17 Ogos 2011

SERVICE ER6N.. 33374KM

Catatan Ayah

Rabu
17 Ramadhan 1432
17 Ogos 2011

Assalamu'alaikum...

Hadis yang aku nak kongsi hari ni...

"Dari Mu'az bin Jabal, r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepadanya: "Mahukah, aku tunjukkan kepadamu pintu-pintu kebajikan?" "Mahu, ya Rasulullah", jawabku. Baginda pun ,menerangkan, sabdanya: "Puasa itu perisai (dari kejahatan) dan sedekah pula menghapuskan dosa sebagaimana air memadami api..."

(Hadis sahih - Riwayat Tirmizi)

Service Kerbau Hitam..

Tup tup.. Kerbau hitam pun dah sampai masa untuk diselenggara...

Mileage pun dah sampai 33374 km..


Kelmarin.. aku dah pusing-pusing Kangar untuk beli minyak enjin.. selalunya aku guna Motul 5100 10w/40.. tapi kali ni aku nak try Syntium Dual-Tech 15w/50 pulak.. nak tengok macam mana.. jadi aku terus ke Petronas Guar  Syed Alwi.. terus beli 2 botol yang berharga RM29 sebotol..

Kat Petronas Guar Syed Alwi juga aku telah beli coolant yang berharga RM16...

Sebelum tu.. aku telah ke kedai spare-part motor kat Kangar untuk beli penapis minyak.. tapi yang original punya tak dak.. hanya ada yang local saja.. dan dijual dengan harga RM38.. jadi aku batalkan niat untuk beli penapis minyak kat situ.. terus ke UA Motor.. UA Motor ni salah satu dari Kawasaki Green Shop...

Aku beli penapis minyak kat situ dengan harga RM50.. agak mahal sikit tapi nak buat macam mana.. dah tiada pilihan.. ambil saja ler..

Inilah Syntium Dual Tech tu..




Ini pula penapis minyak.. yang telah dibeli dari UA Motor..



Seperti biasa.. bahagian bawah dah pun dilapik dengan surat khabar lama.. dan telah dibuka apa-apa yang perlu dibuka...


Untuk rekod.. untuk membuka skru minyak enjin kat bawah tu.. aku kena guna sepana saiz 17mm...


Sepana dah kat tangan.. apalagi.. kasi buka ler skru kat bawah tu...

Menderu-deram ler minyak turun...


Sekarang.. sementara nak tunggu minyak turun habis.. kasi buka penapis minyak pulak ler..


Sekarng.. layan tengok tv dulu ler.. sementara nak tunggu minyak turun habis...

Inlah salah satu kelebihan bila kita DIY.. kita boleh tunggu selama mana kita nak.. supaya minyak habis turun...

Setelah hampir sejam.. aku menunggu sambil tengok tv.. siap terlelap lagi.. jadi sampai masa untuk aku sambung kerja-kerja selenggaraan....

Kasi masukkan balik penapis minyak.. dan seperti biasa.. kena minyakkan dulu bahagian getah seal kat penapis minyak tu..

Kemudian masukkan ke tempatnya.. ketatkan...


Dah siap.. ketatkan.. dan boleh masukkan minyak yang baru pulak.. tapi jangan lupa untuk pasang skru kat bawah tu.. hehehehe...


Siap dah dimasukkan 2 botol minyak...


Bab minyak dah selesai...

Lepas ni.. nak tukar coolant pulak..

Tapi coolant yang lama perlu dibuang dulu dari radiator...


Sementara dok tunggu air dalam radiator tu keluar habis.. buka tangki coolant dan cuci dulu... kasi bersih sikit...


HHhaaaa... kan dah bersih sikit...


Air yang lama pun dah keluar habis...

Sekarang boleh isi air yang baru ke dalam radiator.. sebaik-baik air yang digunakan adalah soft water.. dan aku guna air RO..

p/s: jangan guna air paip.. kerana boleh menyebabkan karat dan radiator tersumbat...


Air perlu dimasukkan perlahan-lahan.. agar udara tak terperangkap kat dalam radiator....

Ini adalah kali pertama aku tukar coolant Kerbau Hitam ni.. dan aku gunakan coolant yang aku beli dari Petronas yang berharga RM16...



Tangki coolant pun dah siap dipasang balik.. jadi tibalah masanya untuk diisi dengan coolant yang baru...

Isi sampai takat F saja...


Ok.. semuanya selesai.. kasi start enjin tengok.. biarkan hingga fan berpusing.. sebab nak tengok kot-kot ada minyak leaking atau pun radiator leaking...

Nanti bila dan dihentikan enjin.. kena top-up sikit coolant.. kalau-kalau luak...


Akhirnya.. semua dah siap.. next service bila mileage sampai 38374 km...

Kos yang aku telah keluarkan masa buat kerja-kerja selenggara ni...

Minyak enjin Syntium 15w/50 = RM26 x 2 botol = RM52.00
Penapis minyak ER6               = RM50 x 1 unit   = RM50.00
Coolant                                  = RM16 x 1 unit    = RM16.00

Jadi.. jumlah keseluruhan adalah RM118.00.... tanpa kos upah pomen.... sebab aku buat sendiri.. DIY...

