28 September 2011

KeTaM...

Catatan Ayah

Rabu
30 Syawal 1432
28 September 2011

Assalamu'alaikum..

Nampaknya.. hujan kembali membasahi bumi Perlis.. dan hari ni seharian dok hujan..

Paras air kat Sungai Repoh dan Sungai Perlis pun nampaknya agak tinggi.. menghampiri paras bahaya..

Tadi.. amaran banjir kat hospital dah pun dikeluarkan.. manakala kat Padang Melangit, khabarnya dah banjir dan 19 orang dah pun dipindahkan ke Pusat Pemindahan Mangsa Banjir...

Semoga.. semua urusan dipermudahkan Allah Taala...

Alhamdulillah.. training IBE pun dah settle... dan 2nd Technical Assessment for Mentor/Mentee Program pun dah selesai...

Alhamdulillah.. kami semua telah mendapat pujian dari pemeriksa.. dan menjadi team radiology terbaik sepanjang program mentor/mentee untuk semua region..

Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat... terutama Syaiful Khairy, Sohaimi dan Denesh... tahun depan hangpa dah layak bergelar mentor pulak... hehehehe.. =)

Balik dari IBE Training minggu lepas.. sekali lagi aku menaiki KeTaM.. atau lebih dikenali sebagai Keretapi Tanah Melayu (KTM)..

Kali ni.. aku berpeluang menduduki Kelas 1 (bilik tidur)..

Berbanding dengan Kelas 2.. Kelas 1 (bilik tidur) dibuat berbilik-bilik di dalam gerabak.. di mana setiap bilik mempunyai 2 katil yang boleh menempat 2 orang penumpang...

Satu pengalaman yang amat best.. bila tidur atas katil kat dalam keretapi ni.. rasanya seolah-olah tidur dalam buaian.. seperti didodoi-dodoi.. hehehe..

Bila sejuk.. siap boleh selimut lagi.. dan turut disediakan makanan dan minuman oleh pihak KTM.. terima kasih KTM...

Sedar-sedar.. dah pun sampai Arau...

Lampu bilik boleh di off kan.. berbanding lain-lain kelas.. terpaksa tidur di dalam kecerahan cahaya lampu

Ada monitor.. pihak KTM menayangkan video yang boleh ditonton

Katil 2 tingkat

Katil bawah boleh dibuat tempat duduk yang boleh menempatkan 3 orang.. dengan hanya menurunkan tempat letak tangan


Sinki pun ada

Tempat letak barang


Aku telah dikenakan bayaran tiket RM107 untuk perjalanan dari KL Sentral ke Arau.. perjalanan keretapi bermula pukul 9.20 malam.. dan sampai Arau pada pukul 7.30 pagi esoknya...

Satu pengalaman yang menarik.. dan insyaAllah.. nanti nak bawa famili pulak untuk merasai pengalaman ni...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

25 September 2011

IBE...

Catatan Ayah

Ahad
27 Syawal 1432
25 September 2011

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah.. tamat sudah kursus selama 5 hari yang berlangsung di Petaling Jaya..

Kursus yang memakan masa selama 5 hari ni.. diberi nama "Introduction to Biomedical Engineering (IBE)"... suatu kursus yang amat baik bagi staff-staff yang baru masuk kerja dalam bidang Clinical Engineering ni.. dan bagi aku yang dah involve dalam bidang ni.. hampir 14 tahun.. dapat refresh balik....

Selain tu.. dapat juga berkenalan dengan adik-adik yang baru join seperti Ahmad Damanhuri (Perak), Valintenus (Sabah), Azaharie (Sabah), Nicholson (Sarawak) dan Mcswyzer (Sarawak)..

Kursus diadakan di Academy of Clinical Engineering (ACE), PJ.. dan kami semua ditempatkan di Kondominium Menara Jaya, PJ..

Banyak juga ilmu-ilmu lama yang dipertajamkan lagi serta info-info baru bagi menambahkan ilmu yang dah ada.. terima kasih kepada semua tutor yang terlibat.. antaranya Cik Khairani (Safety, Health & Risk Management), SS Wong (Radiation Safety Awareness and Statutory Requirement dan Statutory Requirements for Medical Irrdiating Apparatus in Malaysia), pengganti Tuan Syed Tarmizi (Contract Management).. maaf yer saya terlupa nama anda..., Rajesh Kumar (Time & Stress Management), Dr SR Manalan (Basic Human Anatomy & Physiology), AP Sivakumar (Electrical Safety of Medical Equipment) dan Deva (Medical Instrumentation - An Introduction)..

