12 September 2011

BANJIR SEKITAR PERLIS 2011

Catatan Ayah

Isnin
14 Syawal 1432
12 September 2011

Assalamu'alaikum..

Setelah 2 hari berturut-turut hujan.. alhamdulillah hari ni cuaca agak cerah tanpa hujan dari pagi sehingga entry ni ditulis...

Tapi.. kebimbangan akan banjir masih menghantui kebanyakan penduduk sekitar Kangar.. tambahan pula kelmarin.. banjir sudah melanda kawasan Beseri, Panggas serta kawasan sekitar..

Dan khabarnya.. 4 pintu Empangan Timah Tasoh telah dibuka untuk melepaskan air takungan kelmarin..

Kebimbangan air dari Empangan Timah Tasoh akan melimpah sekitar Kangar..

Semalam aku dapat sms yang berbunyi.."Asmkm semua..saya fwd maklumat terbaru yg diterima..harap siap sedia dan ambil tindakan sebagaimana ditetapkan dengan tepat....Salam Dr Nordin. Br terima info dari Dr Zukri, air dijangka membajiri kangar selepas jam 12 tgh malam kerana ber tembung dgn air pasang. W'bagaimanapun, JPS, tidak pasti sejauh mn effect dan kawasan yg akan terlibat. Harap maklum."

Ya.. air laut akan pasang.. dan aku tengok tadi Sungai Perlis yang melalui kawasan Kangar penuh dengan air..  bimbang juga akan melimpah...

Aku berpeluang melihat sekitar kawasan banjir tadi antara pukul 2 petang hingga pukul 3 petang...

Antaranya...

Hadapan Taman Sena Indah

Gerai bersebelahan Taman Sena Indah


Rumah yang selalu dok jual nasi ayam ekonomi...


Simpang nak masuk ke Jalan Santan







Sempat bawa anak-anak main air.. hehehe..


Kawasan Beseri dah nampak nak surut dah...

Pintu Empangan Timah Tasoh yang dibuka...

Hanya 2 pintu dibuka...

Lajunya air...

Sekitar Empangan Timah Tasoh

Sekitar Empangan Timah Tasoh

Sekitar Empangan Timah Tasoh

Sekitar Empangan Timah Tasoh

Sekitar pukul 5.30 hingga 6.30 petang.. sekali lagi aku ronda-ronda.. melihat keadaan banjir..

Ketika tu.. air sudah memasuki kawasan hadapan Masjid Alwi.. serta sudah membanjiri kawasan Simpang Tiga.. iaitu sekitar Klinik Wan Balkis, Pasaraya Sena Indah dan kawasan sekitar...

Terus aku melihat keadaan banjir dari Kangar sehinggalah Arau...

Taman Sena Indah.. air yang semakin meningkat..

Stesen minyak sebelah Taman Sena Indah



Sungai Repoh.. paras air semakin meningkat...





Jalan menuju ke Mata Ayer

Kubang Gajah

Hadapan UniMAP Kubang Gajah

Hadapan UniMAP Kubang Gajah







Jalan menuju ke Arau telah ditutup



Jalan menuju ke UiTM, Arau

Sekitar kampung Bakau, Kangar

Tadi.. dalam pukul 8 malam.. sekali lagi aku keluar Kangar untuk melihat-lihat keadaan sekitar Kangar... terutama sekitar kawasan hospital..

Alhamdulillah.. keadaan masih terkawal.. tapi Sungai Perlis penuh dengan air.. semoga keadaan akan terus terkawal..

Petang tadi juga.. aku mendapat perkhabaran.. setakat sekarang jumlah mangsa banjir yang telah dipindahkan ke pusat pemindahan mencecah sehingga 400 orang...

p/s: semoga keadaan akan terus terkawal... takziah juga kepada pelajar-pelajar MATRI dan pemandu van yang telah terlibat dalam kemalangan yang menyedihkan kelmarin..

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...