18 Julai 2011

FUN RIDE 2011 @ KUALA BESUT - 6

Catatan Ayah

Isnin
16 Syaaban 1432
18 Julai 2011

Assalamu'alaikum...

Sambungan Fun Ride 2011...

Hari 1 @ Wakaf Lencong


Alhamdulillah.. kenyang perut, senang hati.. tapi jangan sampai mengantuk sudahlah.. jauh lagi perjalanan ni.. =)

Seperti sebelumnya.. sebelum kami bergerak.. group kereta akan bergerak dahulu.. cuma kali ni mereka akan dipandu arah oleh Bro Shamsudin.. yang datang dari Terengganu yang turut sama join dalam ride ni...


Selang lebih kurang 15 minit.. kami semua mula bersiap-siap dengan riding gears masing-masing..



Dan seperti biasa.. kami semua akan beratur dulu sebelum bertolak..

Ini adalah kerana.. bagi memastikan tiada sesiapa yang tertinggal..

Apabila semua dah siap dan bersedia.. maka perjalanan pun bermula.. menuju ke Kuala Besut, Terengganu...




Cuaca amat panas sekali...

Kat dalam jaket.. berpeluh yang amat.. rasa macam mandi peluh pulak..

Dari Kuala Krian.. kawasan bandar.. kami telah bergerak menuju ke pinggir bandar.. dan mula masuk ke kawasan-kawasan kampung..

Keadaan jalan macam biasa saja.. dan kebanyakannya lurus.. cuma perlu berhati-hati dengan kenderaan yang banyak dan orang ramai di tepi-tepi jalan.. juga dengan kenderaan yang melintas jalan...

Ramai juga yang melambai-lambai kami di tepian jalan...

Perjalanan agak smooth.. kerana kebanyakan kenderaan memberi laluan kepada kami.. dengan bergerak ke tepi jalan sedikit.. lalu memberi ruang kepada kami dengan meluncur di tengah jalan...

Terima kasih kepada pemandu-pemandu yang prihatin...


Kelajuan kami hanya sekadar antara 90~120 km/j sahaja.. ride secara santai...

Lebih kurang jam 4.14 petang.. kami berhenti sekejap di Shell Wakaf Lencong..

Aku ambil peluang untuk top-up sedikit minyak dalam RM10.00....

Dan masing-masing.. pakat top-up minyak juga..

Bro Khairul Zainuddin yang menunggang VFR Interceptor.. menyedari yang tayar belakang motornya sudah sampai akhir hayat...

Mula.. beliau menyangka.. tayarnya akan sempat pergi dan balik KL-Kuala Besut-KL.. tapi rupa-rupanya.. tak sempat..

Bro Khairul Zainuddin menunggang bersama-sama dengan isterinya..

Jadi.. keputusan dibuat.. kami akan meneruskan perjalanan.. secara agak perlahan.. dan akan tukar tayar VFRnya di Kota Bahru nanti...

Cuaca agak panas.. tanpa berangin..

Basib baik aku ada simpan air kat dalam beg.. dapat juga melepaskan dahaga...






Dek kerana panas yang membahang.. kami berehat sebentar...

Bersambung...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...