21 September 2011

DEMI MASA...

Catatan Ayah

Rabu
23 Syawal 1432
21 September 2011

Assalamu'alaikum..

Masuk hari.. dah 3 hari aku berkursus.. dan tinggal lagi 2 hari berbaki..

Setakat hari ni.. dalam banyak-banyak tajuk.. tajuk petang ni yang agak menarik perhatian aku.. iaitu perbincangan mengenai pengurusan masa (time management) dan pengurusan tekanan (stress management)..

Kesimpulan dari perbincangan hari ni.. tiada masalah tak dak masa dan stress dalam hidup kita.. 

Semuanya hanyalah macam mana kita menanganinya sahaja.. macam mana kita menguruskan masa.. dan macam mana kita menangani stress...

Kita.. sebagai orang Islam.. patut tahu mengenai hal-hal ni.. sebab semuanya dah tercatat dalam Al-Quran...

Kita harus terima segala stress atau tekanan dengan menguruskannya dengan sebaik mungkin.. kerana stress dan tekanan tu yang akan buat kita jadi seorang yang lebih baik..

Umpama arang batu... yang diberi tekanan.. lama kelamaan akan menjadikannya berlian....

Semuanya.. terletak diatas diri kita sendiri.. dan cara kita menguruskan..

Dengan banyak bersabar.. bertawakkal.. mencari ilmu dan beramal dengannya.. insyaAllah kita akan berjaya...

Jangan asyik berkata tak boleh.. tak cukup masa.. dan tak sanggup menerima bebanan...

Di mana ada kemahuan.. di situ ada jalan..

Jika kita gagal untuk merancang.. kita sebenarnya merancang untuk gagal...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...