12 Julai 2011

RIDE TOSHIBA @ SHAH ALAM - PT3

Catatan Ayah

Selasa
10 Syaaban 1432
12 Julai 2011

Assalamu'alaikum..

Hari ni aku start kerja.. selepas bercuti.. ride ke Kuala Besut..

Banyak juga kerja yang perlu diselesaikan.. hampir seminggu ditinggalkan..

Oklah.. hari ni aku nak habiskan ceritera ride aku ke Shah Alam..

Day 3



Selepas berehat seketika di rumah adik aku.. lebih kurang jam 6.30 pm.. aku mula bergerak untuk pulang ke Perlis..

Mulanya.. aku plan untuk pulang esok pagi.. tapi memandangkan kat rumah tiada sesiapa yang ada melainkan isteri dan anak-anak.. jadi aku ambil keputusan untuk pulang juga petang ni.. insyaAllah dalam pukul 12.00 am  nanti.. aku akan sampai rumah...

Kenderaan dari Kota Damansara..melalui NKVE ke Lebuhraya Utara-Selatan agak sesak.. sehinggalah sampai Tanjung Malim...


Dalam pukul 8.00 malam.. aku sampai R&R Tapah.. tapi sebelum tu.. semasa kat Tanjung Malim.. aku telah ditimpa hujan.. jadi berhenti sebentar di bawah jejantas untuk pakai baju hujan.. 

Tapi hujan tu taklah jauh sangat.. 

Jadi.. selepas isi minyak dalam RM19.82.. aku berhenti kat tepi Shell ni.. simpan balik baju hujan.. dan rehat sebentar kat sini...

Kebetulan kat sini.. aku bersua dengan seorang anak muda.. yang baru beli Z750.. juga dalam perjalanan pulang ke Perlis.. 

Selepas bersembang seketika.. kami ambil keputusan untuk berkonvoi ke Perlis...

Tapi.. sebaik saja sampai Sungai Perak.. dia telah tak ikut aku.. mungkin dia telah berhenti di Sungai Perak.. jadi aku teruskan tunggangan aku secara solo...


Dalam pukul 9.30 malam.. aku sampai R&R Gunung Semanggol.. lalu berhenti sekejap untuk top-up minyak dalam RM18.72...

Sambil-sambil rehat.. aku layan makan cucur badak yang mak aku bekalkan tadi.. semasa di rumah adik aku tadi...

Tak lama berehat.. aku teruskan perjalanan.. dan rasa-rasanya next stop adalah R&R Gurun...

Dalam pukul 11.00 malam.. aku sampai R&R Gurun..

Tadi.. semasa kat Juru.. ada roadblock.. mungkin disebabkan kes BERSIH 2.0...

Kenderaan dari Juru hingga Sungai Petani agak banyak.. jadi tunggangan amat perlahan dan berhati-hati.. bukan apa.. sebab keadaan jalan yang agak gelap...

Selepas berehat seketika kat Gurun dan top-up minyak dalam RM14.50.. aku teruskan tunggangan aku...

Kenderaan dari Sungai Petani hingga Alor Star agak berkurangan...

Sepanjang Tol Alor Star (S) hingga Kangar.. aku telah melalui 3 roadblock.. yang pada pandangan aku.. mungkin disebabkan perhimpunan BERSIH 2.0....

Akhirnya.. Alhamdulillah aku selamat sampai rumah dalam jam 12.23 pagi...

Selepas menempuh jarak sejauh 1030.8km.. pergi/balik dari rumah ke Shah Alam...

Esok.. aku akan bercuti rehat.. dan lusa akan bekerja sehari.. kemudian hari jumaat hingga ahad.. aku akan ride ke Terengganu.. InsyaAllah....

Ride kali ni.. sekali lagi menimbulkan kontroversi.. antara aku dan boss aku di Alor Star.. dek kerana aku menunggang motor bila out-station..

Tapi.. aku tetap aku.. yang suka ride.. janji ia tak menjejaskan semua kerja-kerja aku.. InsyaAllah...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...