08 Ogos 2011

TAKZIAH.. WA DARUS.. (KEMASKINI)

Catatan Ayah

Isnin
8 Ramadhan 1432
8 Ogos 2011

Assalamu'alaikum...

Terlebih dahulu aku ucapkan selamat berpuasa dan selamat berbuka kepada semua yang membaca coretan aku ni..

Tadi.. aku telah menerima berita.. yang mana bapa saudara aku yang sulung sebelah ayah aku.. iaitu Wa Darus.. abang sulung kepada ayah aku telah kembali ke rahmatullah..

Beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira sebelum masuk waktu asar tadi.. menurut kata anaknya yang juga sepupu aku...

Allahyarham akan dikebumikan esok pagi lebih kurang jam 11.00 pagi.. insyaAllah..

Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama dengan roh orang-orang yang beriman...

Al-fatihah..


Amin...

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Kemaskini..

Alhamdulillah.. jenazah selesai dimandikan, dikafan dan disolatkan kira-kira jam 10.30 pagi... yang turut disertai oleh Ustaz Hashim Jasin...

Jenazah disimpan di kawasan perkuburan Masjid Sentua..

Jenazah selamat dikebumikan dan ditalqinkan pada pukul 11.45 pagi..

Turut berada di tanah perkuburan.. adalah DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin.. yang telah mencemar duli.. hadir bersama sehingga selesai pengkebumian...

Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama dengan roh orang-orang yang beriman...

Amin..

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...