29 Julai 2011

FUN RIDE 2011 @ KUALA BESUT - 17

Catatan Ayah

Jumaat
27 Syaaban 1432
29 Julai 2011

Assalamu'alaikum..

Salam Jumaat.. kepada semua yang membaca coretan aku yang tak seberapa ni.. sekadar suka-suka menulis kisah dan pengalaman.. moga-moga menjadi kenang-kenangan anak cucu nanti.. InsyaAllah..

Alhamdulillah.. baru jer sampai rumah.. selepas menghantar satu set filter ke rumah MA Aziz kat Taman Bukit Kayangan dan ambil duit ansuran RO System di Mata Ayer...

Hari ni.. adalah coretan terakhir.. mengenai Fun Ride.. selepas menulis sebanyak 16 episod.. inilah episod ke 17.. yang terakhir...

Hari ke 3 @ Rantau Panjang, Kelantan

Alhamdulillah.. kenyang perut selepas makan Nasi Kak Wook.. resepi yang ringkas tapi sedap..

Sambil-sambil tu.. kami rehat sebentar sambil dok menyembang... lagi pun kat luar kedai.. amat panas sekali..

Dan seperti biasa.. sebelum kami semua bertolak.. group kereta akan keluar dahulu.. terus menuju ke Rantau Panjang..

Selang 15 minit.. maka kami pun seperti biasa.. on the bike...


Perjalanan kami agak perlahan.. sebab terpaksa menempuh lampu isyarat yang banyak.. tapi alhamdulillah.. Bro Bai yang memandu 4x4.. bergerak di hadapan kami sambil membuka jalan.. terima kasih Bro Bai..


Lega rasanya.. selepas melepasi kesesakan jalan.. dan mula memasuki jalan biasa.. menuju ke Rantau Panjang..

Kepanasan semakin membahang.. yang menyebabkan kadang-kala kepala aku berdenyut.. minta-mintalah tak berlanjutan.. sebab perjalanan masih lagi jauh...

Jadi.. disebabkan rasa kepala yang dok berdenyut-denyut.. aku fokuskan tunggangan aku atas jalan raya.. dan tiadalah gambiran on the bike menuju ke Rantau Panjang...

Akhirnya.. kami sampai ke masjid.. dan katanya.. masjid ni adalah Masjid Beijing.. sebuah masjid yang dibina berekabentuk tradisi China.. sungguh cantik sekali...



Kami berhenti untuk bergambar kenangan beramai-ramai..

Sebaik sahaja selesai bergambar.. azan Zohor berkumandang.. jadi apalagi.. solat dahulu ler...

Selepas solat.. aku ambil sedikit gambiran di dalam masjid dan sekitar masjid..


Mimbar di dalam masjid..




Sekitar di luar dewan solat utama...

Selepas bersolat.. aku beli air kosong kat tepi masjid.. dan telan 2 biji paracetamol.. alhamdulillah.. sejuk sikit rasa badan..

Selain tu.. aku basahkan tuala kecil yang aku sentiasa bawa.. untuk lembabkan kepala..

Jam pun dah menunjukkan hampir pukul 2.00 petang.. namun panas masih membahang.. dan tiada pula angin yang bertiup... adusss...!!!

Namun.. aku kuatkan juga hati...



Gambiran di luar kawasan masjid...

Dalam dok relaks-relaks kat luar.. ramai juga pengunjung yang dok bergambar dengan motor-motor kami..


Oklah.. rehat dah cukup.. kalau tidak.. nanti lewat pula..

kami semua on the bike kembali.. menuju ke Pekan Rantau Panjang...


Menghampiri kawasan pemeriksaan Imigresen..


Sampai juga ke Rantau Panjang... syabas kepada Kerbau Hitamku...

Apa yang aku lihat.. Pekan Rantau Panjang ni.. lebih kurang macam Padang Besar kat Perlis.. cuma bezanya.. kat Padang Besar.. kebanyakan orang bercakap bahasa melayu Perlis atau bahasa siam atau bahasa petani.. tapi kat sini.. kebanyakan orang bercakap bahasa melayu kelantan dan bahasa petani sahaja...

Selepas mendapat tempat parkir motor yang agak sesuai.. kami berpecah kepada beberapa kumpulan.. ada yang nak masuk ke Golok, ada yang nak membeli-belah sekitar sini sahaja.. dan ada yang hanya nak dok relaks sahaja..

