31 Ogos 2011

1 SYAWAL 1432H

Catatan Ayah

Rabu
2 Syawal 1432
31 Ogos 2011

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah.. setelah sebulan berada di Universiti Ramadhan.. banyak pengajaran dan pengalaman yang aku sekeluarga alami dan pelajari..

Universiti Ramadhan.. yang banyak mengajar erti kesabaran.. mendidik hati supaya lebih tunduk supaya lebih taat dan bertaqwa kepada Allah.. serta patuh kepada semua perintah Allah Taala..

Semoga.. roh Ramadhan ni.. dapat kita terus bawa dan amalkan sehingga sampai bila-bila.. dan semoga aku sekeluarga diberi rezeki untuk bertemu dengan Ramadhan di tahun hadapan.. InsyaAllah..

Tahun ni juga.. Malaysia juga menyambut kemerdekaan yang ke 54 pada 2 Syawal 1432.. semoga negara kita terus makmur dan mendapat keberkatan Allah Taala..

Alhamdulillah.. di hari raya Aidil Fitri ni.. kita merayakan kemenangan selepas menempuh segala ujian semasa sebulan berpuasa di Ramadhan... disamping melawat sanak saudara dan merapatkan lagi silaturrahim sesama Islam dan keluarga...

Bermula 2 Syawal.. marilah kita bersama-sama berpuasa sunat 6 hari sepanjang Syawal.. kerana fadhilatnya yang amat besar.. seumpama berpuasa setahun...

@ 1 Syawal 1432H..

Aidil Fitri tahun ni.. kami adik-beradik.. sekali lagi dapat berkumpul.. cuma Adik Ein saja yang tak dapat pulang..


Bergambar kenangan seisi keluarga...


Bergambar kenangan bersama Mak Cik (adik kepada Allahyarham ayah aku)...


Anak-anak bergambar kenangan bersama-sama dengan Wa Lebar.. isteri kepada Allahyarham Wa Darus (abang kepada Allahyarham ayah aku)..


Anak-anak bergambar kenangan bersama-sama dengan Ngah Som (kakak kepada Allahyarham ayah aku).. suami Ngah Som iaitu Allahyarham Ngah Man juga baru meninggal baru-baru ni.. sebelum Ramadhan yang lepas...


Bergambar kenangan bersama-sama Cu Hassan (adik Allahyarham ayah aku)...


Bergambar kenangan bersama Pak Lang (abang Allahyarham ayah aku)...


Bergambar kenangan bersama-sama Mak Lang Tam (adik Allahyarham ayah mertua aku)...


Bergambar kenangan bersama-sama Mak Lang (adik Allahyarhamah mak mertua aku)..

Dengan berkat Ramadhan dan Syawal ni.. aku berdoa dan memohon ke hadrat Allah Taala.. semoga roh Allahyarham ayah aku, Allahyarham ayah mertua aku, Allahyarhamah mak mertua aku serta sanak saudara aku yang telah 'pergi' dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama dengan roh orang-orang yang beriman...

Tak lupa juga kepada semua kawan-kawan aku yang telah 'pergi' dahulu.. menemui Allah..

Al-Fatihah...


Amin...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...