11 September 2011

JAMUAN AIDILFITRI..

Catatan Ayah

Ahad
13 Syawal 1432
11 September 2011

Assalamu'alaikum..

Masuk hari ni.. dah masuk 2 hari hujan lebat.. tanpa henti..

Harap-harap tu.. jangan la banjir.. macam yang lepas-lepas tu..

Bukan apa.. kat rumah aku ni.. Alhamdulillah agak tinggi dan belum lagi banjir semenjak 40 tahun yang lalu.. cuma yang agak risau kat hospital nu.. kalau ditakdirkan Allah banjir lagi sekali macam awal tahun ni.. ... ...

Hari ni juga.. Zarizi @ Gi Pang.. melangsungkan perkahwinannya..

Selamat Pengantin Baru aku ucapkan.. semoga berbahagia hingga akhir hayat.. dilimpahi dengan rezeki yang melimpah-ruah dan sentiasa mendapat keberkatan Allah Taala..

Nak pi makan kenduri... hujan tak berhenti-henti lagi nih... mungkin sat-sat lagi kot..

Sementara tu.. terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan tadika anak aku.. iaitu PASTI Bestari Al-Islah yang telah menjemput kami sekeluarga ke Majlis Aidil Fitri pada jumaat lepas...


Kami sekeluarga berkesempatan ke majlis tu selepas asar..

Banyak sajian yang dihidangkan.. antaranya bihun, mee dan koew teaw sup, ketupat daun palas, sate dan kek serta biskut raya.. sedap-sedap..

Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan PASTI.. kerana sentiasa berdedikasi dalam mendidik anak-anak kami.. diusia yang muda..

Segala jasa baik pihak tuan.. hanya Allah Taala yang mampu membalasnya...

Antara hidangan yang disantap.. adik makan semua sate tu.. hehehe...








Bergambar kenangan dengan semua guru-guru

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...