11 Julai 2011

RIDE TOSHIBA @ SHAH ALAM - PT2

Catatan Ayah

Isnin
9 Syaaban 1432
11 Julai 2011

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah.. semalam tepat jam 12.50pm.. aku selamat sampai rumah.. setelah 3H2M.. mengikuti Fun Ride 2011.. ke Kuala Besut/Pulau Perhentian, Terengganu..

Berbagai-bagai kenangan manis dan pengalaman dikecapi dan dipelajari.. akan aku update sikit hari lagi..

Sekarang.. aku nak sambung.. ceritera ride aku ke Abex Medical kat Shah Alam..

Day 2


Hari ni adalah hari ke-2 aku berada di Kota Damansara.. dan hari pertama daripada 2 hari training kat Abex..


Selepas bersiap.. sedikit sarapan kat rumah adik aku di Kota Damansara ni.. aku keluar dari kawasan perumahan ni dalam pukul 7.30 pagi.. saja keluar awal sikit.. sebab nak cari jalan menuju ke Shah Alam.. yang hanya berpandukan papan tanda saja..

Aku keluar dari Kota Damansara.. melalui NKVE.. terus menuju ke Guthrie Highway.. dan masuk ke Jalan Subang.. terus ke Abex Medical yang terletak di Lion Industrial Park, Shah Alam...

Trafik dari Tol Kota Damansara hingga ke Jalan Subang.. cukup sesak.. nasib baik naik motor.. boleh juga meniti di bahu jalan.. dan menyelit di celah-celah kenderaan.. perlahan-lahan...

Tunggangan aku begitu perlahan.. hinggakan geng-geng kapcai pun honkan aku sebab tunggangan aku yang perlahan.. nak buat macam mana.. aku tak biasa dengan jalan-jalan di sini..

Akhirnya.. jam 8.30 pagi.. baru aku sampai.. hehehe.. hampir sejam sebab terlalu perlahan.. padahal jarak lebih kurang 26km saja... dan selamat sampai ke destinasi...

Training berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang...


Jam 5.00 petang.. selepas selesai training.. aku bertolak balik ke Kota Damansara..

Entah macam mana.. aku telah sesat.. tidak jumpa macam mana nak masuk ke NKVE.. akibatnya.. hingga ke mana-mana aku telah pergi..

Pusing punya pusing.. akhirnya berjumpa juga laluan untuk masuk ke NKVE.. dan akhirnya jam 6.00 petang baru aku sampai Kota Damansara...


Cuma.. ketika balik ni.. trafik agak lancar..

Day 3

Hari ke-2 training.. adalah untuk ultrasound machine.. tak macam kelmarin.. mengenai x-ray machine..

Hari ni juga.. Maulana, Sohaimi dan Dinesh tak terlibat.. dan diganti dengan Li Sar dari HQ dan Mazlan dari Teluk Intan..

Seperti kelmarin.. training bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang..

Berbanding kelmarin.. hari ni aku keluar agak lewat.. lebih kurang jam 7.50 pagi..

Trafik masih sesak macam kelmarin.. cuma bezanya.. aku dah tahu serba sedikit laluan..

Akhirnya.. aku sampai ke destinasi.. lebih kurang jam 8.30 pagi..

Sebelum tu.. aku singgah dulu kat Shell berdekatan dengan Abex Medical ni.. untuk top-up minyak sikit.. dalam RM15.41.. sebab jika tiada aral melintang.. petang ni aku akan terus balik ke Perlis...


Akhirnya.. tamatlah 2 hari training di Abex Medical.. seronok dapat jumpa kawan-kawan lama.. serata negeri..

Aku ambil keputusan untuk balik petang ni juga.. namun begitu.. aku akan balik ke rumah adik aku dulu di Kota Damansara untuk berehat buat seketika...

p/s: aku rehat sekejap yer.. sat lagi nak bertolak balik ke Perlis pulak...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...