07 September 2011

BERUBAH STATUS...

Catatan Ayah

Rabu
9 Syawal 1432
7 September 2011

Assalamu'alaikum..

3 September 2011 lepas.. aku sekeluarga telah dijemput oleh Cu Hassan untuk mengikut rombongan pengantin.. mengiringi Mat Fitri.. ke rumah pengantin perempuan.. yang letaknya di Langgar, Kedah..

Pengantin perempuan.. yang namanya Naemah adalah salah seorang staff jururawat di Hospital Tuanku Fauziah.. dan ditempatkan di Wad Kelas 2..

Rombongan bertolak dari Kampung Paya, Perlis jam 11.00 pagi.. melalui Alor Star untuk ke Langgar..

Disebabkan informasi yang silap.. aku ikut jalan ke Langgar melalui Kodiang, Kedah..

Rombongan pengantin lelaki agak lambat tiba.. berbanding aku yang tiba dulu di Alor Star.. sebab jalan dari Kangar ke Alor Star.. yang melalui Jalan Kangar-Alor Star agak sesak kerana ramai orang balik semula ke tempat masing-masing selepas raya..

Aku sampai dulu di Alor Star.. dan tunggu rombongan kat depan Hospital Sultanah Bahiyah...

Punyalah lama menunggu.. siap sempat minum-minum dulu kat kedai berdekatan dengan HSB...

Dekat sejam juga menunggu.. akhirnya.. rombongan tiba juga..

Tak sangka jalan menuju ke Pokok Sena dah siap..

Memasuki Pekan Langgar

Dari Langgar.. memasuki Jalan Titi Haji Idris..

Dari Pekan Langgar.. menuju ke Jalan Titi Haji Idris..


Masuk ke kanan.. di tepi Petronas..

Dari sini.. menuju masuk ke kawasan kampung.. ke rumah pengantin perempuan...



Terpaksa menunggu untuk berselisih kereta..


Menghampiri rumah pengantin...



Kami disambut dengan letupan-letupan mercun... kesian kat anak-anak kecil.. terkejut dek letupan yang amat kuat...


Inilah dia pengantin lelaki.. 

Menunggu pengantin perempuan keluar..

Ketibaan pengantin perempuan..


Aku sekeluarga, Bang Cik Ashraf dan Along sekeluarga.. tak ikut rombongan makan kat meja pengantin.. sebaliknya.. makan kat tempat biasa.. iaitu tempat jemputan yang lain di khemah-khemah yang disediakan..

Menunya amat ringkas dan sedap.. iaitu daging dan tulang yang dibuat sup dan air asam.. bak kata orang utara.. air asam darat..

Selain tu.. ada laksam.. yang menurut isteri aku.. sedap rasa..

Selesai makan.. kami pun pulang dulu.. tak ikut rombongan sebab nak ke kenduri Fiza pulak di Kodiang..

Menunggu untuk kereta berselisih.. sebelum boleh keluar..





Jalan keluar melalui Alor Star...

Kenduri sebelah pengantin lelaki diadakan pada keesokan harinya.. iaitu hari ahad 4 September 2011..

p/s: aku sekeluarga ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Mat Fitri dan pasangannya Naemah.. dan selamat menerima menantu kepada Pak Menakan aku.. Cu Hassan.. semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...