21 Julai 2011

FUN RIDE 2011 @ KUALA BESUT - 9

Catatan Ayah

Khamis
19 Syaaban 1432
21 Julai 2011

Assalamu'alaikum..

Balik-balik cerita bab aku menunggang motor bila out-station.. macam dah tak dak cerita lain... salahkah aku minat menunggang motor bila out-station?.. tambahan pula bukannya aku claim pun..

Biaq pi lah kat depa.. malas nak layan.. janji semua kerja aku settle sudah!!!..

Jom.. aku sambung cerita bab ride nih..

Hari ke 2 @ Pulau Perhentian

Selepas dok relaks-relaks.. sampai giliran kami menaiki bot untuk ke Pulau Perhentian..


Inilah kali pertama aku naik bot pancung untuk ke Pulau Perhentian..

Pengalaman yang cukup mengerunkan..

Ombak cukup tinggi.. dan laut cukup beralun.. terasa punggong tak terlekat kat atas kerusi di dalam bot tersebut..

Pelayaran ke Pulau Perhentian yang mengambil masa lebih kurang 1/2 jam.. terasa amat lama sekali..

Bro Khairul Nizam.. dengan menggunakan GPSnya.. dapat mengira kelajuan bot pancung yang kami naiki.. kelajuannya hampir-hampir 58km/j...

Bot melambung-lambung bila membelah alun dan ombak.. terasa juga nak termuntah.. tapi alhamdulillah.. syukur kerana dapat bertahan sehingga sampai ke Pulau Perhentian..

Jenuh juga aku pegang kerusi dan alang besi yang terdapat kat bot tu.. bimbang takut terjatuh dalam laut... hehehe...

Tambahan pulak.. aku bukannya pandai berenang...



Cuba tengok bot sebelah.. macam terbang saja.. dan cuma bahagian enjin belakang saja yang menyentuh permukaan laut...




Alhamdulillah.. akhirnya.. sampai juga ke daratan.. fuh!!!!!....




Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki di Pulau Perhentian ni..

Ikut program.. kami akan dibawa ke beberapa tempat untuk aktiviti snookling..

Jadi.. sementara nak ke sana.. kami akan berkumpul di Jeti Pulau Perhentian ni dulu...

Sementara dok tunggu yang lain-lain sampai.. aku ambil peluang untuk berjalan-jalan sekitar kawasan jeti ni..





Jernih sungguh dengan air laut kat Pulau Perhentian ni.. hinggakan kat kawasan jeti pun boleh nampak ikan berenang-renang kat bawah.. tak tengok kat tempat lain lagi.. di kawasan orang dok snookling...

Dari kawasan jeti.. aku berjalan-jalan keluar ke kawasan berhampiran.. serta ke tempat penduduk setempat dok berlepak...


Kat luar jeti.. cuma ada beberapa buah kedai makan saja.. serta balai polis serta masjid...

Ramai juga penduduk setempat dok berlepak..



Dalam dok ralit-ralit berjalan pusing kawasan sekitar.. sedar tak sedar.. yang lain-lain sudah selamat sampai...

Bermacam-macam kisah yang didengar mengenai pengalaman masing-masing dilambung ombak.. hehehehe...





p/s: Oklah.. berilah kami peluang untuk berkumpul dulu.. sementara menunggu bot yang akan membawa kami semua untuk aktiviti snookling...

Bersambung..

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...