19 September 2011

KURSUS LAGI...

Catatan Ayah

Isnin
21 Syawal 1432
19 September 2011

Assalamu'alaikum..

Tatkala tampalan ni ditulis.. aku berada di Petaling Jaya.. mengikuti kursus selama 5 hari.. bermula hari ni hinggalah 23 September 2011..

Kat sini.. aku ditempatkan di Kondominium Menara Jaya...

Hari ni.. di kala ini.. selesai sudah hari yang pertama.. lagi 4 hari perlu ditempuhi..

Pada mulanya.. aku bercadang untuk datang ke sini dengan menunggang Kerbau Hitam aku.. tapi tiada rezeki dan banyak halangan.. bahkan hingga diugut dengan pemberian surat amaran.. maka dengan berat hati.. aku datang juga dengan menaiki bas...

Tak tahulah.. pasai apa "mereka" menentang sangat untuk aku datang kursus ni dengan menunggang Kerbau Hitam aku.. padahal awal-awal lagi aku dah membuat pengakuan yang aku akan tanggung sendiri kos yang terbabit kerana menolak kos pengangkutan yang disediakan oleh pihak syarikat... macam yang telah lepas-lepas.. sekupang pun aku tak claim...

Jadi.. kelmarin aku datang ke PJ ni dengan menaiki bas.. bertolak dari Kangar dalam pukul 10.30 pagi.. yang sepatutnya jika ikut jadual bertolak pukul 10.15 pagi..

Cuaca kat Kangar agak cerah waktu tu.. dan dalam bas.. aku cuma 'buat taik mata' saja ler...

Mula-mula.. bas berhenti kat Jitra untuk ambil penumpang.. dan seterusnya bertolak ke KL...

Sebaik saja sampai Bukit Gantang.. hujan turun dengan lebat sekali..

Waktu tu.. jam dah pun menunjukkan pukul 2.00 petang.. kalau aku tunggang Kerbau Hitam aku.. rasa-rasanya dah sampai...

Perjalanan bas agak perlahan kerana kesesakan lebuhraya.. dengan kata lain.. "jam" dari Tapah hinggalah ke KL.. mungkin disebabkan cuti 3 hari.. maka orang ramai ambil peluang untuk berjalan-jalan dan pulang ke kampung...

Aku turun kat Stesen Bas Jalan Duta.. di mana adik aku menunggu aku di situ dan menghantar aku ke Kondominium Menara Jaya...

Jam menunjukkan hampir pukul 9 malam.. ketika aku sampai ke Menara Jaya..

Aku akan pulang ke Perlis jumaat nanti dengan menaiki keretapi.. tiket pun dah ambik.. coach tempat tidur lagi.. hehehe... :-)

Kesian tengok anak-anak ketika bas hendak bertolak...

Berhenti rehat kat Bukit Gantang..

Inilah bas yang aku naiki..

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

4 ulasan:

  1. hang biaq betui hasmizal, sian kat anak-anak ka, sian kat mak depa...hang jgn dok gatai no.. bini hang dahlah jauh...ha ha..selamat berkursus...musykil gak aku apasal takleh bwk motor...? depa takut hang membesit kot..

    BalasPadam
  2. kesian kat semua.. hehehe.. kalau cuti sekolah boleh bawa semua..

    bab motor ni.. saya pun musykil.. hai.. nasib-nasib...

    BalasPadam
  3. Depa takut satgi jadi apa apa kot jalan.Dah la di Utara ni Bang Hasmizal ja terer repair Mesin X Ray.Depa tatau nak bas lagi bahaya dari motor besar..

    BalasPadam
  4. Ramai lagi yang lebih terer repair x-ray.. saya ni tau sikit-sikit saja.. sembang ja yang lebih...

    Tu la.. banyak kemalangan melibatkan bas kebelakangan ni.. apa-apa pun tawakal je lah..

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...