15 Julai 2011

FUN RIDE 2011 @ KUALA BESUT - 3

Catatan Ayah

Jumaat
13 Syaaban 1432
15 Julai 2011

Assalamu'alaikum...

Hari 1 @ Simpang Pulai-Cameron Highland-Gua Musang

"Semua on the bike!!!!", jerit SuperYan...


Terus kami semua ke motor masing-masing.. serta siapkan diri..

Siap pakai segala riding gears masing-masing...


Enjin sudah dihidupkan...

"Sebelum naik Cameron.. kita akan berhenti sekejap kat Petronas kat depan..", jerit SuperYan lagi..

"Ok..", balas kami..

Suasana pagi mulai bising dengan deruman enjin-enjin motor...

Lebih kurang jam 10.00 pagi, perjalanan dimulakan...


Berhenti sekejap untuk isi minyak...


Selesai isi minyak.. perjalanan kami mendaki Cameron Highland bermula...

Inilah pertama kali aku mendaki Cameron Highland.. sebelum ni hanya merancang.. tapi belum kesampaian..

Jalan cukup elok dan cantik.. layan kiri dan kanan dengan kelajuan yang sederhana...

Cuma Bumble Bee, Iwan dan yang lain-lain.. yang selalu naik Cameron sahaja yang laju ke depan.. layan leperan...

Pemandangan kiri-kanan jalan juga cukup cantik.. sambil-sambil leperan.. sambil layan pemandangan di kiri-kanan jalan...

Kami tak singgah pun kat atas Cameron.. tapi terus hingga ke Gua Musang...

Layan gambiran sepanjang jalan dari Simpang Pulai hingga ke Gua Musang...
 







Cuaca amat baik sekali.. alhamdulillah.. 

Kenderaan sepanjang jalan juga agak berkurangan.. hinggakan sesetengah tempat.. hanya kami saja di atas jalan.. jadi aktiviti melayan leperan cukup memuaskan...

Banyak yang aku belajar hari ni.. dalam soal mengawal Kerbau Hitam ketika mengambil korner...

Dan inilah pertama kalinya.. tayar aku makan hingga tepi.. cukup puas hati.. kerana selama ni cuma dok main jalan lurus saja.. korner-korner ni hanya sedikit saja.. hehehe..


Akhirnya.. lebih kurang pukul 12.00 tengahari.. kami sampai Gua Musang.. dan berhenti di R&R Gua Musang..

Aku ambil peluang untuk isi minyak sebanyak RM21.00....

Dan dah alang-alang berhenti isi minyak.. kami peluang untuk berehat.. melepaskan kebas punggong.. dan membasahkan tekak yang kering dek cuaca yang panas...

Sementara tu.. kumpulan konvoi berkereta masih belum tiba....

p/s: kami berehat sebentar yer...

Bersambung...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...