29 Ogos 2011

TAKZIAH.. BANG SYED

Catatan Ayah

Isnin
29 Ramadhan 1432
29 Ogos 2011

Assalamu'alaikum...

Pejam celik.. akhirnya kita dah pun sampai ke penghujung ramadhan... esok atau lusa.. kita semua akan merayakan Aidilfitri..

Dan buat julung kalinya.. seingat aku semenjak aku kecil.. inilah kali pertama Aidilfitri akan dirayakan bersama-sama dengan hari kemerdekaan Malaysia kali yang ke 54...

Apa-apa pun.. aku nak ucapkan takziah buat Bang Syed iaitu biras aku.. suami kepada Kak Yam (kak ipar aku).. kerana ayah Abang Syed telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 27 Ramadhan yang lalu.. dan Allahyarham telah dikebumikan di Kuala Kedah pada 28 Ramadhan 1432...

Sehubungan dengan itu.. marilah kita bersama-sama berdoa dan sedekahkan Al-Fatihah.. semoga roh Allahyarham sentiasa dicucuri rahmat dan diletakkan bersama-sama dengan roh orang-orang yang beriman...

Al-Fatihah..


Amin...

Marilah kita sama-sama bermuhasabahkan diri kita.. setakat mana tahap keimanan dan ibadah kita..

Mati akan datang kepada kita bila-bila masa saja.. tidak lambat walau sesaat dan tidak cepat walau sesaat...

Adakah kita mampu berjumpa dengan Ramadhan lagi di tahun hadapan?...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...