Selain tu.. berkesempatan juga bertemu kawan-kawan lama.. yang bekerja di sekitar Selangor..

Antaranya.. Bumble Bee dan Khairul Nizam (SBM TTS kat Restoran MMZ, Shah Alam), Mohd Asri.. kawan lama kat SMTAS 88/89 (belanja makan kat Kelana Jaya) dan Jat (belanja makan nasi arab)...

Terima kasih juga kepada Ahmad Damanhuri yang belanja makan semasa keluar makan kat Shah Alam...

Terima kasih juga kepada Sham (TMD) yang uruskan kereta syarikat untuk kemudahan kami semua bergerak..

Dari kanan: Nicholson, Valintenius, Siva Kumar, aku, Mcswyzer, Ahman Damanhuri dan  Azaharie

InsyaAllah.. ada kesempatan kita berjumpa lagi...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

22 September 2011

ANATOMY...

Catatan Ayah

Khamis
24 Syawal 1432
22 September 2011

Assalamu'alaikum...

Hari ni dah masuk hari ke-4 aku mengikuti kursus ni.. dan esok hari terakhir kursus.. dan akan ada exam pulak sebelah petangnya...

Syukur alhamdulillah.. hari juga ada subjek yang menarik perhatian aku...


Di mana.. hari ni aku belajar mengenai anatomi... iaitu bahagian-bahagian manusia (organ-organ) serta bagaimana ia berfungsi..

Dari sini.. terserlah segala kekuasaan Allah Yang Maha Pencipta dan  Maha Mengetahui....

Begitu sempurna dan sebegitu detail Allah mencipta manusia.. dengan segala organ-organnya.. yang mempunyai tugas masing-masing.. dan ia bertugas dengan penuh "dedikasi"...

Mengapa organ tertentu diletakkan ditempatnya... serta bagaimana ia berfungsi.. dan bagaimana ia dilindungi di dalam badan kita...

Maha Suci Allah...... itu yang mampu aku ucapkan....

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

21 September 2011

DEMI MASA...

Catatan Ayah

Rabu
23 Syawal 1432
21 September 2011

Assalamu'alaikum..

Masuk hari.. dah 3 hari aku berkursus.. dan tinggal lagi 2 hari berbaki..

Setakat hari ni.. dalam banyak-banyak tajuk.. tajuk petang ni yang agak menarik perhatian aku.. iaitu perbincangan mengenai pengurusan masa (time management) dan pengurusan tekanan (stress management)..

Kesimpulan dari perbincangan hari ni.. tiada masalah tak dak masa dan stress dalam hidup kita.. 

Semuanya hanyalah macam mana kita menanganinya sahaja.. macam mana kita menguruskan masa.. dan macam mana kita menangani stress...

Kita.. sebagai orang Islam.. patut tahu mengenai hal-hal ni.. sebab semuanya dah tercatat dalam Al-Quran...

Kita harus terima segala stress atau tekanan dengan menguruskannya dengan sebaik mungkin.. kerana stress dan tekanan tu yang akan buat kita jadi seorang yang lebih baik..

Umpama arang batu... yang diberi tekanan.. lama kelamaan akan menjadikannya berlian....

Semuanya.. terletak diatas diri kita sendiri.. dan cara kita menguruskan..

Dengan banyak bersabar.. bertawakkal.. mencari ilmu dan beramal dengannya.. insyaAllah kita akan berjaya...

Jangan asyik berkata tak boleh.. tak cukup masa.. dan tak sanggup menerima bebanan...

Di mana ada kemahuan.. di situ ada jalan..

Jika kita gagal untuk merancang.. kita sebenarnya merancang untuk gagal...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

19 September 2011

KURSUS LAGI...

Catatan Ayah

Isnin
21 Syawal 1432
19 September 2011

Assalamu'alaikum..

Tatkala tampalan ni ditulis.. aku berada di Petaling Jaya.. mengikuti kursus selama 5 hari.. bermula hari ni hinggalah 23 September 2011..

