07 Julai 2011

RIDE TOSHIBA @ SHAH ALAM - PT1

Catatan Ayah

Khamis
5 Syaaban 1432
7 Julai 2011

Assalamu'alaikum..

Pertama-tama kali.. aku nak mengucapkan takziah kepada Un sekeluarga atas pemergian ibu mertua ke rahmatullah jam 5.30 petang tadi...

Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan bersama-sama dengan roh orang-orang yang beriman...

Al-fatihah..


Amin...

Ride ke Shah Alam

Day 1

Aku telah diarahkan untuk mengikuti kursus latihan teknikal mengenai x-ray machine Toshiba dan Ultrasound Toshiba di Abex Medical Sdn Bhd, Shah Alam selama 2 hari dari 4 hingga 5 Julai 2011 yang lalu..

Sekali lagi aku membuat keputusan untuk ride ke sana.. pada 3 Julai 2011..


Mulanya.. aku merancang untuk ke Shah Alam melalui Baling-Gerik-Kuala Kangsar.. dan baru melalui lebuhraya.. tapi memandangkan hari ahad yang lepas hujan lebat seawal 4 pagi.. jadi aku terus ambil keputusan untuk melalui lebuhraya saja hingga ke Kuala Lumpur...


Selepas semuanya siap.. dengan lafaz.."Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang".. aku mulakan perjalanan jam 8.30 pagi...


Sekali lagi hujan mengiringi perjalananku ini...

Mulanya.. aku hanya memakai seluar hujan saja.. kerana hujan yang lebat tadi.. baru saja berhenti.. dan hanya renyai-renyai saja..

Tapi.. sebaik sampai Simpang Empat Tok Kassim.. hujan kembali lebat.. jadi aku berhenti untuk memakai baju hujan.. dan teruskan perjalanan di dalam hujan.. dengan agak perlahan.. 

Hujan agak lebat kat Alor Star.. hinggakan pandangan kat depan agak terhad.. namun begitu.. aku teruskan juga tunggangan dengan agak perlahan.. meniti di tepian jalan...

Semasa memasuki lebuhraya.. hujan dah agak kurang lebatnya.. hinggalah aku berhenti sekejap kat R&R Gurun...


Aku terus berhenti di Shell R&R Gurun.. untuk top-up minyak.. dalam RM18.53...

Dan berhenti rehat sekejap.. selepas melepaskan hajat kecil..

Suasana masih lagi hujan renyai-renyai...

Selepas seketika.. aku teruskan perjalanan.. tanpa berhenti...

Kenderaan agak banyak di atas jalan di Alor Star tadi.. dan atas lebuhraya.. sebab hari ahad adalah hari kerja bagi negeri Kedah...


Hujan berhenti semasa aku sampai Juru.. tapi aku teruskan juga tunggangan walaupun berbaju hujan.. mana tau kot-kot kat depan hujan lagi...

Dalam jam 11.00 pagi.. aku sampai R&R Sungai Perak.. sekali lagi aku berhenti...


Cuaca agak baik kat Sungai Perak.. jalan pun sudah kering..

Aku rehat sekejap.. sambil makan bekalan nasi goreng yang isteri bekalkan..

Baju hujan pun dilipat dan disimpan.. dan aku yakin.. kat depan sudah tak hujan.. 

Selepas makan dan rehat sebentar.. sempat bersembang dengan anak-anak muda yang menunggang motorsikal untuk balik ke kampus pengajian mereka.. dan menurut mereka.. rakan-rakan dari Pulau Pinang masih belum sampai dek kerana hujan.. dan mereka akan menunggu rakan-rakan mereka tu..

Selepas seketika.. dan semua barangan telah diikat rapi kat motor.. aku teruskan tunggangan..

Sebelum tu.. aku singgah sekejap kat Petronas R&R Sungai Perak untuk top-up minyak sekali lagi.. dalam RM19.53...


Alhamdulillah.. cuaca amat baik dari Sungai Perak.. dan jalan kering..

Dalam pukul 1.13 tengahari.. aku sampai Ulu Bernam.. dan singgah sebentar kat Hentian Sebelah Ulu Bernam...


Sebelum tu.. aku berhenti kat Petronas R&R Ulu Bernam untuk top-up minyak dalam RM18.15...

Dan berehat sebentar sambil menikmati Kit-Kat dan sebotol air oren yang aku beli kat Petronas tadi...


Cuaca agak panas... dan kenderaan agak banyak kat atas lebuhraya.. 

Agak lama juga aku kat sini.. rehat sambil melihat gelagat beberapa anak muda yang menunggang kapcai.. yang asyik memulas throttle motor masing-masing.. mungkin bangga dengan motorsikal masing-masing yang berbunyi yang agak bising.. teringat juga ketika dulu-dulu semasa aku menunggang RXS.. kira-kira 10 tahun yang lalu...


Selepas beberapa ketika.. aku mengambil keputusan untuk meneruskan tunggangan..

Aku kerancang untuk terus ke rumah adik aku di Kota Damansara.. dan mungkin akan bermalam di sana.. sementalahan pula.. emak aku ada di sana semenjak hari sabtu yang lepas...

Selepas Rawang.. aku terserempak dengan speed-trap.. yang dibuat di bawah jejantas.. tak tahulah.. sama ada aku kena speed-trap tersebut.. hanya tunggu dan lihat sajalah..


Akhirnya.. aku sampai ke Kota Damansara.. selepas mengharungi hujan dari rumah hingga ke Juru.. dan berhenti rehat seketika di Gurun, Sungai Perak dan Ulu Bernam..

Sebelum tu.. semasa kat Ulu Bernam.. aku dah telefon mak aku yang berada di Kota Damansara.. yang aku akan sampai ke sana dalam sejam lagi...


Akhirnya.. Alhamdulillah.. jam 2.15 petang aku selamat sampai Kota Damansara...

Selepas minyakkan rantai.. naik ke atas dan berehat...

p/s: bagi aku peluang rehat sat.. setelah menunggang hampir 500km.. dan esok akan bermulanya kursus selama 2 hari kat Shah Alam...

Bersambung...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...