07 Ogos 2011

SIMPANAN DI MUTUAL FUND..

Catatan Ayah

Ahad
7 Ramadhan 1432
7 Ogos 2011

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah.. tup-tup dah seminggu kita berpuasa di dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah ni..

Begitu cepat masa berlalu.. dan lip-lap-lip-lap.. pejam-celik-pejam-celik.. sampai hujung bulan.. dah raya...

Sesungguhnya.. masa tak akan menunggu kita..

Seperti Firman Allah Ta'ala:
سُوۡرَةُ العَصر









بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)

...Bermaksud











Al-Asr
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. / (3)






Simpanan...


Baru-baru ni.. aku dapat call dari salah satu syarikat kad kredit di Malaysia.. cuba menawarkan satu pakej.. yang menurut mereka skim simpanan melalui potongan kad kredit secara bulanan..

Selepas mendengar dengan panjang lebar.. aku terpaksa menolak skim tersebut.. atas beberapa sebab..

Antaranya.. aku lebih suka menyimpan dengan membeli unit saham amanah di Public Mutual.. yang mana.. pulangannya yang lepas.. aku dapat purata dalam 10% setahun.. lagi pun ia berlandaskan syariah.. tapi pakej yang ditawarkan oleh syarikat kad kredit tu adalah konvensional...

Lagipun.. sekarang adalah masa terbaik untuk membeli unit saham amanah.. kerana harga saham yang menjunam turun.. jadi kita akan dapat "durian runtuh".. iaitu nilai unit yang banyak dengan harga yang murah.. bukannya menghabiskan duit dengan membeli barangan kat sesetengah kedai bayaran ansuran tu.. 

Lagi sebab aku lebih memilih untuk menyimpan dalam saham unit amanah ni.. aku dapat menyimpan ikut kemampuan aku dalam bulan tu.. kalau ada duit lebih.. banyak sikit aku simpan.. dan agak kurang sikit duit dalan bulan tu.. sikit jer lah simpanan aku...

Tapi.. kalau dengan cara manggunakan kad kredit ni.. nampak macam paksaan untuk berhutang.. walaupun katanya salah satu cara simpanan..

Bila dah potongan kad kredit setiap bulan.. dan kita pulak buat bayaran minimum 5% setiap bulan.. jadi kita akan terbeban dengan interest setiap bulan yang akan datang.. dengan tak semena-mena.. terpaksa pula membayar hutang.. 

Sebab tu.. aku tak berapa suka dengan kaedah penggunaan kad kredit ni.. 

Kad kredit pun selama ni aku cuma guna semasa nak isi petrol sahaja.. tak lebih dari tu...

Tapi.. tu semua adalah pendapat peribadi aku saja..

p/s: kalau ada sesiapa yang nak penjelasan lanjut mengenai unit saham amanah Public Mutual.. boleh contact aku.. sebab aku adalah salah seorang agen berdaftar dengan Public Mutual Berhad...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

1 ulasan:

  1. assalamu'alaikum,

    sy nk join public mutual ni, tp xtau cmne care die....bleh share ke kt sini step2 yg prlu sblum nk bli unit saham amanah ni. yela klu asb 8%, tp public mtual ni 10%.

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...