14 Ogos 2011

SERVICE KENARI... 153074KM

Catatan Ayah

Ahad
14 Ramadhan 1432
14 Ogos 2011

Assalamu'alaikum...

Aku mulakan coretan aku hari ni dengan perkongsian satu hadis...

"Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah Azza wa jalla berfirman maksudnya: Segala amal bakti anak Adam adalah untuknya, kecuali amalan puasa, (maka) ia adalah untuk-Ku, dan Akulah yang membalasnya (dengan balasan yang sebaik-baiknya).."

(Hadis sahih - riwayat Muslim)

Service Kenari...

Pi mai pi mai.. tengok-tengok mileage kat Kenari dah pun sampai 153074 km.. dan sudah sampai masa untuk penukaran minyak enjin...

Rasa macam baru jer tukar minyak.. dah kena tukar lagi.. sekejap saja 5000 km...


Minyak enjin dan penapis minyak dah dibeli kat Eng Leong, Kangar.. kali ni aku guna minyak enjin Pennzoil..




Minyak enjin yang dibuat khas untuk kereta-kereta kompak... dan berharga RM35... kat Kangar ler...


Penapis minyak pula berharga RM8....

Jadi.. apalagi.. jom aku nak tukar minyak... saja suka buat DIY...

Kereta pun dah siap diparkirkan.. di mana?.. di hadapan laman rumah ler.. tempat yang agak teduh sikit...

"Ayah nak buat apa?..", soal anak aku yang bongsu.. di pagi-pagi hari.. baru bangun tidur gayanya...

"Ayah nak tukaq minyak....", balas aku.. sambil menghampar kertas kotak besar.. yang selalu aku gunakan sebagai pelapik badan...

"OOooooo......", panjang bunyinya...

So.. step pertama.. baring atas kertas kotak yang aku hamparkan tadi.. buka skru kat bawah.. maka menderulah minyak keluar.. hehehe...


Sementara nak tunggu minyak turun habis.. jom kita ushar penapis minyak sat....


Selepas buka nut untuk minyak enjin dikeluarkan.. sekarang tiba masa untuk buka penapis minyak pula.. jadi.. apa tunggu lagi.. buka penapis minyak pula...

Sementara dok tunggu minyak enjin turun habis.. jom kita check spark plug.. kalau kotor kasi cuci sikit...


Mula-mula.. buka cover atas dulu...


Buka stick coil pulak...


Ok.. dah ready untuk buka spark plug...


Untuk rekod.. spark plug Kenari boleh dibuka dengan menggunakan sepana saiz 16mm...


Hah.. apalagi.. buka jer la..


Tu dia.. kotornya elektrode.. jadi kasi cuci sikit dengan berus besi...


Haaa.. bersih sikit.. dan mungkin api pun ok sikit kot...

Jadi.. kasi masukkan balik ler kat enjin...

Lepas tu.. berus sikit kotoran dan debu kat bahagian atas enjin dan cover enjin...

Bab spark plug dah settle..

Minyak pun dah habis turun dah.. maka sampailah masa untuk pasang penapis minyak yang baru....


Sebelum tu.. sapukan sikit minyak kat bahagian getah.. kat permukaan penapis minyak ni.. lepas tu.. pasang balik kat enjin...


Sebelum isi minyak enjin yang baru.. jangan lupa pasang balik nut kat bawah enjin.. kalau lupa pasang balik.. mau keluar balik minyak baru yang diisi.. hehehe...


Sekarang.. sampailah masanya untuk isi minyak enjin yang baru... Kenari ni cuma pakai minyak dalam 2.7 L sahaja...

Selesai pengisian minyak enjin yang baru.. aku selalu basuh enjin dengan mengunakan minyak diesel..

Aku semburkan minyak diesel ke seluruh bahagian enjin.. kemudian aku bilas dengan menyemburkan air ke seluruh bahagian enjin....

Sekarang.. semuanya dah settle...


Untuk rekod.. penukaran minyak enjin akan aku lakukan semula pada 158074 km.. atau mungkin dalam bulan November 2011 nanti..

Ini adalah kos yang aku keluarkan untuk service Kenari kali ni..

Minyak enjin Pennzoil  = RM35.00
Penapis minyak            = RM8.00

Dan semuanya berjumlah RM43.00....

Yang lain-lain cuma tenaga aku saja.. sebab aku buat sendiri.. tak dak ler upah pomen.. hehehe...

Untuk rekod.. aku juga telah menukarkan bateri Kenari ni..


Bateri yang lama ni telah ditukar pada Jun 2008 yang lalu.. dari jenis Yokohama sel basah..

Nampaknya.. bateri ni bertahan selama 3 tahun.. sebab 2011 aku tukarkan kepada yang baru...


Kali ni.. aku tukarkan ke Yokohama jenis seal lead acid.. maintenance free.. aku beli dengan harga RM180...

Oklah.. siap semua kerja-kerja...

Selamat berpuasa..

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

10 ulasan:

  1. Selamat memandu,mesti standby untuk perjalanan raya nanti.

    BalasPadam
  2. Tak jalan jauh pun Kak Zmah.. Kangar-Jitra saja..

    BalasPadam
  3. handai hang no, leh jadi pomen sendiri..

    BalasPadam
  4. Tau sikit-sikit saja Kang Latep.. belajaq kat kawan-kawan pomen dengan Youtube... saja seronok DIY...

    BalasPadam
  5. kalau cable plug tiada api mcm mna.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tak sure...mungkin coil problem kot. Cuba tanya pomen untuk kepastian.

      Padam
  6. ni kenari auto ke manual?if kenari auto spark plug letaknye kt tempat tu jgk ke?

    BalasPadam
  7. Salam. Kenari pakai kabel plug ke?

    BalasPadam
  8. Kt mne nk bli wrench spark plug saiz tu area kangar?..

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...