Kat sini.. aku ditempatkan di Kondominium Menara Jaya...

Hari ni.. di kala ini.. selesai sudah hari yang pertama.. lagi 4 hari perlu ditempuhi..

Pada mulanya.. aku bercadang untuk datang ke sini dengan menunggang Kerbau Hitam aku.. tapi tiada rezeki dan banyak halangan.. bahkan hingga diugut dengan pemberian surat amaran.. maka dengan berat hati.. aku datang juga dengan menaiki bas...

Tak tahulah.. pasai apa "mereka" menentang sangat untuk aku datang kursus ni dengan menunggang Kerbau Hitam aku.. padahal awal-awal lagi aku dah membuat pengakuan yang aku akan tanggung sendiri kos yang terbabit kerana menolak kos pengangkutan yang disediakan oleh pihak syarikat... macam yang telah lepas-lepas.. sekupang pun aku tak claim...

Jadi.. kelmarin aku datang ke PJ ni dengan menaiki bas.. bertolak dari Kangar dalam pukul 10.30 pagi.. yang sepatutnya jika ikut jadual bertolak pukul 10.15 pagi..

Cuaca kat Kangar agak cerah waktu tu.. dan dalam bas.. aku cuma 'buat taik mata' saja ler...

Mula-mula.. bas berhenti kat Jitra untuk ambil penumpang.. dan seterusnya bertolak ke KL...

Sebaik saja sampai Bukit Gantang.. hujan turun dengan lebat sekali..

Waktu tu.. jam dah pun menunjukkan pukul 2.00 petang.. kalau aku tunggang Kerbau Hitam aku.. rasa-rasanya dah sampai...

Perjalanan bas agak perlahan kerana kesesakan lebuhraya.. dengan kata lain.. "jam" dari Tapah hinggalah ke KL.. mungkin disebabkan cuti 3 hari.. maka orang ramai ambil peluang untuk berjalan-jalan dan pulang ke kampung...

Aku turun kat Stesen Bas Jalan Duta.. di mana adik aku menunggu aku di situ dan menghantar aku ke Kondominium Menara Jaya...

Jam menunjukkan hampir pukul 9 malam.. ketika aku sampai ke Menara Jaya..

Aku akan pulang ke Perlis jumaat nanti dengan menaiki keretapi.. tiket pun dah ambik.. coach tempat tidur lagi.. hehehe... :-)

Kesian tengok anak-anak ketika bas hendak bertolak...

Berhenti rehat kat Bukit Gantang..

Inilah bas yang aku naiki..

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

17 September 2011

RIDE NASI BERIANI...

Catatan Ayah

Sabtu
19 Syawal 1432
17 September 2011

Assalamu'alaikum...

Selamat menyambut Hari Malaysia yang telah berlangsung kelmarin.. pada 16 September 2011... dan selamat bercuti...

Dah bercuti.. jadi aku membuat cadangan kat isteri.. mau tak ke Sungai Dua.. makan char kuew teaw.. dan nampaknya isteri aku berminat...

Jadi.. mulanya aku nak jadikan cerita ride ni bertajuk Ride Char Kuew Teaw.. alih-alih jadi tajuk Ride Nasi Beriani.. kenapa???.. nanti aku ceritakan...


Setelah semua persiapan disiapkan.. kami semua bertolak keluar dari rumah sekitar jam 10.46 pagi..

Seperti biasa.. aku nenunggang Kerbau Hitam.. manakala isteri dan anak-anak menaiki Kenari...

Sebelum tu.. kami singgah sebentar di Petronas Jalan Raja Syed Alwi.. untuk mengisi tangki Kenari dan Kerbau Hitam aku... serta menambah nilai Touch 'n' Go...

Isi minyak dulu...

Selesai mengisi minyak.. kami teruskan perjalanan.. melalui jalan Kangar-Alor Star.. menuju ke Jalan Lencongan Kangar.. dan memasuki Lebuhraya Plus...

Sawah masih ditenggelami air.. selepas banjir yang lepas..

Jalan Kangar-Alor Star agak lengang..

Majlis rumah terbuka di Air Hitam, Kedah.. anjuran PAS Kedah..

Menghampiri Alor Star.. kat Kuala Sungai..