Aku tergolong dalam kalangan yang nak dok relaks-relaks sahaja.. sebab kepala masih terasa denyutannya...

SuperYan memberitahu kepada yang masuk ke Golok.. supaya habiskan masa selama sejam sahaja.. supaya semasa perjalanan pulang nanti.. tak terlewat kerana kami akan melalui Titiwangsa..

p/s: agak merbahaya menunggang motorsikal waktu malam di Titiwangsa.. kerana gelap, kenderaan berat dan GAJAH....


Selepas semua membawa diri masing-masing.. aku join Bro Khairul Zainuddin dan isterinya serta Bro Hatta dan familinya.. rehat-rehat sambil minum di sebuah kedai makan...


Lama juga kami dok minum-minum.. yang kemudiannya Bro Azli dan isterinya turut join kami..

Berbagai-bagai topik yang kami sembangkan.. sedar-sedar dah hampir 3 jam.. kami dok kat situ..

Jam pun dah hampir menunjukkan pukul 4.00 petang... ini sudah lewat ni.. confirm.. kami akan melalui Titiwangsa waktu malam...

Lagi suspen.. Bro Hatta terima perkhabaran dari kawannya.. yang mengatakan.. ada group bermotorsikal telah mengalami kemalangan kat terowong antara Jeli-Grik...

Akhirnya.. hampir pukul 5 petang.. kami semua berkumpul semula.. dan mula bergerak keluar dari Pekan Rantau Panjang.. menuju ke kedai makan untuk makan.. merangkap makan malam.. hehehe...


Alhamdulillah.. sebaik saja sampai kedai makan.. rehat sekejap.. dan berbincang mengenai perjalanan kami seterusnya.. yang akan melalui Jeli-Titiwangsa-Grik dalam waktu malam.. dan formation tunggangan.. demi keselamatan semua..

@ Jeli, Kelantan

Selepas sedikit perbincangan mengenai tunggangan waktu malam untuk melalui Titiwangsa.. kami pun bersiap sedia untuk bertolak...






Selepas semuanya siap.. dengan lafaz "Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.." kami mulakan perjalanan..

Inilah pengalaman pertama aku menunggang motor melalui Rantau Panjang-Jeli-Titiwangsa-Grik.. diwaktu malam pulak tu...

Seperti biasa.. tunggangan kami agak santai dan berhati-hati.. dan semua dilarang untuk layan leperan.. di waktu malam..


Keadaan semakin gelap.. tapi jalan masih lagi OK.. dengan kenderaan yang agak berkurangan..

Sebaik saja sampai Jeli.. kami berhenti di sebuah stesen minyak.. untuk isi minyak.. dan menunggu group kereta...


Aku juga tak melepaskan peluang untuk isi minyak Kerbau Hitam aku sebanyak RM18.14...



Sementara dok tunggu group kereta.. aku lihat kat atas jalan.. kenderaan semakin banyak.. terutamanya lori...



Bro Khairul Nizam sedang meneliti perjalanan yang bakal kami tempuhi.. dan next stop kami selepas Jeli adalah Shell Grik...


Iwan dengan aksinya..

@ Grik, Perak

Selepas group kereta sampai.. isi minyak dan teruskan perjalanan.. maka kami pun mula bergerak..

Formasi kami diketuai oleh Bro Khairul Nizam.. dan SuperYan akan menjadi sweeper...

Perjalanan di waktu malam melalui Jeli-Titiwangsa amat mencabar sekali.. ditambahi dengan lori yang agak banyak.. dan jalan yang bengkang-bengkok.. jika di waktu siang.. alangkah bestnya...

Kami juga terpaksa berhati-hati.. bimbang akan terserempak dengan gajah.. terutamanya ketika di Titiwangsa dan Banding... tapi alhamdulillah.. tak pula aku terlihat kelibat gajah...

Teringat pesanan orang.. jika terserempak dengan gajah.. jangan bunyikan hon, parkirkan kenderaan kat tepi dan tutup lampu kenderaan.. tunggu hingga mereka selesai berjalan atau melintas jalan..

Dan yang paling teruk.. sesetengah orang kata.. jika gajah melintas Tasik Banding.. terpaksalah menunggu hingga mereka habis melintas..

Orang juga bercerita.. cuba sampai Titiwangsa sebelum pukul 12.00 tengah malam.. sebab jika sampai kat sana dalam pukul 12.00 tengah malam.. banyak gangguan makhluk halus..


