17 Julai 2011

FUN RIDE 2011 @ KUALA BESUT - 5

Catatan Ayah

Ahad
15 Syaaban 1432
17 Julai 2011

Assalamu'alaikum...

Bersambung lagi kisah Fun Ride 2011 ni.. dari Gua Musang hingga Kuala Krai...

Hari 1 @ Kuala Krai

Setelah semua dari group konvoi kereta telah sampai dan isi minyak, berehat sambil sembang-sembang.. ketua rombongan iaitu SuperYan telah meminta group konvoi kereta untuk bergerak dahulu..

Selang 15 minit selepas group kereta bergerak.. sekali lagi SuperYan menjerit.. "On the bike!!!".. seperti biasa..

Kali ni Bro Khairul Nizam akan lead konvoi sebab beliau ada GPS.. dan sweeper adalah SuperYan sendiri..

Destinasi kami adalah Masjid Kuala Krai.. untuk berhenti solat Jumaat...

Sepanjang jalan dari Gua Musang hingga ke Kuala Krai.. boleh dikatakan banyak long corner..

Dan mungkin sebab hari ni hari Jumaat.. maka kuranglah sikit kenderaan atas jalan...






Akhirnya.. hampir pukul 2.00 petang.. kami semua memasuki Kuala Krai..

Mulanya.. mencari-cari juga arah ke Masjid Kuala Krai.. dan alhamdulillah.. berjumpa dengan penduduk tempatan dan mereka menyuruh kami mengikuti mereka yang juga sedang bergerak ke arah masjid..


Akhirnya.. sampai juga ke Masjid Kuala Krai..

Malangnya.. sebaiknya kami sampai.. orang baru selesai solat Jumaat..

Jadi kami tunggu sebentar sehingga orang ramai keluar masjid.. untuk kami pula menunaikan solat jamak Zohor dan Asar...


Sebaik selesai solat.. group dari Trengganu tiba.. untuk mengiringi kami ke kedai makan untuk makan tengahari.. dan terus ke Kuala Besut..

Sekali lagi.. on the bike menuju ke kedai makan di Kuala Krai ni...



Selepas semua berkumpul.. kami semua mula bergerak.. menuju ke kedai makan... perut pun dah mula berbunyi.. hehehe...



Alhamdulillah.. sampai juga kami semua ke kedai makan..

Maka.. apalagi.. kasi isi perut ler..

Ada yang makan nasi ayam.. ada yang makan nasi sup perut.. dan berbagai-bagai lagi..

Kat sini.. aku telah makan nasi sup perut.. boleh dikatakan sedap juga...



p/s: izinkan kami menjamu selera sebentar yer.. lepas ni kami akan ride terus ke Kuala Besut pula...

Bersambung..

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...