14 Julai 2011

FUN RIDE 2011 @ KUALA BESUT - 2

Catatan Ayah

Khamis
12 Syaaban 1432
14 Julai 2011

Assalamu'alaikum..

Terlebih dahulu.. aku nak ucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran kepada emak dan adik aku yang jatuh pada hari ni.. semoga sentiasa berada di dalam keberkatan Allah Taala..

Berbalik kepada Fun Ride 2011 ke Kuala Besut...

Hari 1 @ Kedai Pak Usop, Simpang Pulai

Setelah berehat seketika.. serta pakaian hujan dah tersimpan rapi.. aku mengucapkan selamat tinggal kepada group KTM tadi...

Perjalanan aku perlu diteruskan supaya aku dapat sampai ke Simpang Pulai tepat pada masanya.. supaya segala jadual yang telah terancang tidak tergendala...

Kenderaan kat atas lebuhraya menghala ke selatan agak berkurangan...


Suasana pagi agak berkabus semasa sampai Sungai Dua.. Kenderaan pun sudah semakin banyak berbanding tadi..

Selepas Tol Sungai Dua ni.. kelihatan polis sedang bersiap untuk memulakan operasi sekatan jalan..

Dari Tol Sungai Dua sehingga Tol Juru.. kenderaan amat banyak sekali.. yang membuatkan aku terpaksa menunggang dengan agak perlahan..

Alhamdulillah.. cuaca sangat baik dan sedikit sejuk.. dan keadaan jalan kering...

Kenderaan sudah mula agak berkurangan selepas Juru... dan selepas Tol Juru juga terdapat roadblock...



Lebih kurang jam 9.00 pagi.. aku sampai R&R Sungai Perak dan terus ke stesen minyak untuk isi sedikit minyak... dalam RM21.63...

Alamak.. sudah pukul 9.00 pagi.. sempat ke aku sampai Simpang Pulai tepat pada waktunya.. terus aku sms SuperYan...

Selepas sms SuperYan.. aku terus bertolak keluar dari R&R Sungai Perak...


Akhirnya.. lebih kurang jam 9.30 pagi.. aku selamat sampai ke Kedai Pak Usop, Simpang Pulai...

Kedai Pak Usop telah menjadi port tetap ramai bikers berkumpul sebelum ride ke Cameron Highland..

Ramai yang telah menunggu.. dan rasa-rasanya aku yang terakhir sampai.. hehehe.. =)

Seketika.. aku berehat sambil minum nescafe tarik.. sebelum bertolak..

Dan.. pada masa yang sama.. t-shirt dan head scaf diedarkan kepada kami semua...


Sambil-sambil minum.. kami memperkenalkan diri masing-masing..


Selesai sesi perkenalan.. SuperYan memberi sedikit taklimat mengenai keselamatan ketika berkonvoi.. serta melantik marshall dan sweeper untuk konvoi kami nanti...


Doa kemudiannya dibaca.. memohon kepada Ilahi semoga perjalanan kami selamat sampai ke destinasi.. dan semoga kami semua dihindari dari sebarang masalah sepanjang perjalanan...

Segala bekalan air minuman dan air 100 Plus dimasukkan ke dalam kereta yang turut mengikuti konvoi ni...


Bergambar kenangan beramai-ramai sebelum memulakan perjalanan...

p/s: bagi peluang kami semua bersiap yer.. sebelum perjalanan dimulakan...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Bersambung..

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...