Akhirnya.. dalam pukul 10.30 malam.. kami selamat sampai Grik.. dan berhenti kat Shell Grik..


Sementelah berhenti kat sini.. aku top-up minyak sikit.. lebih kurang RM9.27...

Makna kata.. minyak dari Jeli-Grik hanya RM10 saja.. hehehe...


Inilah last stop aku bersama group konvoi.. lebih kurang 5 minit kemudian.. group kereta pula tiba..

Dari sini.. group KL dan Ipoh akan meneruskan perjalanan menuju ke Ipoh.. dan mereka akan berhenti kat Biker's Kitchen, Ipoh.. manakala aku akan solo ride ke Perlis..

Dan lagi sekali.. inilah pengalaman aku yang pertama.. ride dari Grik-Baling-Sik-Gurun-Kangar... dan yang paling mencabar bagi aku.. antara Grik dan Baling...

@ Rumahku, Syurgaku

Selepas minum beberapa teguk air.. dan bersalaman dengan semua orang.. aku mula gerak menuju ke Baling..

Agak mencabar.. melalui jalan Grik-Baling.. tapi aku elakkan melalui Pengkalan Hulu..

Jalan Grik-Baling yang baru agak cantik dan elok.. tetapi banyak selekoh.. lebih kurang Jeli-Grik juga.. cumanya kenderaan sebelah malam ni agak kurang.. sekali-sekala saja aku berselisih dengan lori dan kereta...

Sepanjang perjalanan.. cuma aku seorang saja yang bermotorsikal.. kadang-kadang sangat aku berjumpa.. sama ada kereta, lori atau bas...

Pengalaman yang paling aku tak dapat lupakan.. adalah... jeng-jeng-jeng..

Pada sesetengah tempat.. dengan tak semena-mena.. hidung aku telah terhidu bau-bauan.. yang seperti KEMENYAN.. dan ini bukan saja-saja aku kata kat sini.. tapi benar-benar berlaku..

Ada lebih kurang 3 tempat yang aku terbau kemenyan.. bayangkan.. aku pakai sarung muka dan menutup seluruh mulut dan hidung.. dan pakai helmet full-face.. tapi masih terbau kemenyan.. yang cukup kuat baunya..

Tetapi.. apabila berselisih dengan bas atau lori atau kereta.. bau tu akan hilang..

Lepas tu.. tak lama akan terbau balik.. dan hilang...

Namun begitu.. aku teruskan juga tunggangan.. tapi kat dalam hati.. bermacam ayat, doa dan zikir aku baca..

Lega rasanya.. apabila sampai Baling.. dan terus ke Sik..

Tapi jenuh juga.. ikut jalan kampung ni.. waktu malam pulak tu..

Jika tadi dari Grik ke Baling.. suasana gelap sebab melalui celah-celah bukit dan gaung.. sekarang dari Baling ke Sik.. melalui kawasan hutan dan ladang getah...

Hati aku lega sebaik saja sampai Sik.. dan terus ke Gurun.. dan Alhamdulillah.. dari Sik ke Gurun.. jalan agak cerah kerana banyak lampu jalan..

Sampai saja Gurun.. terus naik Lebuhraya Plus.. terus meroket hingga Alor Star...


Selepas berehat seketika.. aku teruskan tunggangan.. menuju ke rumahku.. nun di Perlis..


Alhamdulillah.. tepat jam 12.50 tengah malam.. aku selamat sampai rumah...

Kini baru terasa kepenatan.. dan aku bersyukur dapat selamat sampai rumah tanpa sebarang masalah.. dan selamat sepanjang perjalanan Fun Ride ni...

Satu Pengalaman yang amat berharga.. dari layan leperan kat Cameron Highland.. thrill naik bot menuju ke Pulau Perhentian.. menunggang waktu malam sepanjang Lebuhraya Timur-Barat.. dan akan bauan yang tak berapa menyenangkan dari Grik ke Baling...

Selain tu.. perkara yang tak akan aku lupakan.. kesedapan satar di Kuala Besut.. serta meratah ikan celup tepung di Penarik...

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Fun Ride ni.. terutama SuperYan dan Bro Khairul Nizam...

InsyaAllah.. jika ada jemputan lagi untuk ride akan datang.. aku akan turut serta jika berkelapangan...

p/s: jangan lupa bagitau yer.. SuperYan...

Tamatlah sudah kisah aku ni.. insyaAllah berjumpa lagi dalam cerita lain.. bila ada ride nanti...

Tamat..

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...