28 September 2011

KeTaM...

Catatan Ayah

Rabu
30 Syawal 1432
28 September 2011

Assalamu'alaikum..

Nampaknya.. hujan kembali membasahi bumi Perlis.. dan hari ni seharian dok hujan..

Paras air kat Sungai Repoh dan Sungai Perlis pun nampaknya agak tinggi.. menghampiri paras bahaya..

Tadi.. amaran banjir kat hospital dah pun dikeluarkan.. manakala kat Padang Melangit, khabarnya dah banjir dan 19 orang dah pun dipindahkan ke Pusat Pemindahan Mangsa Banjir...

Semoga.. semua urusan dipermudahkan Allah Taala...

Alhamdulillah.. training IBE pun dah settle... dan 2nd Technical Assessment for Mentor/Mentee Program pun dah selesai...

Alhamdulillah.. kami semua telah mendapat pujian dari pemeriksa.. dan menjadi team radiology terbaik sepanjang program mentor/mentee untuk semua region..

Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat... terutama Syaiful Khairy, Sohaimi dan Denesh... tahun depan hangpa dah layak bergelar mentor pulak... hehehehe.. =)

Balik dari IBE Training minggu lepas.. sekali lagi aku menaiki KeTaM.. atau lebih dikenali sebagai Keretapi Tanah Melayu (KTM)..

Kali ni.. aku berpeluang menduduki Kelas 1 (bilik tidur)..

Berbanding dengan Kelas 2.. Kelas 1 (bilik tidur) dibuat berbilik-bilik di dalam gerabak.. di mana setiap bilik mempunyai 2 katil yang boleh menempat 2 orang penumpang...

Satu pengalaman yang amat best.. bila tidur atas katil kat dalam keretapi ni.. rasanya seolah-olah tidur dalam buaian.. seperti didodoi-dodoi.. hehehe..

Bila sejuk.. siap boleh selimut lagi.. dan turut disediakan makanan dan minuman oleh pihak KTM.. terima kasih KTM...

Sedar-sedar.. dah pun sampai Arau...

Lampu bilik boleh di off kan.. berbanding lain-lain kelas.. terpaksa tidur di dalam kecerahan cahaya lampu

Ada monitor.. pihak KTM menayangkan video yang boleh ditonton

Katil 2 tingkat

Katil bawah boleh dibuat tempat duduk yang boleh menempatkan 3 orang.. dengan hanya menurunkan tempat letak tangan


Sinki pun ada

Tempat letak barang


Aku telah dikenakan bayaran tiket RM107 untuk perjalanan dari KL Sentral ke Arau.. perjalanan keretapi bermula pukul 9.20 malam.. dan sampai Arau pada pukul 7.30 pagi esoknya...

Satu pengalaman yang menarik.. dan insyaAllah.. nanti nak bawa famili pulak untuk merasai pengalaman ni...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...