04 September 2011

FAUZI BERTUNANG...

Catatan Ayah

Ahad
6 Ramadhan 1432
4 September 2011

Assalamu'alaikum..

Dua tiga hari ni.. banyak orang ambil kesempatan dalam musim cuti raya ni.. untuk buat kenduri kahwin dan majlis pertunangan..

Antaranya.. kawan aku iaitu Wan Andrina yang buat majlis pertunangan adiknya pada hari khamis yang lepas.. dan esok.. kenduri kahwin sepupu aku iaitu Mat Fitri.. di mana kelmarin kat rumah sebelah perempuan.. dan kelmarin juga ada kenduri kahwin adik Fiza.. kawan office aku..

Begitu juga dengan abang ipar aku.. akan mendapat menantu pertamanya.. dan juga merupakan bakal cucu menantu pertama Allahyarham mertua aku..

Hari jumaat lepas.. tanggal 2 September 2011 bersamaan 4 Syawal 1432.. terlakar sejarah bagi Fauzi.. yang bakal bergelar suami..

Persiapan hantaran 
Rombongan kami akan membawa 7 hantaran dan sebentuk cincin tanda..

Antara hantaran yang bakal dibawa....

Kek yang disediakan oleh Kak Yam

Inilah rupanya kek tu...

Hantaran yang disediakan oleh isteri aku...

Hantaran yang disediakan oleh Farhana

Hantaran yang ditempah Fauzi sendiri..

Hantaran yang pakat buat bersama-sama sesama golongan mak-mak menakan Fauzi...

Hantaran yang disediakan oleh Cik Bayah

Selepas solat jumaat.. semua pakat berkumpul sebelum bertolak ke rumah bakal pengantin perempuan.. yang letaknya di Changlun...

Bersama Non.. adik ipar aku yang bongsu

Bergambar beramai-ramai...



Anak dara pingitan
Lebih kurang jam 3.00 petang.. semua dah ada.. kami pun mula bergerak..

Dengan lafaz "Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang".. rombongan bergerak dengan doa  di hati agar segala urusan akan dipermudahkan Allah Taala..





Alhamdulillah.. perjalanan menuju ke Changlun lancar.. maklum ler.. kenderaan agak banyak kat atas jalan di musim perayaan ni...

Akhirnya.. kami selamat tiba ke destinasi...








Pihak perempuan.. pembuka bicara..

Pihak lelaki.. Dik Not menyampaikan hajat..

Bapa bakal pengantin perempuan..

Bang Leh.. bapa bakal pengantin lelaki..
Perbincangan berjalan lancar.. perjanjian pertunangan termaktub..

Anak teruna dijemput untuk menyaksikan majlis menyarung cincin pertunangan...





Cincin disarungkan oleh Kak Yam.. bagi pihak kami.. rombongan lelaki...



Antara ahli keluarga pihak lelaki dan perempuan...






Sesi bergambar kenangan...

Bakal pengantin bersama-sama dengan bakal mak-mak menakan dan pak menakan

Bakal pengantin perempuan bersama dengan bakal sepupu dan bakal adik ipar..

Bakal pengantin..
Alhamdulillah.. kami semua dijamu dengan pelbagai hidangan.. antaranya nasi beriani, laksa, bihun goreng dan  berbagai lagi..


Eeerrrkkk!!!!.. alhamdulillah.. kenyang..


Sebelum bergerak balik.. kesempatan bergambar kenangan beramai-ramai diambil...

Bersama seisi keluarga..
Hantaran balasan sebanyak 9 jenis...



Perjalanan pulang ke Jitra juga lancar tanpa sebarang masalah.. Alhamdulillah..




Antara hantaran balasan...











Bergambar kenangan.. sebelum upacara membuka dan meleraikan hantaran.. hehehe.. ;-)

Bang Leh anak beranak..



p/s: Pak Ndak dan Mak Ndak ucapkan bakal selamat pengantin baru.. semoga jodoh berkekalan hingga akhir hayat.. dan semoga segalanya dipermudahkan Allah Taala.. Amin..

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

3 ulasan:

  1. musim org bertunang dan bernikah,,anak buah dan adik ipar sy pun bernikah pada raya ke dua dan ke 5...

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...