Dah sampai Alor Star...

Tunggu isteri dan anak-anak di tepi Lebuhraya PLUS sebelum tol...

Baru lepas hujan...

Alhamdulillah.. cuaca amat elok.. cuma ketika sampai Alor Star ada sedikit hujan...

Sebaik saja sampai Alor Star.. aku berhenti sekejap untuk menunggu isteri dan anak-anak...

Tak lama.. isteri dan anak-anak pun sampai.. perjalanan diteruskan.. dan next RV adalah R&R Gurun...

Dan... Alhamdulillah.. cuaca kembali baik dan sedikit panas hinggalah sampai Gurun...

Selepas Tol Alor Star (S)..

Sampai Gurun..

Jadi.. tunggulah aku ketibaan isteri dan anak-anak.. hehehehe...

R&R Gurun...

Anak-anak.. kesian kelaparan..

Panasnya hari ni...

Tak lama kami berhenti kat sini...

Selesai isteri dan anak-anak melepaskan hajat kat tandas.. kami teruskan perjalanan..

Kali ni.. aku biarkan isteri dan anak-anak gerak dahulu...

Isteri dan anak-anak bergerak dulu..

Melepasi Sungai Petani..

Menghampiri Tol Sungai Dua..

Dan.. semestinya.. aku sampai dulu kat Tol Sungai Dua.. jadi tunggu lagi ler isteri dan anak sampai...


Dari Tol Sungai Dua.. kami bergerak ke destinasi yang dirancang..

Destinasi kami adalah kedai makan "Char Kuew Teaw Sungai Dua Telur Ayam Dibasuh.."


Malangnya.. tertulis tiada rezeki untuk merasa char kuew teaw tu.. sebab kedai tutup.. tak berniaga...

Jadi.. kena buat pelan B pulak ler...

Setelah berbincang dengan isteri.. kami ambil keputusan untuk ke Sungai Petani.. pekena nasi beriani kambing..

Mudah-mudahan kedai nasi beriani tu buka... insyaAllah...

Berpatah balik ke Sungai Petani...

Sungai Kedah penuh dengan air...


Alhamdulillah.. kedai makan Nasi Beryani Aqeem buka..

Maka.. apalagi.. jemput jamu selera ler..

Kami makan nasi beriani kambing dan ayam....

Restoran Beryani Aqeem..

Menu kambing dan ayam..

Anak-anak menikmati hidangan nasi beriani...

Bermain selepas kekenyangan..

Alhamdulillah.. perut sudah kenyang...

Cuaca pun amat baik sekali.. cuma agak kepanasan dek bahang matahari...

Masa untuk pulang...

Kami ambil keputusan untuk pulang melalui Yan.. boleh aku layan korner sikit.. lepas gian...

Dan semestinya.. isteri dan anak-anak aku bergerak dahulu...




Jem pulak kat Semeling...

Kelihatan Gunung Jerai dari kejauhan..


Relaks sekejap kat Yan..

Selepas layan korner sekejap.. aku berhenti sekejap kat tepi jalan di Yan..

Selekoh dari Merbok hingga ke Pantai Murni.. boleh tahan ler setakat nak lepas gian.. tak lah seperti Cameron Highland.. atau Baling-Grik... tapi boleh ler habuan pelepas gian...

Tak lama.. barang sebatang rokok.. isteri dan anak-anak sampai.. jadi perjalanan diteruskan...

Kali ni.. kami tak berhenti dah.. terus shoot ke rumah...

Jalan Yan-Kuala Kedah..

Menghampiri Kuala Kedah..

Jambatan Tok Pasai, Kuala Kedah..

Jem pulak kat Kuala Sungai.. menghala ke Alor Star..


Lebih kurang.. 4.48 petang.. aku selamat sampai kat rumah.. dan selang beberapa minit.. isteri dan anak-anak aku sampai...

Alahmdulillah.. lepas gian aku nak ride yang agak jauh sikit.. selepas ride ke Besut yang lalu...

Apa orang nak kata pun.. katalah.. janji aku puas dapat ride.. selain bersama-sama isteri dan anak-anak... kesian pulak.. selalunya aku ride sorang-sorang saja...

Apa-apa pun.. Selamat Hari Malaysia...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...