13 Ogos 2011

MASJID AL-WUSTHO, GUAR CHEMPEDAK...

Catatan Ayah

Sabtu
13 Ramadhan 1432
13 ogos 2011

Assalamu'alaikum...

Hari ni dah masuk hari ke-13 kita semua berpuasa di dalam bulan Ramadhan yang diberkati ni.. Alhamdulillah..

Sebelum aku bercerita kisah selanjutnya.. aku nak kongsi hadis yang aku telah baca dan dipetik dari buku Mastika Hadith Rasulullah SAW, terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 1997...

Dari Ibn Umar, r.a. katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Islam itu dibina dan ditegakkan di atas lima dasar (lima rukun), iaitu: mengucapkan dua kalimah syahadat (dengan meyakini serta menerangkan kebenaran) bahawa sesungguhnya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, memberi zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan, dan mengerjakan haji ke Baitullah"

(hadis sahih - Riwayat Muslim)

Masjid Al-Wustho, Guar Chempedak

Sebelum masuk bulan Ramadhan yang baru-baru ni.. aku dan famili telah ke Sungai Petani.. membeli baju raya anak-anak..

Jadi.. semasa balik ke Perlis.. aku telah berhenti sekejap di Guar Chempedak.. atau lebih tepat berhenti kat Masjid Al-Wustho.. untuk menunaikan kewajipan..



Masjid Al-Wustho ni.. letaknya betul-betul di Pekan Guar Chempedak.. selepas lampu isyarat menghala ke Alor Star... dari Gurun.. dan terletak disebelah kiri jalan...


Agak besar masjid ni..

Selepas selesai menunaikan kewajipan.. aku pusing-pusing melihat sekeliling masjid.. dan tertarik ke satu sudut di masjid ni.. di mana telah diletakkan sebuah gendang raya...



Dan keterangan gendang raya ni.. seperti yang tertera..


Yang menariknya.. jika diteliti.. kat badan gendang raya ni.. terdapat satu bekas.. kesan daripada terkena peluru meriam semasa perang dunia ke-2 dulu.. dalam tahun 1941...


Aku zoom dekat sikit...


Jadi.. kalau ada sesiapa yang datang ke Guar Chempedak.. boleh ler singgah kat masjid ni.. untuk melihat kesan sejarah selain dari menunaikan kewajipan kita...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...