15 September 2011

MODENAS KR3

Catatan Ayah

Khamis
17 Syawal 1432
15 September 2011

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah.. kebanyakan tempat yang terlibat dengan banjir sekitar Perlis dah pun pulih.. cuma tinggal beberapa tempat lagi di sekitar Kampung Bakau, Tebing Tinggi dan Tok Kuning..

Namun begitu.. kami di hospital telah diarah untuk bersiap-sedia untuk sebarang kemungkinan banjir akan kembali kerana paras air di Empangan Timah Tasoh dilaporkan masih berada pada tahap bahaya dan keadaan banjir di Selatan Thailand...

Semoga keadaan akan terkawal... InsyaAllah..

Baru-baru ni.. semasa dalam Ramadhan yang lepas.. aku ada buat sedikit pengemasan rumah.. maka terjumpalah salah satu poster yang tersimpan sejak beberapa tahun yang lalu...

Modenas KR3

Inilah dia.. motor KR3.. yang digunakan oleh Team Kenny Roberts.. semasa zaman 500cc Grand Prix..

Motor keluaran Modenas yang berkuasa 500cc yang digunakan di dalam perlumbaan 500cc World Motorcycle Grand Prix..

Walaupun belum setanding dengan keluaran seperti Yamaha yang digunakan oleh Wayne Rainey.. Honda (Mike Doohan) dan Suzuki (Kevin Shwantz.. betul ke ejaan.. hehehe..) namun Modenas KR3 yang tak salah ingatan aku.. digunakan oleh anak Kenny Robert iaitu Kenny Robert Jr.. menjadi kebanggaan Malaysia..

Sayang sekali.. kini hanya tinggal kenangan...

Sedikit spesifikasi Modenas KR3..


  • Engine Type: 2-stroke, water-cooled V3
  • Cylinder: Aluminium, chrome plated
  • Piston: forged aluminium, single piston ring
  • Bore x stroke: 59.6 x 59.6 mm
  • Displacement: 498 cc
  • Inlet system: Crankcase Reed, Keihin carburetors
  • Ignition: Programmable ECU, CDI
  • Max horsepower: 175PS+ @ 12,200rpm
  • Transmission: 6-speed constant mesh, with alternative ratios
  • Clutch: Dry multiplate clutch
  • Frame Type: Twin-Spar fabricated aluminium alloy
  • Front suspension: Inverted-type telescopic Ohlins fork
  • Rear suspension: Link type, Ohlins shock absorber
  • Front brake: Brembo, opposed 4 pistons caliper x 2Twin carbon discs
  • Rear brake: Brembo, single steel disc
  • Wheels: 17 inches front & rear
  • Wheelbase: 1370 mm
  • Weight: 116 kg approx.

p/s: semoga Modenas akan mengambil pengalaman bekerjasama dengan Kenny Robert untuk menghasilkan motorsikal yang berkuasa tinggi pada masa akan datang... aku sebagai rakyat Malaysia sentiasa menunggu keluaran motorsikal berkuasa tinggi keluaran Modenas...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

5 ulasan:

  1. ni baru betui mat rempit sejati...

    BalasPadam
  2. Tua dah Jai nak merempit.. hanya tinggal kenangan silam saja....

    BalasPadam
  3. betul-betul hasmizal..moga pihak pengurusan Modenas., turut beraspirasi sedemikian..

    BalasPadam
  4. Begitulah harapan saya Kang Latep.. semoga Modenas dapat mengangkat nama Malaysia dengan motorsikal berkuasa tingginya satu hari nanti..

    BalasPadam
  5. HErm..... motoracing enjin triple kebanggaan Malaysia... thn 1997.. berkobar2 ke Bt3 untuk melihat sendiri moto ni.. comel je..malangnya tak beraksi dengan baik.. until thn 1998 bila ralph waldmann ride moto ni baru ade kemajuan.. sepanjang penglibatan modenas/proton ni sekali je dia org penah dapat pole position iaitu di Philips Island rider J vd Goobergh.. pencapaian terbaik diorg dalam arena Moto500.

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...