20 Julai 2011

FUN RIDE 2011 @ KUALA BESUT - 8

Catatan Ayah

Rabu
18 Syaaban 1432
20 Julai 2011

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah.. lagi 2 minggu kita akan menyambut Ramadhan.. bulan yang penuh dengan keberkatan..

Dan sudah 2 malam kuliah maghrib kat masjid kampung aku membicarakan hal-hal mengenai ibadah puasa dan ramadhan..

Sama-samalah kita nanti beramal dengan penuh bersungguh-sungguh di bulan ramadhan nanti.. insyaAllah..

Berbalik kepada ceritera Fun Ride ke Kuala Besut...

Hari 1 @ Restoran Chef, Kuala Besut

Alhamdulillah.. segar sikit selepas mandi dan berehat seketika...

Kira-kira jam 8.00 malam.. kami semua berkumpul semula untuk menuju ke kedai makan.. nak makan malam.. perut pun dah mula berkeroncong..


Selepas semuanya berkumpul.. kami pun bergerak menuju ke Restoran Chef.. yang tak jauh letaknya dari chalet penginapan kami..



Semasa sampai sana.. kami pakat terus ke depan kedai.. tiba-tiba baru sedar yang kawasannya agak berpasir dan tebal.. hinggakan nak tongkat motor pun tak boleh..

Maka pakat-pakat keluar balik ke jalan.. Payah yang amat dengan berat motor serta tayar yang agak tenggelam sikit ke dalam pasir.. Mujurlah tak rebah..

Secara perlahan-lahan.. aku dan beberapa orang yang lain berjaya keluar dari kawasan berpasir tu...

Kemudiannya.. kami parkirkan motor kami di tempat yang agak kurang pasirnya.. serta keras tanahnya..

Dan seperti biasa.. meja disusun panjang.. dan kami semua pun pakat-pakat duduk ler tunggu makanan sampai..

Makanan sampai agak cepat.. sebab SuperYan dah order awal-awal lagi.. sebelum kami tiba..

Antara hidangan kami semua adalah ikan bakar, sotong bakar, kerabu mempelam, sayur kailan ikan masin, telur dadar dan tomyam..

Manakala airnya adalah air oren, sirap dan air tembikai.. makanan semuanya sedap-sedap.. cuma airnya amat manis sekali..

Lepas makan.. kami semua terus balik ke chalet.. tanpa ada sebarang program.. sebab semua dah keletihan serta mahu berehat...

Program esok adalah untuk ke Pulau Perhentian...

Hari 2 @ Jeti ke Pulau Perhentian

Seawal 6.00 pagi.. aku dah terjaga dari tidur..

Setelah siap segala kewajipan.. aku keluar lepak-lepak kat luar...

Seperti biasa.. SuperYan dengan cerianya akan mengejutkan orang-orang yang belum bangun.. hehehehe..




Sarapan kami berupa juadah nasi dagang dah tersedia.. seawal jam 7.00 pagi.. apalagi.. santap sajalah beramai-ramai..

Program ke Pulau Perhentian akan bermula jam 8.00 pagi nanti..

Sambil-sambil bersembang dan makan nasi dagang.. aku sempat ambil gambar sekitar perkarangan chalet di pagi yang dingin ni...



Dalam pukul 8.00 pagi.. kami semua terus ke Jeti ke Pulau Perhentian..

Motor semua tinggal kat chalet.. dan kami diangkut bergilir-gilir dengan menggunakan kereta Bro Zam, Bro Nash, Bro Bumble Bee...



Jeti tak jauh dari chalet.. tak sampai 5 minit menaiki kereta..

Waktu kami sampai.. orang tak berapa ramai lagi yang nak ke Pulau Perhentian ni...



Macam mana ler keadaan bot ke Pulau Perhentian.. adakah menggunakan bot pancung atau feri.. hati aku tertanya-tanya.. sebab inilah kali pertama kaki aku akan jejak ke Pulau Perhentian...


Tapi hati aku berdebar-debar bila melihatkan semua yang dok parking adalah bot pancung... tiada bentuk feri yang macam ke Pulau Langkawi...

Aduh!!!!!.....

Sambil-sambil dok tunggu semuanya sampai dan berkumpul.. kami minum dulu kopi kat jeti ni.. bagi aku sebagai penghilang rasa berdebar...


p/s: bagi aku minum sekejap yer.. untuk menghilang debar hati ni... dan sebagai persediaan untuk menghadapai cabaran dan pengalaman baru.. menaiki bot ke Pulau Perhentian... hehehe...

Bersambung..

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...