan mak aku mula berjalan berdekatan dengan kedai-kedai kat tepi yang agak teduh..

Orang semakin ramai.. dan kereta-kereta yang menyertai pameran semakin banyak.. yang datang agak lewat dan kebanyakannya adalah kereta-kereta yang telah diubahsuai...

Photobucket

Bila melihat kereta-kereta mewah ni.. terfikir aku.. sekarang ni dah banyak rakyat Malaysia yang dah mampu memiliki kereta-kereta seumpama ni.. begitu murah rezeki rakyat Malaysia sekarang ni...

Namun begitu.. kita tak harus lupa.. masih ada lagi rakyat Malaysia yang masih tinggal di pondok-pondok buruk.. seperti yang selalu kita tonton kat TV3.. Bersamamu...

Photobucket

Photobucket

Badan sudah berpeluh.. dek kepanasan..

Kemudian.. ternampak sebuah gerai yang mempamerkan replika motor Velentino Rossi...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Bila terpandang replika Motogp ni.. isteri aku bertanya.. "Tayar dia tak dak 'bunga' ka?.."

Teringat aku suatu ketika dulu.. sewaktu berada di sekolah rendah.. aku juga bertanya soalan yang sama kepada cikgu kat sekolah sewaktu kelas tatarakyat.. cikgu kata kita tak boleh naik kenderaan yang tak dak 'bunga'.. nanti bila brek tak lekat kat jalan...

"Tayar motor race memang tak dak 'bunga'.. dipanggil tayar kering. Bila race dalam hujan baru guna tayar yang ada 'bunga'. Sebenarnya.. bukannya 'bunga' tu yang dok cengkam jalan.. tapi getah tayar tu yang dok cengkam jalan. 'Bunga' tu cuma untuk alirkan air hujan yang ada kat tayar tu saja...", terangku secara ringkas kat isteri aku...

Cuma aku rasa ralat sikit kat gerai ni.. sebab aku tak dibenarkan untuk masuk melihat dengan lebih jelas replika Motogp ni secara dekat.. tak tau ler pasai apa....

Penjelajahan diteruskan...

Photobucket

Kesian tengok anak-anak kepanasan.. jadi aku rehat sat kat tepi sebuah kedai yang agak teduh..

Anak-anak mula mengadu dahaga.. nasib baik bawa bekal air..

Bukan setakat anak-anak saja yang dahaga.. aku pun dahaga jugak...

Jadi.. aku ambil keputusan untuk berpatah balik ke KFC yang letaknya berdekatan dengan pentas utama tadi.. untuk membeli air dan sedikit makanan ringan...

Tiba-tiba.. terdengar gauman enjin yang agak kuat...

"Vrrooommmm... vroommmmm..."

Terpandang aku ke arah bunyi yang agak kuat tu..

Tu dia.. dia punya ekzos....

Photobucket

Keluar dari bawah.. terus naik ke atas bumbung... sakan.. sakan..

Lalu.. aku terus menuju ke arah kereta Satria tu... untuk melihat secara dekat...

Photobucket

Siap guna NOS lagi...

Photobucket

Photobucket

Dari arah depan.. nampak macam biasa saja..

Kereta ni.. kalau dok rem malam-malam.. mau nampak api keluar dari ekzos tu...

Selepas melihat-lihat kereta Satria ni.. aku terus menuju ke arah KFC.. untuk membeli sedikit air sejuk...

...Bersambung..

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...