04 Ogos 2011

HTF BAKAL BERUBAH WAJAH - 4

Catatan Ayah

Khamis
4 Ramadhan 1432
4 Ogos 2011

Assalamu'alaikum...

Terlebih dahulu.. aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua yang sudi membaca coretan aku yang tak seberapa ni.. sekadar mengisi masa lapang..

Hari ni dah masuk hari ke-4 kita semua berpuasa di bulan Ramadhan yang diberkati ini.. dan aku pasti.. masing-masing tetap tabah menghadapi ujian dari Allah Taala.. terutama ujian nafsu makan dan ujian nafsu hisap rokok... mudah-mudahan kita mampu mengharunginya..

Dan kepada Tuan Guru Dr Haron Din.. yang baru-baru ni dimasukkan ke CCU, IJN.. semoga Tuan Guru cepat sembuh dan sihat seperti sedia-kala... Amin..

HTF Bakal Berubah Wajah

Sambil-sambil menunggu waktu berbuka.. yang tak berapa lama lagi akan tiba.. aku nak kongsi sikit cerita mengenai perubahan wajah yang bakal HTF hadapi.. sambungan dari sini..

Hospital Tuanku Fauziah (HTF) bakal memiliki bangunan baru yang tingginya dikatakan 8 tingkat.. yang bakal menempatkan wad-wad..

Dulu.. kawasan wad pediatrik, wad kelas 1, kelas 2 dan wad diraja serta cssd telah diruntuhkan.. dan sekarang ni.. kawasan ni bakal dibina bangunan baru..

Aku berpeluang melihatnya dari tingkat 2 (bangunan bersebelahan).. dan nampaknya kerja-kerja penambakan tanah dah selesai...

Aku ada snap beberapa gambiran.. untuk tatapan semua yang sudi.. akan perkembangan yang sedang berlaku di HTF...









Bila bangunan ni akan siap?.. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

1 ulasan:

  1. Siap lah tu,kalau ikut perancangan yang sebenar...

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...