30 Julai 2011

KENARI KEMALANGAN... - PT2

Catatan Ayah

Sabtu
28 Syaaban 1432
30 Julai 2011

Assalamu'alaikum..

Teringat aku... tentang satu pesanan.. iaitu..

"Ingat 5 perkara sebelum tiba 5 perkara.. muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati..."

Dan sesungguhnya.. kita sedang berada di dalam kerugian.. jika kita masih leka.. masa tak akan menunggu kita..

Marilah kita bermuhasabah diri...

Tadi.. aku berkesempatan melawat Wa Darus.. iaitu abang sulung kepada Allahyarham ayah aku.. dengan erti kata lain.. pak menakan aku...

Wa Darus.. baru seminggu keluar dari hospital.. kerana sakit tua..

Beliau pernah mengidap penyakit tibi.. suatu ketika dahulu..

Sekarang.. beliau sudah tua.. dan dah tak larat dah.. serta terpaksa menggunakan Oxigen Concentrator..

Tubuh badan pun dah semakin kurus.. dimamah usia..

Semoga Wa Darus akan sentiasa diberkati dan semoga segalanya dipermudahkan Allah Taala...

Kenariku...

Alhamdulillah.. sebaiknya aku balik dari Terengganu yang lepas.. Kenariku telah siap dibaiki..







Bumper telah dibuka.. diketuk dan dihisap.. dan kemudian disimen.. serta dicat baru..

Sekarang.. dah nampak elok kembali..

Pomen yang menyiapkannya adalah sepupu aku.. iaitu Dik Wan.. yang mempunyai bengkel sendiri.. letaknya tak jauh dari rumah aku.. iaitu Tekad Gemilang Enterprise...

Jumlah belanja yang aku perlu keluarkan untuk repair dalam RM500...

Apa-apa pun.. Alhamdulillah.. semuanya selesai...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...