19 Julai 2011

FUN RIDE 2011 @ KUALA BESUT - 7

Catatan Ayah

Selasa
17 Syaaban 1432
19 Julai 2011

Assalamu'alaikum...

Hari 1 @ Warong Satar, Kuala Besut

Selepas berehat seketika.. sekali lagi kami semua bersiap untuk meneruskan perjalanan..

Rasa-rasanya.. perjalanan kami dah tak jauh lagi dah...




Jalan agak lengang.. yang memudah dan melancarkan tunggangan kami..

Cuaca pun mulai teduh..

Lebih kurang jam 5.00 petang.. kami sampai Kuala Besut... Alhamdulillah...



Sebelah kanan aku tu.. letaknya Jeti ke Pulau Perhentian.. iaitu tempat tujuan kami keesokkan hari...

Sebelum kami ke chalet penginapan.. kami singgah sebentar di Warong Satar.. yang menyajikan satar dan otak-otak yang sedap sekali...




Group konvoi kereta yang terdiri dari keluarga Bro Nash, Bro Zam sekeluarga dan keluarga Bumble Bee dah lama sampai..

Dan Bro Hatta juga sudah sampai..




Sedap satar di sini.. penuh dengan isi ikan dan besar-besar..

Begitu juga dengan otak-otak.. selalunya aku biasa makan otak-otak yang isinya ikan.. tetapi inilah pertama kali aku makan otak-otak yang isinya adalah sotong..

Tapi yang paling aku puas hati adalah satarnya... cukup marbeles... :thumbup:..

@ Taman Azimos Chalet



Makan sudah... rehat pun sudah.. apalagi.. on the bike ler.. menuju ke chalet.. badan pun dah letih rasanya ni..


Rupa-rupanya.. chalet yang kami tuju taklah jauh sangat dari Warong Satar ni..

Letaknya di tepi Pantai Air Tawar, Kuala Besut...


Lebih kurang jam 6.30 petang.. kami semua selamat sampai ke Taman Azimos Chalet...

Selepas menunggang hampir 12 jam (aku ler.. dari Perlis...)




Inilah barisan kuda-kuda yang telah diperah tenaganya sehingga sampai ke Kuala Besut.. Alhamdulillah.. semuanya selamat..

Dari sekecil 250cc.. hinggalah sebesar 1300cc...


Selepas berehat sebentar.. pemberian bilik pun bermula.. dan aku mendapat chalet nombor 5.. dan duduk seorang saja..

Yang lain-lain.. ada yang duduk 2 orang sebilik dan ada yang bersama-sama keluarga masing-masing...

Setelah mendapat kunci.. apalagi.. bergerak ke bilik ler..




Keadaan bilik yang aku dapat amat memuaskan...

Terdapat 2 katil bujang, TV dan air-cond... tandas juga bersih...

Sebelum keluar makan malam nanti.. dapatlah aku berehat barang seketika.. tapi sebelum tu.. minyakkan rantai dulu.. hehehe...

Apa yang aku dapat dari ride hari ni.. adalah pengalaman baru tentang bagaimana nak handle Kerbau Hitam aku.. terutamanya ketika mengambil selekoh.. sama ada short-corner.. mahupun long-corner.. serta mendapat pengalaman dan perasaan ketika layan korner di Cameron Highland..

Patutlah ramai yang suka layan korner kat Cameron ni...

Pemandangan sekitar juga cukup indah dan segar.. cuma cuaca yang amat panas mengiringi kami sepanjang jalan.. jadi bekalan air cukup penting.. bagi mengurangkan kadar terhidrat...

Tak lupa juga satar yang cukup sedap.. lain kali jika aku datang ke Kuala Besut ni.. insyaAllah aku akan singgah lagi kat Warong Satar tu nanti..

Kombinasi konvoi yang mantap dan saling tolong menolong antara satu sama lain...

p/s: Oklah.. bagi peluang untuk aku berehat sebentar.. sebelum keluar makan malam nanti.. dan khabarnya nak pi makan ikan bakar.. hehehe...

Bersambung...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...