16 Julai 2011

FUN RIDE 2011 @ KUALA BESUT - 4

Catatan Ayah

Sabtu
14 Syaaban 1432
16 Julai 2011

Assalamu'alaikum...

Hari ni hari sabtu.. lega rasanya.. dapat berehat sepanjang hari disamping bersihkan helmet dan basuh riding gear semua.. simpan untuk ride yang akan datang..

Semalam.. seronok buat BBQ bersama-sama rakan sepejabat.. meraikan pelajar-pelajar praktikal UniMAP yang akan tamat latihan praktikal depa minggu depan..

Ok.. aku nak sambung lagi ceritera Fun Ride 2011 ni...

Hari 1 @ Gua Musang

Alhamdulillah.. dalam pukul 12.00 tengahari.. kami semua sampai R&R Gua Musang.. setelah 2 jam layan leperan dari Simpang Pulai dan Cameron Highland..

Cukup best layan kiri-kanan sambil mangasah kiri-kanan tayar.. hehehe.. =)

Cuaca amat panas sekali.. dan tak terasa tiupan angin semasa kat Gua Musang ni..

Mungkin disebabkan kawasan berbukit dan tiupan angin terhalang.. tak tahulah... itu hanya agakan aku saja...

Geng konvoi kereta belum sampai lagi... dan depa telah tersesat tadi.. menurut SuperYan.. kerana tersilap ambil selekoh..

Disebabkan tersangat dahaga.. aku layan minum air oren yang dibeli dari Shell ni...





SuperYan sibuk memberi arahan kepada group konvoi kereta.. bagaimana hendak datang ke Shell R&R Gua Musang ni...

Tak lama kemudian.. group konvoi kereta pun sampai..

Jadi.. lega rasanya sebab dapat minum air lagi.. yang dibawa oleh group konvoi kereta...

Disebabkan cuaca panas.. dan bahang panas.. minum 2 botol air pun tiada rasa puas..

Badan pun berpeluh macam mandi.. hehehe...



Agak lama juga kami di sini...

p/s: jom.. minum air dulu.. panas beb... ;-)

Bersambung...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...