Bulan depan.. kemungkinan aku akan ride ke Petaling Jaya.. InsyaAllah.. dan kemungkinan next service.. nak kena tukar tayar belakang, rantai, spark plug dan penapis angin...

banyak juga belanja ni... sabar dah ler...

Apa-apa hal... selamat berpuasa dan selamat berbuka...

"Pengalaman membetuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

16 ulasan:

  1. salam..berapa harga motul 5100 10w/40 tu? kalau xsilap rm46.tu harga standard ka?

    BalasPadam
  2. Salam Tuan Tanpa Nama,

    Ya betul.. harga dia dalam lingkungan tu.. mungkin berbeza dalam seringgit dua jer.. tengok kedai.. jadi kena rajin-rajin survey..

    BalasPadam
  3. assalamualaikum..minyak enjin motul ada yang tiruan x?saya pernah jumpa yang 10w/40 tu harga rm39 ja sebotol.risau juga nak beli takut x ori..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikum salam Tuan Syammil,

      Memang benar, ada minyak enjin tiruan di pasaran dan susah untuk kita bezakan antara yang tulen dan yang tiruan..

      Bagi saya, saya selalu beli minyak enjin dari kedai yang saya percaya dan selalu berurusan, mudah-mudahan minyak yang saya beli adalah minyak tulen. Selain tu, saya selalu beli dari stesen minyak (seperti petronas syntium, shell dan sebagainya) yang sudah barang tentu ia adalah yang tulen.. sebab tu harganya agak mahal sedikit dari kedai yang menjual alat-ganti.

      Padam
  4. aku nampak PPM sticker BEMS je nie...

    kerja hospital ke bang?

    hahaha...

    anyway, thanks for showing how you DIY the oil change. gonna get my new er6n next week so trying to learn as much as possible here...


    cheeers~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kerja kat hospital.. hehehe..

      Alhamdulilah.. sekadar berkongsi pengalaman..

      Selamat menunggang motor baru nanti..

      Padam
  5. Salam,
    boleh bagi info tak pasal ER6N/F ni?
    1. minyak enjin kene tukar setiap baper KM?
    2. Tayar pulak baper KM kene tukar.harga? depan? belakang?
    3. Minyak per KM baper?
    4. Road Tax baper?
    TQ sekian soalan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Tuan Tanpa Nama,

      1. Selalunya saya tukar minyak enjin antara 3000km ~ 5000km..
      2. Bergantung kepada jenis tayar.. antara 10,000km ~ 20,000km.. harga juga bergantung kepada jenama dan jenis tayar.. antara RM480 ~ RM700...
      3. Selalunya.. saya isi penuh kat Kangar.. full tank boleh sampai antara 200~250km.. bergantung kepada kelajuan...
      4. Roadtax setahun RM250..
      Harap maklumat ni membantu.. TQ..

      Padam
  6. salam baru beli minyak motul 5100 10-40w ,bagaimana nak kenal minyak asli?
    terimakasih

    BalasPadam
  7. Memang benar, ada minyak enjin tiruan di pasaran dan susah untuk kita bezakan antara yang tulen dan yang tiruan..

    Bagi saya, saya selalu beli minyak enjin dari kedai yang saya percaya dan selalu berurusan, mudah-mudahan minyak yang saya beli adalah minyak tulen. Selain tu, saya selalu beli dari stesen minyak (seperti petronas syntium, shell dan sebagainya) yang sudah barang tentu ia adalah yang tulen.. sebab tu harganya agak mahal sedikit dari kedai yang menjual alat-ganti.

    BalasPadam
  8. salam baru baru ini mendapati minyak shell 10-40 semi sintetik kurang memuaskan untuk er-6f ,enjin rasa berat , bergegar etc..setelah masukan motul hi tech 100 10-40 bezanya amat besar.Ada kemungkinan shell kurang baik?

    BalasPadam
  9. Saya pakai Yamaha LC 135 5 Speed, saya pakai Motul H-Tech 100 Fully Sintetik untuk jentera LC saya, alhamdulillah so far so good, enjin smooth dan tak bergegar bila saya naik 120kmj. Motul juga yang terbaik. Saya nak trial lak pakai Motul 5100 15W/50 Ester.

    BalasPadam
  10. boleh tambah coolent mcm tu je ke? or ada sukatan dgn air? bole pakai air bateri?

    BalasPadam
  11. slm nak tya pernah tak berlaku enjin er6 rasa berat dan mcm nak mati selepas enjin warm up .plug air filter coolant semua dah tukar..tpi enjin berat pas warm up..

    satu lgi jika cabut soket dari heat sensor kipas on msuk semula kipas radiatior stop

    sesiapa yg ada pengalaman blh email saya d
    droshas_23@yahoo.com. tq

    BalasPadam
  12. ok terima kasih

    BalasPadam
  13. Salam bro nk tnya ap sbb oil seal bocor dn berapa kos nk repair?

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...