06 Julai 2011

KENARI KEMALANGAN...

Catatan Ayah

Rabu
4 Syaaban 1432
6 Julai 2011

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah.. selamat sampai rumah jam 12.20 pagi tadi.. selepas hampir 5 1/2 jam ride dari Kuala Lumpur.. 2 hari training kat Shah Alam...

Nanti.. aku ceriterakan ride tu..

Tapi.. bak kata orang tua-tua.. malang tak berbau.. tapi aku ambil pendekatan yang agak berlainan.. sesuatu yang berlaku tu.. ada hikmah disebaliknya...

Jika Allah turunkan sesuatu malapetaka.. itu adalah ujian Allah untuk menguji tahap keimanan dan kesabaran kita..

Mungkin Allah memberi pembalasan awal atas kesalahan dan dosa yang kita telah lakukan.. yang mungkin tanpa disedari.. kita telah melakukan dosa..

Semua tu.. aku terima dengan berlapang dada.. atas qada dan qadar Allah.. cuma buka hati.. dan muhasabah diri sendiri..

Sebelum aku ke Kuala Lumpur.. minggu lepas.. pada hari Jumaat.. 1 Julai yang lalu.. Kenari telah mengalami kemalangan..

Kisahnya.. isteri aku telah ke stesen bas ekspress.. selepas ambik kakak dari sekolah.. untuk beli tiket bas untuk mak yang akan ke Kuala Lumpur.. melawat adik aku kat sana..

Semasa kat stesen bas ekspress.. selepas tiada tempat parkir.. isteri aku pun pusing masuk ke dalam kawasan stesen bas.. untuk keluar balik dari kawasan tu.. dalam mencari tempat parkir yang lain..

Kebetulan.. dia telah tersangkut.. tak dapat bergerak ke depan.. kerana ada sebuah kereta kat depan yang berhenti kat tengah jalan.. menunggu orang..

Jadi.. isteri aku tak dapat bergerak ke depan.. mahupun undur ke belakang..

Dan nak jadi ceritera.. ada sebuah bas ekspress masuk.. dan membelok di tepi kereta aku..

Malangnya.. sebahagian daripada badan bas.. tak lepas.. terus mengheret sebahagian depan kereta aku...

Dan.. akibatnya...






Kereta telah dihantar ke Tekad Gemilang.. milik Dik Wan untuk pembaikan... tak tau lagi berapa kosnya...

Alhamdulillah.. nasib baik lampu tak terlibat.. hanya bumper dan grill saja...

Dan.. Alhamdulillah.. isteri dan anak aku selamat.. tanpa mengalami sebarang kecederaan...

p/s: tadi tengok kereta kat bengkel.. masih dalam pembaikan...

Wassalam..

2 ulasan:

  1. sikit je tuu....yang penting orang selamat

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. semua selamat..

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...